Friday, February 24, 2012

Saya tengah test market.

Salam kengkawan semua..

Saya nak test market ni.. Boleh la yer.. hehe..
Sape rasa berminat nak beli kalau saya jual skirt mcm nie?? Sila tekan Like! :)

Macam ni...-->>
Ni nama dia plain cotton skirt. Sgt cute kan.. :)


Ataupun yang mcm ni...-->>
Inpired by Hana Tajima style.. suke suke!!


Skirt ni ada yang plain, ada yang polka dot.. :)

So, korang rase nak beli tak kalau saya jual??? Serius, saya mmg nak jual. Kalau nak beli boleh bgtahu saya yer.. :)

Terima kasih yer kawan-kawan semua!

Thursday, February 16, 2012

Lawak Ke Der?

Salam..

Setelah sekian lama, aku baru ada bahan nak tulis kat sini.. Maklum la, ada blog lagi satu, godek-godek yang tu je rajin.. huhu.

Arini nak citer pasal Lawak Ke Der? Apakah itu? huhu..

Ni la dia nya.. "Lawak Ke Der?" huhu..


Aku berkesempatan pegi pada 5 Feb yang lalu. Aku pegi dgn besfren aku iaitu Nadya. Kami ni mmg peminat Jozan! Mmg dah lama teringin nak tgk show dorg nie.. So, ni peluang terbaek! Korban duit sket! Sebab tiket bukan murah. Tapi bila tgk show dorg yang tebaboww tu, berbaloi sangat!

Show di Istana Budaya tu bermula jam 8.30 mlm. Kami beli seat yang depan-depan. Kami amek 4 baris dari depan pentas. Memang dekat! Sampai kan kami boleh terhidu bau kentang goreng yang dikunyah oleh Afdlin shauki (Kump. Boboi) masa dia buat persembahan! Ohh.. Macam mana la orang-orang yang duduk betul-betul depan stage tu.. kena tempias kot! hehee..

Persembahan dimulakan dengan segmen pembukaan dari Nabil. Dia menari n menyanyi.. Tapi yang menggelikan hati bila tengok dia menari n shuffle dengan pakai suar legging yang ade corak2! Adeii!~ Sexy habis!! Ni ada gambar yang aku dapat dari google.

Senak aku tgk dia pakai camni! huhu..


Ape pun, Nabil mmg terbaik. Dia bertindak sebagai pengacara malam tu. Nabil akan muncul tiap-tiap kali sebelum bermula persembahan dari orang lain. Sambil tu, dia akan bercerita dan berlawak.

Lepas pembukaan, ada persembahan dari Kumpulan Boboi (gandingan Afdlin shauki dan Harun Salim Bachik) plak.. Macam yang biasa kita tengok masa Maharaja Lawak Mega, dorg bawak watak Boboiyot dan Boboiwe. Cute sgt bila dorg buat cerita boboi nak pi dating ngn Najwa ke Istana budaya tgk Lawak ke Der?. hahaa~

Lepas habis persembahan Boboi, Nabil keluar lagi dan melawak. Lepas tu muncul lah Harith Iskander dengan stand up comedy nya! Salute beb! Dia ni mmg educated punya comedian! Cerita dia ada isi dan yang penting lawak! Takyah mekap tebal-tebal, pakai baju pompuan, bawak mcm2 atas pentas. cukup lah dengan pakai suit, berdiri dengan stand mic dan cakap je! Terbaek!!

Setiap segmen buat aku pecah pewot. Sampai kan aku terpikir, bila la bleh benti dari ketawa kejap. Pipi dan perut aku dah kejang sbab gelak nonstop! Adehh.. Memang takde masa nak break dari ketawa kot! 3 jam korg bayangkan! Ketawa je.. :D

Keadaan Panggung Sari makin hangat bila Jozan dah mula buat persembahan. Dorg bawak cerita Ahchai dan Mael Lambong masa zaman sekolah lepas SPM. Rupa-rupanya ahchai dan mael dah kenal dulu sejak sekolah. Ahchai selalu dibuli oleh mael. Memang cerita dorg ni buat kami semua ketawa. Macam-macam kisah.. Dengan gaya bahasa Ahchai yang sememngnya dah kelakar, mmg pecah panggung betul la! Dan kisah zaman remaja Ahchai dan Mael Lambong ni bersambung plak sepuluh tahun kemudian selepas berzanji (berjanji kata ahchai). Bila dah 10 tahun, dorg jadi samseng! Kat sini mmg kelakar! hehehe.. tak larat aku nak taip byk2..

Jozan masa sesi bertemu peminat lepas show..


Dari kamera hp Nad.


Dari kamera hp Nad.


Aku dan Nadya.
Dari kamera hp Nad.


Dari kamera hp Nad.



Ape pun, ni 1st time aku masuk Istana Budaya.. Memang persembahan terbaek dorg bagi.. Hepi sangat! Lepas ni kalau ada lagi, sure aku nak pegi lagi! :)