Monday, May 31, 2010

Sibuk!

Salam.

Minggu yg baru lepas ni, aku agak sibuk ngn aktiviti kekeluargaan di kampung. Cuti pada hari wesak, aku guna kan sepenuh nya untuk membantu keluarga di kampung ayah di Beranang untuk majlis pertunangan sepupu aku, iaitu anak sulung Paklong aku. Hari jumaat, aku balik kampung. Kemudian mula menolong apa2 yang patut di dapur. Dari membersihkan ayam hingga lah mengupas bawang. Sampai menangis la aku ngn Cik Uji mengupas bawang2 tu. Masa tu pulak la hujan lebat turun. Kami yang duduk kat bawah bumbung tmpt masak2 di luar umah pon, terpaksa angkat punggung sbb air dah mula bertakung kat kawasan tu. Habis terapung kulit2 bawang kami! huhu. Tapi keadaan semua dalam keadaan terkawal.

Pada malam nya, aku dan beberapa saudara lain termasuk mak aku, melepak di rumah PakLong utk membantu mengerja kan apa-apa yang patut. Selain melihat pelamin yg cantik, kami juga membantu mengemaskini barang hantaran dan menyusun nya supaya semua nye kelihatan elok menjelang majlis keesokannya. Btw, pelamin Atie tu dah mcm boleh bersanding pulak ye.. Hehe. Cantik! Menarik! Tertarik! Kau mmg da bomm!~

Acara masak memasak di mula kan seawal pagi. Semua berjalan dengan lancar. Aku tak terlibat sangat dengan masak memasak ni sbb kebanyakan 'chef-chef' dah sedia untuk buat tugas masing-masing. Tepat jam 12 tgh hari, rombongan dari pihak lelaki pun tiba. Dan dorg punya hantaran mmg menyentuh perasaan aku. Warna favourite aku plak!!! Silver Hitam! Sobb sob.. Aku nak guna warna tu utk majlis aku nanti. (kalau sempat bertemu jodoh) .. Redha je la. Huhu.

Ape pun, semua nya berjalan lancar.. Dan beberapa keping gambar utk tatapan! Salam..

Thursday, May 6, 2010

Wut Happen to me..??

Salam

♥.......... kelmarin excited ..
♥.......... semalam hepi ..
♥.......... harini blur + confuse ..
♥.......... esok tak tau apa nak jadi ..

Apa dah jadi sebenarnya?
Kenapa jadi macam ni?
Macam mana benda ni jadi?
Siapa yang terlibat dlm permasalahan yg aku alami?

Soalan yang tak mampu aku nak jwb.
Mungkin perlu menangis utk mendapat sedikit ketenangan.
Tapi aku dah bosan menangis.
Lagi-lagi menangis tanpa sebab yang pasti...

Aku rindu semua yang pernah aku ada dulu..
Semua perasaan yang aku pernah rasa dulu..
Semua senyuman yang pernah aku lihat dulu..
Sekarang.. memang aku boleh dapatkan kembali..
Tapi aku tak pasti bila, dari mana dan dari siapa..

Kadang-kadang aku rasa macam terkena Sumpahan pulak..
Siapa yang menyumpah?
Kenapa aku disumpah?
Patut kah aku disumpah?

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Ampuni lah dosa-dosa ku..
Ampuni lah dosa orang disekeliling ku..
Berikan aku petunjuk Mu..
Lindungi lah aku dari perbuatan yang tidak elok..
Murahkan lah rezeki ku..
Berkati lah perjalanan hidupku..
Hindari lah aku dari sebarang kesulitan dan penyakit..
Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Menyayangi..
Tuhan sekalian alam..
Hanya kepadamu aku bermohon.. Tiada yang lain..
Amin.. o(╥﹏╥)o

Tiada yang lain..

Monday, May 3, 2010

Broga Hills!! Best!!

Salam.
Hari ni aku bangun tdo dengan dahi yang berkerut-kerut. Sebab nya, kaki aku sakit akibat kekejangan otot. Sakit sebab semalam aku menjalani aktiviti hiking di Broga Hill. Penat tapi menyeronokkan! Aku ke sana dgn beberapa ahli keluarga belah ayah aku di Beranang. Memandangkan 1 Mei adalah hari cuti, kami semua berkumpul sebelum tiba hari yang dirancang untuk memanjat Broga Hills. Terletak beberapa meter dari pekan koboi Broga, kami semua bertolak jam 6.30 pagi. Sepatutnya, kami merancang utk bergerak seawal jam 6.00 pagi setelah solat subuh. Malangnya.. kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. :)


Memandangkan aku menjadi photographer tak rasmi pada hari itu, maka aku la yang menimpan kebanyakkan gambar semasa di Bukit Broga. Kebanyakkan gambar, aku dah upload di Facebook : Sara Specky . Boleh la melihat gambar-gambar selebihnya di sana. Terima kasih semua!!~
* siapa mamat yang sengaja snap gambar ktorg masa kat atas batu tu ye? Sungguh selamba.. rasa mcm nk bekenalan plak dgn si dia.. hahaa!!~