Tuesday, March 20, 2012

Saya nak jual, anda jadi la pembeli..

Salam..

Seperti yang telah diwar-warkan di FB saya, saya sekarang tengah berniaga kecil-kecilan. Saya menjual skirt labuh yang sangat sesuai utk mereka-mereka yang bergaya sopan.. :)

Ada dua jenis skirt.. Setakat ni saya cuma ambil yang plain/kosong je dulu.. Masa akan datang nanti, kalau ada sambutan, saya jual jenis yang lain-lain pula ok..
Kat sini saya letakkan gambar skirt yang saya jual tu.. Tengok-tengok lah dulu k..

Kalau nak tanya/beli, boleh email saya kat sini --->> saraspecky2012@gmail.com

Cotton Plain skirt

Harga : RM 35


Pilihan warna:






Maxi Skirt

Harga : RM 39


Pilihan warna:






Material : cotton - sedap dan selesa dipakai dengan cuaca di negara kita! :)
Postage : RM 6

Ok. Pada kawan-kawan yang nak beli, boleh email saya kat saraspecky2012@gmail.com atau boleh contact kat FB saya.. :)

Terima kasih semua!

Friday, February 24, 2012

Saya tengah test market.

Salam kengkawan semua..

Saya nak test market ni.. Boleh la yer.. hehe..
Sape rasa berminat nak beli kalau saya jual skirt mcm nie?? Sila tekan Like! :)

Macam ni...-->>
Ni nama dia plain cotton skirt. Sgt cute kan.. :)


Ataupun yang mcm ni...-->>
Inpired by Hana Tajima style.. suke suke!!


Skirt ni ada yang plain, ada yang polka dot.. :)

So, korang rase nak beli tak kalau saya jual??? Serius, saya mmg nak jual. Kalau nak beli boleh bgtahu saya yer.. :)

Terima kasih yer kawan-kawan semua!

Thursday, February 16, 2012

Lawak Ke Der?

Salam..

Setelah sekian lama, aku baru ada bahan nak tulis kat sini.. Maklum la, ada blog lagi satu, godek-godek yang tu je rajin.. huhu.

Arini nak citer pasal Lawak Ke Der? Apakah itu? huhu..

Ni la dia nya.. "Lawak Ke Der?" huhu..


Aku berkesempatan pegi pada 5 Feb yang lalu. Aku pegi dgn besfren aku iaitu Nadya. Kami ni mmg peminat Jozan! Mmg dah lama teringin nak tgk show dorg nie.. So, ni peluang terbaek! Korban duit sket! Sebab tiket bukan murah. Tapi bila tgk show dorg yang tebaboww tu, berbaloi sangat!

Show di Istana Budaya tu bermula jam 8.30 mlm. Kami beli seat yang depan-depan. Kami amek 4 baris dari depan pentas. Memang dekat! Sampai kan kami boleh terhidu bau kentang goreng yang dikunyah oleh Afdlin shauki (Kump. Boboi) masa dia buat persembahan! Ohh.. Macam mana la orang-orang yang duduk betul-betul depan stage tu.. kena tempias kot! hehee..

Persembahan dimulakan dengan segmen pembukaan dari Nabil. Dia menari n menyanyi.. Tapi yang menggelikan hati bila tengok dia menari n shuffle dengan pakai suar legging yang ade corak2! Adeii!~ Sexy habis!! Ni ada gambar yang aku dapat dari google.

Senak aku tgk dia pakai camni! huhu..


Ape pun, Nabil mmg terbaik. Dia bertindak sebagai pengacara malam tu. Nabil akan muncul tiap-tiap kali sebelum bermula persembahan dari orang lain. Sambil tu, dia akan bercerita dan berlawak.

Lepas pembukaan, ada persembahan dari Kumpulan Boboi (gandingan Afdlin shauki dan Harun Salim Bachik) plak.. Macam yang biasa kita tengok masa Maharaja Lawak Mega, dorg bawak watak Boboiyot dan Boboiwe. Cute sgt bila dorg buat cerita boboi nak pi dating ngn Najwa ke Istana budaya tgk Lawak ke Der?. hahaa~

Lepas habis persembahan Boboi, Nabil keluar lagi dan melawak. Lepas tu muncul lah Harith Iskander dengan stand up comedy nya! Salute beb! Dia ni mmg educated punya comedian! Cerita dia ada isi dan yang penting lawak! Takyah mekap tebal-tebal, pakai baju pompuan, bawak mcm2 atas pentas. cukup lah dengan pakai suit, berdiri dengan stand mic dan cakap je! Terbaek!!

Setiap segmen buat aku pecah pewot. Sampai kan aku terpikir, bila la bleh benti dari ketawa kejap. Pipi dan perut aku dah kejang sbab gelak nonstop! Adehh.. Memang takde masa nak break dari ketawa kot! 3 jam korg bayangkan! Ketawa je.. :D

Keadaan Panggung Sari makin hangat bila Jozan dah mula buat persembahan. Dorg bawak cerita Ahchai dan Mael Lambong masa zaman sekolah lepas SPM. Rupa-rupanya ahchai dan mael dah kenal dulu sejak sekolah. Ahchai selalu dibuli oleh mael. Memang cerita dorg ni buat kami semua ketawa. Macam-macam kisah.. Dengan gaya bahasa Ahchai yang sememngnya dah kelakar, mmg pecah panggung betul la! Dan kisah zaman remaja Ahchai dan Mael Lambong ni bersambung plak sepuluh tahun kemudian selepas berzanji (berjanji kata ahchai). Bila dah 10 tahun, dorg jadi samseng! Kat sini mmg kelakar! hehehe.. tak larat aku nak taip byk2..

Jozan masa sesi bertemu peminat lepas show..


Dari kamera hp Nad.


Dari kamera hp Nad.


Aku dan Nadya.
Dari kamera hp Nad.


Dari kamera hp Nad.



Ape pun, ni 1st time aku masuk Istana Budaya.. Memang persembahan terbaek dorg bagi.. Hepi sangat! Lepas ni kalau ada lagi, sure aku nak pegi lagi! :)

Tuesday, January 17, 2012

Tolong tolong!!~

Salam..

Kali ni aku nak mintak jasa baik kawan-kawan yang terbaca blog nie.. Aku join satu peraduan "Spread The Love" from Lembayung Senja. Peraduan tu mencari 'like' terbanyak. 3 penyertaan yang mendapat 'like' tertinggi akan menerima hadiah berupa :

- 1 hour photo shoot session
- 1 printed photo on canvas size 16" x 20"

Jadi untuk mendapatkan kemenangan itu, aku perlukan bantuan dari kawan-kawan yang ada FB, untuk 'Like' page LEMBAYUNG SENJA PHOTOGRAPHY dan seterusnya 'Like gambar kami yang tak seberapa ini.

Link :

1) Lembayung Senja Photography

2) Klik je sini k.. :)

This is our pic!


Terima kasih! Spread our pic! Spread our love!~

Wednesday, January 4, 2012

Semoga Atuk aman di sana.... Al Fatihah.

Salam.

Tanggal 2 Januari 2012 meninggalkan kenangan pahit buat kami sekeluarga kerana kehilangan seorang insan yang sangat kami sayangi dan kasihi..

Haji Mohd Nor bin Haji Isa..
Anak-anak memanggil Apak..
Cucu-cucu memanggil Atuk..
Cicit-cicit memanggil Onyang..

Aku masih ingat lagi senyum dan ketawa Atuk.. Walaupon dah beberapa tahun ini Atuk kehilangan deria penglihatan akibat sakit dlm mata, tp Atuk tetap boleh mendengar tp pendengaran Atuk kurang jelas.. Kalau nak bercakap, kena cakap kuat2 kat telinga Atuk..

Masa Atuk sihat dulu...
- Atuk suka tgk cerita hindustan sambil tu mulut dia bising bila ada scene-scene gaduh.. mulut dia pon mula la debush2 ikut bunyi gaduh-gaduh dalam cerita tu..
- Pepagi Atuk pegi menoreh getah.. Balik tengahari bawak balik kayu api.. Nanti petang dia pi minum kawa (minum teh) kat kedai kat Ulu Beranang..
- Honda Cup.. motor kesayangan Atuk.. ada satu bunyi motor tu yg aku tak penah lupa... Bruuuuuuuu..brruuuuuu..uuuuuuuu~ (Aku pernah cuba nak bwk moto Atuk. suruh org tolak motor tu.. tapi aku tak dapat control, dan jatuh.. sampai sekarang Atuk tak tau yang motor dia pernah tumbang disebabkan aku.. Maaf ye Atuk..)
- Atuk suka usik aku guna ayat mcm ni, " kakngah kuruih makan samuik!" . Maknanya, aku kurus sangat sebab makan semut. Atuk, kngah dah tak kurus lagi sekarang.. :(

Atuk aku comel.. Atuk aku hensem.. Atuk aku putih kulitnya.. Atuk aku kecil molek orangnya..

Semoga Atuk aman dan berbahagia di sana.. di sampingNya..
Sebelum Atuk meninggal, Atuk sakit.. kakngah harap Atuk dah tak sakit sekarang.. kakngah doakan Atuk lebih tenang di sana..

AL Fatihah buat ATUK



.... Kakngah rindu ATUK.. :(
.... Kakngah sayang ATUK.. :(


AL FATIHAH..

Thursday, November 17, 2011

Budak kecik tu punye ayat..

Salam..

Saje-saje nak update blog arini. Dah lama sangat tak tulis kat sini. Al maklum la, bz sket dengan kelas.. Dah penghujung-penghujung kelas ni, buat-buat la rajin. Kang dah abes kelas tu semua baru la sibuk-sibuk nak rindu kelas la, rindu amali laa.. :P

Harini nak share cerita pasal anak buah aku. Sape lagi kalo bukan si Daniel. Tahun depan nak masuk tadika dah.. Mulut boleh tahan.. Membebel mcm orang tua..

Ni la Daniel..

Al kisahnya malam tadi..

Aku ada sekor kucing betina namanya Gombak. Gombak ni ada anak 4 ekor. Baru je beranak..

Ni la Gombak..

Gombak ade adik angkat.. Namanya momot! Ni haa...


Gombak ni suke bergurau dengan Momot.. Kadang-kadang berkejar-kejar dalam umah sampai langgar sume org.. Bila Gombak dah beranak, ingat kan nanti Momot mesti rasa tersisih serta tak dipedulikan Gombak.. Tapi tekaan kami semuanya meleset.. Sehari dua lepas beranak, Gombak dah berlari-lari main ngn Momot.. Adeiii~

Sekarang ni, anak-anak Gombak dah terbiar.. Tak jaga.. Gombak lagi suka main daripada jaga anak-anak dia. Dari 4 ekor, anak-anak dia dah tinggal 2 ekor je. Lagi 2 dah mati sebab sakit. Kadang-kadang lepas susukan anak dia, Gombak pi tido himpit-himpit ngan Momot! Arghhh.. stress kitorg sume kat umah..

Bergurau sampai lupa anak..

Sampai kan ktorg marah-marah kat Gombak suh dia jaga anak dia.. Tp Gombak buat dekkkk je.. Cehh! Dah nama pon kucing kan.. Huhuhh~
Sehinggalah malam tadi.. Daniel plak hangin.. Dengan selamba je dia sound Gombak.. Kalau la Gombak tu manusia, mesti dia terasa.. Ayat budak kecik tu camnie bunyi nye..

" GOMBAK NI TAK RETI JAGE ANAK KE?? LAIN KALI JANGAN BERANAK! .... TAHANN!!! "

erkk.... bole eh tahan beranak??? Adeiii... Daniel daniel...

Monday, August 8, 2011

Blog dah berhabuk!

Salam..
Dah lebih kurang tiga bulan aku tak update ape-ape dalam blog nie.. Kenape ehh? MALAS kot.. huhu.. Banyak sgt yang nak diceritakan sebenarnya.. Tp faktor kemalasan yang menjadi punca. Hmm.. Mari merajinkan diri sikit.. Memandangkan sekarang ni dah masuk bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan puasa.. Maka banyak juga lebihan-lebihan masa yang disia-siakan begitu saje.. Jadi, mari kita merajinkan diri update ape-ape yang patut kat sini.. Huhuh..

Tapi aku nak buat tajuk by tajuk la.. Takkan nak main hentam je kejap citer lain, kejap citer lain.. cam huduh lak blog aku ni kang.. huhu~
Tajuk pertama, (selepas entry terakhir yang lalu)..

Sudah jadi Tunangan orang.. :)

Alhamdulillah pada 8 Mei 2011 yang lepas, aku dah selamat jadi tunang kepada Noor Hisyam bin Ali. Genap 3 bulan hari ni. :) Biasa la.. orang salu cakap, bila bertunang dugaan nya banyak.. Memang tak dinafikan.. Memang banyak pon.. antara nya henpon aku tade line selama dua hari! BOLEH??! haha.. dugaan la tu.. tak dapat nak bercinta 2 hari.. :P
Walau ape pun, kami sentiasa memastikan sebarang bentuk ketidakpuasan hati, percanggahan pendapat atau sifat mengada-ngada yang bleh mencetuskan ketidakselesaan itu sentiasa dipantau supaya ia tidak melarat.. Aku beruntung sebab dia bukan jenis kepala angin atau seorang yang ego atau jenis orang yang nak 'kena ikut cakap diaaaaaa je'.. TAK! dia bukan camtu.. Sebab tu aku sayang diaa.. :)
*gedik, mentel, menyampah! hahaa..

(btw, tempoh ikatan yang dirancang, insyaAllah setahun.. Kira la sendiri bila aku nak naik pelamin.. Semua tu bergantung kepada jodoh dan kesediaan kami sendiri.. Doa-doakan kami yer.. Nanti kalo ada perkembangan lain mengenai hal-hal perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan, aku akan update utk kawan-kawan yang terskodeng blog ni k.. cewahhh~)


Jadi Pengapit!

Buat kali yang ketiga dalam hidup aku, aku diminta menjadi pengapit pengantin kepada sepupu ku.. Kejadian berlaku pada penghujung Mei yang lalu. Atas dasar persaudaraan dengan si pengantin (Yati, anak Paklong aku), aku pun bersetuju walaupun pengantin telah menetapkan sendiri warna baju untuk pengapitnya.. Aku kena pakai warna putih.. Bedal laa! Sebab aku kurang gemar warna putih.. So, aku takde baju kaler putih.. Kena la beli.. huhuhu.. Skang baju yg aku beli tu boleh buat baju raya sebab baru pakai sekali je. Tp kain nya dah pakai banyak kali sebab kain nye boleh pakai dengan baju lain.. :P


Aku Lulus!

Alhamdulillah.. Result exam utk kursus bridging aku pun dah keluar.. Aku mmg takot kalau aku kantoi kali nie. Sebab nya, kalau aku kantoi, aku kena extend. Kalau nak extend, aku kena tunggu batch baru pada sessi 2012 nti.. Tu pon kena tunggu setahun utk batch tu sampai ke Tahap 3 sesi I.. Bayangkan la berapa lama aku nak tunggu sementara tunggu dorg sampai ke tahap 3? Tu mau amek mase setahun lebih tu.. Tamau laaaa!! Alhmdulillah, aku lulus untuk naik ke Tahap 3 Sesi II. Iaitu sesi yang terakhir yang dijangka akan bermula Oktober 2011 dan insyaAllah akan tamat pada Nov/Dec 2011 juga.. Lepas tu, merdeka!! Boleh la tumpukan pada persiapan majlis kawin plak.. Hehehe~ (Tu pon kalau lulus laa!! Haihhh!! Mesti nak kena lulus jugak!!)


Kursus Keselamatan Air

EHH! Aku dah pandai terapung, menyelam, snorkeling dan berenang. Ni semua hasil yang aku dapat lepas join 3 hari berkursus di kolam renang dengan rakan-rakan di tempat kerja. Memang berbaloi kursus tu. Selama ni aku x reti sume tu. Ape yang aku pandai, terapung je la.. Teknikal nya byk yang aku tak reti.. Huhuh.. Gambar-gambar ada bnyk kat FB aku.. Memang manarik dan seronok! :)





Sessi memBOOOOO kan Chelsea! :D

Seperti yang semua maklum, team Chelsea dah datang Malaysia untuk Asia Tour 2011. Dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya.. Beberapa hari sebelum tu, team Liverpool dan Arsenal pun datang jugak ke sini.. Liverpool dan Arsenal dah belasah Harimau Malaya kawww2 time friendly match sblm Chelsea datang. Ape yang aku nak cerita kat sini, aku berpeluang menonton perlawanan Malaysia dengan Chelsea hari tu! Aku bukan la peminat Chelsea.. Tapi aku support negara sendiri. Tu pon dapat bodek tiket free dengan cousin aku yang keje kat Maybank. Dorg pon dpt free sbb Maybank sponsor. Huhu! Best!! Dah la last minit baru dapat tau yang ade tiket lebih.. Petang balik keje tu jugak aku pi cari jersi Harimau Malaya tu.. Dah lambat, so aku x prepare la baju.. Nak tak nak, dengan semangat berkobar-kobar dapat pegi, ptg tu jugak aku pi Al Ikhsan! Beli yang ORI plak tu!! Gile semangat.. Melayang RM200! Ahh! Lantak! Lepas nie, baju tu buat baju raya. Sebab mahal sangat.. Kalau beli kat downtown je pon baru RM30-RM35.. huhu~ Kat SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil), lautan manusia serta peminat bolasepak mmg ramai.. Enjoy tgk match tu.. Team Malaysia terbaik sebab bolos 1 gol je.. Tu pun macam agak kontroversi gol nya. Kalau gol tu x kira, berputih mata la Chelsea.. Huhuh..
* aku supporter Manchester united. Tp sampai skang blom beli ape2 baju yg ade lambang MU tu.. Beli yg ORI??? Tamau daahhhh!! :P


Time ni muke legam sebab baru lepas berjemur 3 hari kat kolam renang utk kursus keselamatan air tu..



PD lagi!

Pada 23-24 July lalu, aku sekali lagi ke Port Dickson bersama keluarga.. Aku tak dapat nak attached kan gambar sebab line internet yang agak slow sejak kebelangan ni.. tunggu je la bebile nanti, aku cuba jgk upload pic2 masa kat sana. :)


Sokongan berterusan.

Lepas tgk Chelsea main kat SNBJ, aku lagi sekali ke sana sebab nak tengok perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapura sempena kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Sebelum tu, Singapura dah membenamkan Malaysia dengan 5-3 ketika di sana. Mase tu aku tgk kat tv je siaran langsung perlawanan yang berlangsung kat singapura tu. Memang geram sebab Malaysia kalah. Kali ni aku nekad nak beli tiket dan pegi SNBJ untuk rasa sendiri pengalaman menonton perlawanan yang menjadi tumpuan tu.. (Boleh pakai lagi baju mahal aku tu rupenye.. huhuhu) Kebetulan ada sorg kawan lama aku masa belajar dlu nak pegi beli terus kat stadium mase hari pertama jualan tiket. Nasib baek sempat sebab khabarnya tiket SOLD OUT mase hari kedua jualan. Tu pon kata nya belum sempat petang dah abes! Kesian orang-orang yang semangat nak pegi tp tak dapat pegi. Aku berbangga sebab aku dapat tiket! Mekasih sahabat!
Aku ke sana dari rumah dengan Daniel. Sampai kat sana tunggu Imal datang dari tmpat keje naik LRT. Kat sana join skali dengan sepupu2 aku, tunang aku, kengkawan tunang aku.. Then kami masuk ke dalam stadium yang dah penuh sepenuh penuhnya lautan manusia hitam kuning dan biru! Perghhh!! Orang Malaysia mmg semangat bila bab-bab macam nie. Akhir nya, kami dapat duduk kat tangga di celah2 orang ramai tu je.. Tu pon antara kami ade yang dah berpecah sebab takde tempat. OHH! Rupe-rupenya kat sebelah kami tu ade 2 org artis. haha.. Haziq AF4 dengn Maulana AF.. OK. Tu je.. Korg mesti tanye, apesal tak amek gamba ngn dorg?? AHH! Tak kuasa. Dorg bkn pemesss pon. Lain la kalau sebelah aku tu ade Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEK! hahaha.. Sure tunang aku nangess bile dia kene jadi photographer aku.. Alalallaa!!~ :D Takde makne nye okeh! Apek tgh sebok selamat kan gawang Malaysia time tu.. Ahhh.. teruje nye aku dengan ketangkasan beliau.. (sukati aku la nak puji lelebih, Apek tu dah bukan sesape punye punnnn... laalala~) Ape pun, tunang aku si Noor Hisyam Ali a.k.a awan nanonanonanonao tu tetap menjadi pojaan hati kuu!~

OK. Stop sini.. Lepas ni kita buat entry pasal raya plak k.. Sebab mood skang setelah lapan hari berpuasa adalah Mood RAYA! Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa saja muslimin yang terbaca entry ni.. Semoga kita lebih fokus beribadah.. InsyaAllah.. :)