Tuesday, May 3, 2011

Saya berani!!! YEAY! - Part 2.

....... sambungan.

Masuk je kedai tu, Nana mula kan bicara. Dia kata, aku nak pakai contact lens tapi kena ajar dia. Sebab dia firstimer.. huhuhu~ Aku pon tunjuk la muka cuak.. Pekedai berbangsa cina tu pon dengan friendly nya, suruh ktorg masuk dan dia kata dia bleh ajarkan. Kami pun duduk la kat tempat yg disediakan sementara cina tu pi check power spek aku.

Tak sampai 5 minit, dia pon keluar dan bagi balik spek a.k.a nyawa aku. Dia ckp mata kanan aku power 3.50, manakala mata belah kiri 3.75. Adeii.. Nape la tak sama. Huhu.. Then, dia pun bg briefing sket2 untuk aku paham. Ada offer kat kedai tu. Panjang lak kalo nak citer apa offer2 yang dia bagi. So, x yah citer. Jimat masa. Huhuh..

Kemuadian, aku mintak yang kaler. Cewahh! Belagok! First time pakai terus nak yang ada kaler. Ye la, mesti la nak yang ade kaler. Kang kalo x pakai kaler, org tak nampak lak yang aku pakai contact lens kann.. kan.. kan.. Huhuh..

Dia bagi aku kaler Dark Brown brand FreshKon. OK! Mahal. Bole tahan sebulan je. Huhu.. Lagi pon, aku mmg nak pakai kejap je. Kenapa nak pakai?? Kenapa tak pakai je spek tu?? Hhoho.. Aku tau, mesti korg nak tanye soalan mcm tu gak kan.. Huhuh.. Kat bawah kang, aku btau kenape yer.. :P

Lepas tu, cina tu suruh aku cuci tangan. Kata nya, sebelum sentuh lens tu, tangan kene cuci sampai bersih. Aku pon dengan naif nye, terus pi cuci tangan kat tempat yg disediakan. Cuci-cuci, bersih berseri.. Lalala..

Dah cuci tangan, aku pon datang balik kat tempat aku duduk tadi. Nana punya la setia menanti.. huhuh. Lepas dia btau sket2 cara nak pakai, cara nak tgk samada lens tu betul atau terbalik, cara2 nak cuci lens.. Maka, tiba la masa nya cina tu letakkan lens yang nipis, dan berkaler coklat tu ke jari telunjuk aku. Dia pun cakap la begini..
" Jari telunjuk letak contact lens, pastikan dia betul. Kemudian jari tengah tarik kelopak mata bawah. Dan jari telunjuk tangan kiri tarik kelopak mata atas. Last, letakkan lens tu kat mata hitam"

Aku pelan2 ikot arahan tu.. Gelabah la jugak.. DAN!! akhirnya, benda tu melekat jugak kat mata aku dengan elok nya.. Dia suruh aku pejam n test mata tu dengan tengok keluar kedai..

Aku terus hepi sbb aku dapat baca tulisan papan tanda kat lua kedai tanpa spek!!! Yeayy!~ Alhamdulillah.. Huhu..

Aku try letak sbelah kiri plak. Dua2 mata dah bercontact lens! Gembira nya aku! Huhu.. Lepas byr harga sekian-sekian, kami pon nak balik. Tapi tak balik jgk lagi sebab Nana nak banje makan. Kata nye dia nak banje sebab aku dah berjaya pakai contact lens. Hahaha~

Mekasih nana.. Mekasih sangat2.. huhuh..

Akhir sekali, aku pon cuba pakai contact lens untuk kali kedua hari nie.. Mmg rase weird sebab x penah pakai lens sebelum nie.. Tapi x pe. Aku cuba. Huhuh..

Hmm.. dah habis cerita. So, nak tau jugak ke kenapa aku pakai bende ni kat mata??

Begini.. Aku sebenar nya takkan pakai benda ni kalo takde sebab kukuh. Aku lebih suke pakai spek dari pakai contact lens. Sebab lebih mudah. Senang nak tdo bile-bila masa sebab aku mmg suka tdo! Huhu.. Pastu aku pakai bende ni sebab aku nak kena ber mekap2 weekend nie. Mekap2 nak kemana? Huhuh.. Ok la. Straight foward la k. Ahad ni insyaAllah aku akan bertunang. Jadi aku perlu dimekap supaya nampak lebih cantik. Jadi penggunaan contact lens adalah digalakkan. huhuh.. SEKIAN.

Lalalala!!~

Saya berani!!! YEAY! - Part 1.

Salam..
Alhamdulillah..
Akhirnya.. Satu perkara yg amat aku takuti, telah berjaya aku lalui dgn penuh jaya dan bangga nye! Nak tau apa yang aku takot sangat tu ke?? Huhuh..

Selama 17 tahun, hidup bertemankan kaca mata, akhirnya aku memberanikan diri pakai contact lens!! Peghh!!~ Tuhan je yang tau ape perasaan aku masa nak melangkah masuk ke kedai optik.. Dubdab2 punye la kuat.. Siap seram sejuk bagai.. Camne aku leh berani?? Cheyyy!~ Mari baca lagi... :P

Semalam (Isnin/2May), hari cuti.. So, aku amek keputusan untuk pi buat treatment rambut yang dah mcm sakai. (sile rujuk wall status FB aku jumaat lalu. :P) Aku pi dgn Cik Nana. Dia pun buat treatment gak. Huhu.. Lepas daripada tu, aku pi jumpe Kak Raha. Sape beliau neh?? Sile tunggu pengumuman. (muahahahhah.. kepecahan rahsia akan berlaku tak lama lagi. :P).. Lepas tu aku patah balik ke Kajang. Owh. Aku jumpe Kak Raha tu kat tempat dia di Sg.Chua. Dkt2 ngn Red Wok Restaurant. (stimboat situ bapak besttt.. bestesttt.. asbestos!! Lalala..) Lepas tu, aku ke Kajang semula ngan Nana. Time tu aku dah ckp, aku maybe nak pi beli contact lens. Tu pun KALAU AKU BERANI LAA... :D

Jumpa je satu kedai optik, kami berenti dulu. Budak kedai tu pon dtg nak serve kami. Sempat gak capai pamplate pasal contact lens kat situ.. Budak perempuan tu pon offer la nak bantu. Aku pon terus terang je la.. saye nak pakai lens, tapi tak brani.. Lalala.. Kata ku dgn nada yang agak seremm.. Pastu dia pon dgn tak confidentnye ckp.. Oooo.. Bole. Kami bole ajarkan.. Muka budak tu pon mcm takot2 je ngn ktorg. Ganas sgt ke ktorg?? Huhuh.. Tatau laa.. Pastu aku trus ckp, x pe la dik.. ktorg jenjalan dlu.. Kami pon blah. Aku tak confident tgk budak tu. Mcm x sedia je nak serve org. Huhu.. Aku pon ckp kat Nana, kite pi tgk kedai lain la.. Kedai tu mcm x best jek. (memilih). Aku pon ckp la, kat sini ada kot England Optical.. (berlagok nak kedai yg pemes neh.. :P ) Tibe2 kedai tu ade depan mata.. Makna nya kaki aku melangkah ke arah kedai tu la tu.. huhu.. Tengok kedai besa, tapi x de org.. Mcm malas plak nak masuk.. ( bila dah penakot, mcm2 alasan la yang keluar.. daaa..) Last2, aku ajak je Nana kua dari Metro Kajang tu. Pastu ada satu lagi kedai optik. FOKUS POINT. Dalam kedai mmg takde org. Cuma 2 org pekerja sendiri sahaja. ( cewahh! dah mcm lori angkut barang plak bunyi nye.. haha~ ) Sambil lalu depan kedai tu. Aku pandang2 je la tgk org dlm kedai tu. Nana pon dok pujuk la aku masuk kedai.. Aku lom brani mase tu.. Last2 lepak jap tepi kedai tu sambil bincang2 perihal contact lens dan masa depan. Huhuh.. Ada la dlm 15minit si Nana bagi semangat kat aku. Last2, aku melangkah longlai jugak ke dlm kedai dengan sisa2 semangat yang baru dipupuk sebentar tadi..

Jeng jeng jeng...!!~
Apakah yang terjadi? Bagaimana aku memulakan bicara?? Tettt!!~ sila tgk "Saya berani!!! YEAY! - Part 2."

Hohohoh....