Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah..

Salam..

Pada 29 Julai lalu, aku mendapat satu panggilan telefon dari seorg sahabat yg dah lame aku x jumpe. Shaliza, rakan seperjuangan mase skolah dlu menyampaikan satu berite yg sungguh mengejutkan. Katenye, salah seorg sahabat mase skolah di Sek. Men. Keb. Jalan Bukit sejak Tingkatan 1 hingge 5 (1995-1999) iaitu Nurzihanie Shafiee telah pergi buat selame2-lamenye... Nurzahanie yg kami panggil Nozie telah terlibat dalam satu kemalangan yang pade aku agak tragis kejadiannye.. Aku sempat mencari naskah Harian Metro secare online pada 30 Julai.. Memang menyedihkan kerane aku asyik terbayang kesukaran yang Nozie alami semate2 untuk menyelamatkan diri nye.. Malangnye, Nozie gagal hingge meragut nyawanye.. Di sini aku paparkan sedikit petikan dari akhbar mengenai kejadian yang meragut nyawa Nozie..



Rentung Dalam Kereta



CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang. Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.

“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa. Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurzihanie Shafiee.. Semoge roh mu di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba yang soleh..

Nurzihanie dari kaca mate aku :
1. Cantik
2. Kemas
3. Ceria
4. Rajin
5. Fun to be with..

Ntah kenape sejak berite kematian Norzie, aku asek terbayangkan arwah semasa kami masih bersekolah dlu.. Aku cari jugak gamba2 semasa di sekolah dlu utk muatkan dlm blog, tp aku belum jumpe.. Mungkin aku salah letak.. Akan ku cari sampai dapat, sbb itu je kenangan yang aku ade mase sama2 menuntut ilmu di SMK Jalan Bukit, Kajang.. Al-Fatihah..