Monday, April 27, 2009

Siapa Lapar? Jamu la mata anda...

Sekadar menyaji mata.. Sekadar memenuhkan entry untuk bulan April.. huhu.. Benar, makanan western ni aku yang masak.. Kalo x percaye, tanye mak aku.. hehe..


Lamb Grill.. French Fries.. Coleslaw.. Black Pepper Sos..

Chicken Grill with French Fries, Coleslaw and Black Pepper Sos..

Maaf.. Dah licin.. huhu!

Seronoknya Bowling!!

Assalamualaikum wbt..
Tengok tajuk pun dah tau ape aku nak cite kann..? Hehe.. Yeah! Aku nak cite pasal bowling.. Bukan cara-cara bermain bowling, atau menjejaki siapa player bowling terhandal dunia atau kenape Shalin Zulkifly dah jarang kuar paper sebab menang mana-mana pertandingan bowling antarabangsa atau dalam negara. Apa yang aku nak cite kat sini tajuk kecil nya adalah "Pertama kali bermain bowling bersama saudara mara SEPANGKA".. hehe. Firstly, SEPANGKA adalah nama yang menjadi trademark bagi kaum keluarga belah ayah aku di Beranang, Selangor.. (sempadan Negeri Sembilan). Makna sepangka ni aku kurang pandai nak terjemah kan. Tapi ape yang aku paham, sepangka ni lebih kurang macam satu team la. Kalau ada salah seorang dari kami yang mengadakan kenduri kawen, maka kami sebagai saudara mara akan turut sama bergotong royong menjayakan majlis. Kami akan diberikan tugas2 yang bersesuaian dan pada hari berlangsungnya majlis, kami dah tau mana tugas2 kami setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan yang biasanya dipengerusikan oleh PakLong aku. Kami juga ada tshirt Sepangka sendiri.. Hebat kan... Hehe.. Jadi, kami adelah Sepangka.. Pada 25hb April 2009 lalu, aku dan ramai saudara mara aku telah menyertaiacara bersuka ria untuk bermain bowling. Dua minggu sebelum tarikh dipilih, aku dan seorg makcik aku iaitu Cik Uji, telah bercadang untuk bermain bowling bersama2.. Cadangan itu timbul secara tibe2 setelah aku menyuarakan pendapat bahawa kami semua dah lama tak bersukaria.. Jadi, idea untuk bermain bowling adalah idea terbaik dimana kami semua dapat berkumpul dan enjoy.. Dan aku pun ditugaskan untuk menyebarkan hajat kami kepada semua saudara mara yang mempunyai email melalui mel elektronik.. Email la tu.. hehe. Email aku mendapat respon positif daripada pakcik, makcik serta sepupu2 aku.. Mereka bersetuju supaya diadakan acara bowling itu. Kami telah sepakat untuk memilih Sabtu malam dan bertempat di Metropoint, Kajang.. Memang aku teruja sebab ni la pertama kali dapat main bowling dengan saudara mara sndiri.. Selama ni main dengan kawan2 atau pon adik je.. Jam 8.45 mlm aku dah smpai dengan adik2 aku.. Mak dan ayah aku nak berdating kat umah je sambil tgk perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Kelantan (yeayy!! Selangor Juara!!!).. Dalam pukul 9.00 mlm, semua yang dah bersetuju untuk datang, telah tiba dengan keluarga masing2.. Masing-masing bersemangat nak bermain. Walaupon kami telah berjanji untuk tiba jam 8.30 malam, masih ada yang lambat. KakLong dan suaminya paling punctual. Tepat jam 8.30 dia dah call aku mengatakan yang dia dah sampai. Manakala aku masih dirumah kerana menanti adik yang terlewat. Maaf semua.. hehe..Bila semua dah ada, aku mengira jumlah yang datang. 28 orang semuanya termasuk 2 orang bayi.. !!
Sebahagian dari saudara mara aku..

Makcik2 aku yang sporting..

Wahh!! Ramai betul.. Tapi yang nak main hanyalah 16 orang. Yang lain2 hanya bertindak sebagai tukang sorak. Kami suggest supaya amek 3 lanes.. Dan setiap lane menempatkan 6 org pemain. Manakala 1 lane lagi untuk 4 orang kanak2.. Lane pertama, menempatkan saudara lelaki iaitu Abg Acoi, Emi, Angah, Apis Abg Zam dan Mak Ijo. Manakala aku di lane kedua bersama dengan Cik Uji, Ateh, Mak Tua, Kak Lin dan adik aku Kerol. Manakala Fatin, Nabila, Syamim dan Nabil di lane yang terakhir.. Acara malam tu mmg menyeronokkan sebab dapat tgk macam2 gaya dan skill yang ditunjukkan walaupon mereka bukan lah professional dalam permainan bowling. Ada yang terlepas bola, masuk longkang dan ada yang tak kurang hebat bile dapat strike tibe2 tanpa diduga..
Seronok betol Aina ye..
Gelak ketawa dan sorakan sentiasa mengiringi permainan. Budak2 kecik yang dibawa juga nmpaknya seronok apabila dapat berkumpul sekali sekala begitu. Tak ada seorang pon yang merengek nak balik.
Baby Kak Long, Zikry yang lapar susu..
Kecuali baby Kak Long iaitu Zikry yang lapar susu dan baby Abg Acoi yang taknak kat org.. hehe.. Maklum la, bukan selalu dapat lepak di luar smpai tgh malam mcm tu. Hampir 2 jam bermain, baru la masing2 menamatkan game masing2..

Pilihan..Targetan..Balingan.. Lalala..

Lepak2 menunggu giliran..

Tamat permainan.. Masing2 masih lagi ceria walaupon jam dah dekat kul 12 tgh mlm.

Baling!

Itu pun ada yang nak balik dlu sebab ada hal. Sebelum semuanya balik, aku sempat mengumpulkan semuanya untuk sesi bergambar. Gambar2 ni nanti boleh la ditunjukkan kat sape2 yang tak dapat join supaya lepas ni semua dapat join dan merasai kenikmatan bersuka ria bersama-sama..

Terima Kasih semua..

Wednesday, April 8, 2009

Melaka [ part 2 : Makan-makan ]

Berjalan kemana-mana pon, tempat makan dan apa yang di makan tak kan penah lupe.. Mcm tu jugak aku.. sbb aku suke makan.. huhu.. ( iye, saye tau.. saye dah semakin gemuk! kak idah plak dah semakin kurus.. hehe.. btol kak, akak dah kurus.. ).. Jadi, skang ni aku nak kongsi cerite makan-makan ketika perjalanan ke Tanjung Bidara, Melaka pada 4-5 April yang lepas.. Mase ari pertama, perjalanan ke Melaka, aku dan staf2 yang terlibat yang menaiki van fakulti, berhenti untuk sarapan di Hentian Seremban.. Perghh! Punye la ramai org yg kelaparan time tu.. sampai kan tempat nak duduk pon x de.. kene tggu org lain sudah baru dpt duduk. Masa tu aku, Kak Ina, En. Rahman, En. Ruslan dan En. Yus duduk semeja lepas seorg lelaki selesai makan dan berikan tempat duduknye.. Pg tu aku mkn nasik lemak dan milo ais.. huhu.. ( mane la tak gemuk aku nie.. pagi je nasik lemak, tghari dah confirm kene mkn nasik lagi.. nasik nasik nasik..) huhu.. Lepas tu, kami teruskan perjalanan.. Dalam perjalanan yang mengambil mase hampir 2 jam tu, mata pun jadi ngantok sbb perut dah kenyang.. (tgk tu! penyebab2 gemuk.. lepas mkn, tdo.. haha ) Tapi aku x de la tdo sampai bermimpi ke ape.. just tdo2 ayam je.. Van bergoyang sikit, terjage la aku.. hehe.. Ok, cite pasal makan tghari plak.. Aku tak puas ati sbb x dapat telur mata!! Tp sebelum aku cite pasal telur tu, aku cite pasal Pengkalan Balak sikit ek.. Destinasi pertama kami adelah Pengkalan Balak. Waktu sampai tu dah hampir tghari. Kami staf kena memantau student yang buat survey kat sepanjang kawasan pantai di Pengkalan Balak. cuaca waktu tu mmg tgh panas terik.. Membuatkan aku rase nak menyelam je kat laut tu. Tapi tak boleh gak, kang legam plak kua dari laut tgh2 ari buta tu.. huhu.. Dah tak larat rasenye nak bejalan. Tapi aku gagahkan juga sebab pemandangan kat situ cantik. Dan aku dapat snap gambar yang cantik2. Tengah dok berjalan tu, ade gerai jual air kelapa. Yeahh!! Panas2 ni mmg sesuai la minum air kelapa. Lepas student habis buat survey, kami semua bertolak ke tempat penginapan kami yang terletak di Tanjung Bidara. Kami semua sampai kat Tanjung Bidara Beach Resort dah pukul 2 lebih.. perut dah mula lapar balik.. Jadi, aku membayangkan makan tghari yang lazat2.. Mungkin nasik putih dgn lauk pauk yang indah2 seperti masak asam, gulai lemak, sayur goreng, ikan masin, ayam masak merah.. air sirap.. ahhh! bahagia nye... Tapi... Makan tgahari hanye lah nasik goreng kosong.. hancur semangat aku.. huhu.. Disebabkan lapar, aku pon mkn je la ape yang ade.. Beberape minit kemudian, kami diberi harapan bahawa nasik goreng kosong akan bertukar menjadi nasik goreng ngan telur mata kerbau.. Aku, Kak Ina, Cik Zack, Puan Azida dan Cik Darylin ( betul ke eja name mereka2 ni.. maaf kalo salah..huhu ) memperlahankan suapan supaya nasik yg tinggal dpt di satukan dgn telur goreng mata kerbau yang di canang2 akan tiba ke meja kami dalam masa terdekat.. Beberape minit kemudian, piring berisi telur pon sampai.. Kami berlima, telur hanya ada 2.. Jadi Kak Ina dan Cik Zack dah amek dlu.. Dgr nye lagi 3 akan menyusul.. Jadi, kami yang belum dapat, kene la tggu lagi.. sambil tu mkn nasik sebutir sebutir.. Sedih nye bile telur tak sampai2 sehingge la aku menghabiskan butiran nasik yg terakhir.. huhu.. Kejam sungguh rase nye.. Walaupon sedikit kecewa, aku bersyukur sbb dah kenyang.. Kemudian, kami semua ke chalet yg telah disediakan. Kami berlima duduk dlm sebuah chalet 2 bilik. aku berkongsi katil ngn Kak Ina. RA dan tutor berkongsi satu bilik.. Akibat keletihan dan kekenyangan, aku ngn Kak Ina tertidur.. ( tertidur ke sengaja tidur... huhu.. hinggekan pelawaan En. Rahman ke pantai melalui sms pun aku masih nak tido jugak.. Antara sms nye :

En. Rahman : Nak tidoq ke nak p tengok org berenang?
Aku : Oho. Sape lg yg turun berenang?
En. Rahman : Ntah.. Dia Orang takut jadi pak itam kut
Aku : Hehe. Nti la ktorg turun ek..
Beberape minit kemudian..
En. Rahman : Sy dah kat pantai
Aku : Amboi.. Cpt nye. Sape lg kat sane? Student ade tak?
( En. Rahman tak reply dah sbb die pon dah start berenang2 ke tepian pantai rupenye......huhu! )

Waktu mkn mlm plak, mmg best sbb makanannye pun best.. Ade bihun, ayam bbq, sos lada itam, sosej, ikan bakar ngn kuah asam n buah2an.. Lepas tu tgk student buat presentation plak..

Untuk mkn malam tu, aku sgt berpuas ati dan ia telah mengubat kekecewaan aku terhadap makan waktu tghari sebelumnye.. huhu.. Makan malam tu jugak wat aku kekenyangan seperti ular.. hehe.. Lepas abes student buat presentation, Penyelaras kursus EMG 3204 iaitu Prof. Madya Dr. Azizi Muda membenarkan kami semua termasuk student utk keluar berjalan jalan sekitar Pengkalan Balak menaiki bas UPM. Kebetulan di satu kawasan di Pengkalan Balak yang kami kunjungi pade tghari nye ade gerai2 jualan. Hanye terdapat beberape buah gerai yg menjual patung2 serta bantal hiasan, aksesori wanita, pakaian lelaki dan wanita serta sebuah stage untuk menyanyi.. hanye perlu bayar untuk naik ke atas stage dan menyanyi lah kalian sesuke ati.. huhu.. Waktu tu jugak aku dapat sms lagi dari En. Rahman yg mengajak aku dan Kak Ina untuk minum2 di sebuah warung di situ.. Mase tu aku dan Kak Ina berjalan berdua. Kami hanye lepak kat bangku tepi pantai. Sbb tak tau nak pi mane dah. Lepak ngan kucing pantai tu je.. Mase tu la aku terime sms dari En. Rahman. Sms nye berbunyi lebih kurang begini : (bukan lebih kurang pon.. aku amek sebijik dari sms yang aku belom delete.. hehe.. ) ... Jangan marah ek En. Rahman.. Ini bukan sms skandal.. Gambar dalam bas yang saye snap kan itu adelah lebih skandal.. Lalala..

En. Rahman : Jom....
Aku : Kat mane? Tak nmpk pun.
En. Rahman : Yg ada lampu tinggi
Aku : Lmpu mcm stadium tu ke?
En. Rahman : Ye. Sy belanja, dato bayar! ( amboi ayat...huhu! )

Aku ngan Kak Ina sampai jugak kat tempat tu akhirnya.. Yang dah ade kat situ mase tu, Penyelaras kursus tu yang kedua iaitu Dato' Che Musa, Cik Zack, Puan Azida, En. Rahman, serta 2 org student iaitu Amirah dan NorAfidah.. Aku minum teh panas dgn beberape keping otak2.. Makan lagi dan lagi dan lagi... walaupun baru lepas mkn mlm yg kenyang... huhu.. Teh panas tu mmg sedap, pekat dan melekat.. manis dan sinis.. huhu.. Dan yang best nye, otak2 tu la.. Dah la sedap, pedas plak tu.. Adoi.. rase mcm nak order je lagi.. Tp memandangkan org yg banje, mkn je ape yg ade.. haha! Nak beli sendiri, mmg aku x bawak duit malam tu.. huhu.. Memandangkan aku pon sebenarnye dah kenyang, hanye nafsu mkn je yg masih lapar, aku pendam kan aju niat2 syaitan yg suruh aku mkn sampai kenyang.. Gilo! Nak bagi perut aku pecah ke.. huhu! Malam tu, kami semua balik ke chalet dengan kekenyangan dan penuh kesyukuran.. kami sampai ke chalet dalam kul 11 lebih. Lepas solat Isya', aku dan Kak Ina terus naik atas katil dan tidur.. Krohh2!!

Hari kedua plak, aku bgn seawal 6.40 pagi. Solat subuh, cuci muke dan aku ikot Kak Ina menyusuri pantai.. Kak Ina nak berjogging katenye.. Aku plak x bawak sport shoes. So, pakai je la selipar.. sambil jalan2 dan berlari2 anak di tepi pantai Tanjung Bidara. Kami berdua menyusur hingge ke hujung menemui batu besar.. Sempat pose untuk beberape keping gamba. Antara nye aku dah letak kat posting Melaka [ part 1 : Tempat Lawatan ].. Pukul 8.00 pagi, kami semua breakfast secara bufet di kawasan kolam renang TBBR.. Aku n K. Ina sampai kat tempat mkn tu dlm kul 8.30 sbb bersiap, mandi2 dlu. Kat situ, kami disediakan dengan air panas, iaitu kopi dan teh, nasik lemak, mee goreng dan roti bakar.. Aku hanye amek mee serta air kopi.. dan duduk semeja dengan pelajar2 lelaki memandangkan tiada meja yg kosong.. Tak lame kemudian, aku amek plak roti lepas teringin tgk budak2 ni makan roti bakar.. huhu.. Tapi maaf, tiada gambar makanan untuk aku letak dlm posting nie. Cume cawan2 kosong. Sbb aku lupe nak snap.. tu pon teringat nak snap lepas aku kekenyangan.. haha! Lepas sarapan, kami semua check out dari chalet dan terus ke Balai Cerap, Kompleks Al - Khawarizmi di Tanjung Bidara. Dan kemudian, kami yang menaiki van terpakse mencari tempat mkn kerana kelaparan selepas keluar dari membuat lawatan di Balai Cerap.. En. Ruslan mencadangkan kami makan di sebuah tempat di kawasan ladang sawit.. Katenye, selama dia balik kampung di kawasan Pengkalan Balak, dia x pernah mkan di situ.. Ape kate kite cube.. Huhu.. Nama tempat makan ni, Sawit Corner.. Tempatnye mmg meriah. Sbb terletak di tepi jalan di kawasan pokok kelapa sawit. Kami semua order makanan yang sama iaitu Nasi dgn Asam Pedas Ayam Kampung.. Uhh! Aku belum pernah lagi makan Ayam Asam Pedas. Ikan biase la.. Yang menariknye, pinggan nasik kitorg punye la besa.. Nasik standard la.. Tak banyak dan tak sikit. Aku pon mkn nasik tu separuh je.. Tapi lauk nye tu mmg sedap. Harge pon berbaloi gak la. Cume RM 6.50 untuk satu hidangan nasik dgn lauk gitu.. Air plak, aku order air sirap limau jek.. Panas2 camtu, sesuai la minum sirap.. Macam mkn kenduri.. huhu.. Gamba di atas ni, aku ngan En. Ruslan, Pen. Pegawai Sains yang asalnye dari Melaka yang suggest tempat mkn nie.. Yang lain2 ade belakang kamera tu.. En. Rahman, Kak Ina dan En. Yus.. Pada yang tak dpat ikot serta, aku bg gamba je la ek.. Nanti bile2 dtg Melaka, singgah la kat sini.. Mmg best makanannya. Lepas tu kat dlm kawasan makan2 ni, ade kolam ikan arowana. Huii! Ikannya ade 4 ekor kot.. Sume besar2.. Kagum plak aku nengoknye.. Kalau die makan tgn aku, camne la agaknye ek.. Putus kot. Hoho! Lepas makan, kami semua menuju ke Bandar hilir, Melaka. Melawat dan membeli belah.. Kami hanye bersiar2 sekitar kompleks Samudera tu aje.. Malas nak jalan2 dah coz kami dah penat.. Lihat apa yang ada kat depan mata. Beli apa yang mampu.. huhu.. Dalam kul 4, kami pon bertolak balik ke UPM.. Memandang kan ketika itu hujan lebat, En. Yus memandu dgn berhati2.. Kemudian kami berhenti di Hentian Seremban untuk buang ape2 yang patut. Dan akhir sekali, kami berhenti juga di Hentian Nilai untuk menghilangkan ngantuk.. Yang lelaki pekena nasik lemak, manakala aku dan Kak Ina hanya Kuih Pau dan air teh.. huhu. Nasihat untuk diri aku sendiri, sudah2 la tu makan banyak2.. Gemuk kang sendiri merungut.. hahha!!

Monday, April 6, 2009

Melaka [ part 1 : Tempat Lawatan ]

Pada 4 dan 5 April lepas, skali lagi aku memenuhi undangan Kerja Lapangan EMG 3204 : Eco Pelancongan.. Macam biasa, aku bertugas sebagai staf yang mengawasi pelajar2 yang membuat survey. Tempat yang dipilih kali ini adelah Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Untuk part 1 ni, aku ingin berkongsi pengalaman ke tempat2 menarik yang ade di sekitar Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Tempat pertama yang kami kunjungi sebaik tiba di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini adelah Pengkalan Balak.

Sebahagian rumah2 kampung yang mengadap pantai.. Cantik sgt!
Sampan2 yang ade kat tepi pantai..
Pantai yg menarik..
Gerai jualan pakaian dan kraf yang ade di sepanjang pantai di Pengkalan Balak..
Tiada apa2 yang hendak diperkatakan.. cuma, posing! hehe..
Tempat kami semua menginap.. Tanjung Bidara Beach Resort..

Kami menginap di sini.. huhu!
Cantik sgt view waktu mlm kat Tanjung Bidara Beach Resort nie..
Ni plak view waktu siang mase mule2 sampai..
Pagi yang gelap.. Sempat jogging kul 7.15 pagi..
Panjat batu besar kat ujung pantai.. 7.30 pagi..
Batu paling besar kat kawasan hujung pantai..
Tiket untuk masuk ke Komplex Falak Al-Khawarizmi.. Tempat tgk anak bulan dan pameran mengenai islam dlm kajian sains..

Belakang aku ni la tempatnye..

Same tak gaye kami?? hehe.. Contoh pakaian sebenar yang di pakai oleh Neil Armstrong ke bulan..

Kredit to En. Rahman.. menarik gambar ni.. huhu!

Shopping kat Bandar Hilir.. Ape ntah name kompleks ni.. Tempatnye btol2 kat depan Muzium Samudera berupa sebuah kapal besar..

Dengan En. Rahman, Kak Dalina n En. Yus.. (kredit utk En. Lan yg pegang kamera ) huhu..

Kesimpulan nya, perjalanan ke Tanjung Bidara, Melaka agak seronok kerane dapat melawat banyak tempat walaupun hanye 2 hari 1 malam.. Lawatan ke tempat yg aku tak jangke iaitu Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi tu pun membuat kan aku sgt teruje ngan bidang sains.. Banyak yang aku x tau sebenarnya.. Dan yang paling best, dapat masuk menonton tayangan di Planetarium kat Kompleks tu.. Walaupon lenguh tengkuk sbb kene mendongak tgk tayangan yang dorg sediakan. Mmg unik sbb dlm dewan tu, dorg aturkan kerusi mengikut separuh bulatan. Kemudian dorg tayangkan rencana mengenai dunia angkasawan dan sains menerusi siling berbentuk kubah yang melengkung.. Semua kene mendongak. Aku bertambah sakit tengkuk sbb terpakse gunakan kerusi biase yang tempat penyandarnya rendah.. Tahan je la kepale gune kedua belah tangan aku.. huhu.. Maaf sbb tak dapat tunjuk gambar keadaan dalam planetarium tu sbb kamera dilarang sama skali.. So, sape2 yang nak alami bende tu, kene la pi sendiri.. aku bertuah dapat masuk sane sbb kalo dtg sendri ke Tanjung Bidara, mungkin aku x kan melawat ke Kompleks tu sbb aku tak tau ape yang best kat dlam tu. Dan akhirnya, baru aku tau.. tempat tu mmg best.. Jangan lupe, next : Melaka [ part 2 : Makan-makan ]...



Thursday, April 2, 2009

From Email to Blog..[1]

Tajuk penting : 40 kes/jenis Lelaki yang Tidak Layak Jadi Suami!
Aku dapat email nie, pagi tadi. Kiriman daripada sepupu aku. Bende macam ni la yang buat aku takot nak kawen.. haha.. Ape2 pun, renung2 kan.. dan Selamat Beramal..
DAPAT DIBUAT KESIMPULAN.. 80% YG PENTING DLM HIDUP SEORANG LELAKI ADALAH SEKS SELAIN GEMAR MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMBUTAN DAN KESABARAN SEORANG WANITA.. MAKA SEBAB ITULAH TUHAN TELAH NYATAKAN BAHAWA ORG LELAKI MEMPUNYAI 1 NAFSU DAN 9 AKAL.. MANAKALA WANITA PULA 9 NAFSU DAN 1 AKAL.. KUASA NAFSU YG SATU YG ADA PADA LELAKI INILAH YG MENYEBABKAN MEREKA BOLEH MEMBELIT WANITA MENGGUNA KAN 9 AKAL YG DIANUGERAHKAN OLEH TUHAN.. NAMUN TIDAK SEMUA LELAKI DI ATAS MUKA BUMI INI BERNAFSU DAN BERJIWA SYAITAN, TERPULANG KEPADA WANITA2 YG MEMBUAT PILIHAN DAN PENILAIAN.. MAKA.. WAHAI WANITA..JGNLAH IKUTKAN 9 NAFSU SAHAJA..KEMBANGKANLAH 1 AKAL YG DIBERI AGAR HIDUP TIDAK MERANA KELAK.. JANGAN ASYIK DIKABURI DENGAN KEMEWAHAN, KETAMPANAN DAN JANJI2 MANIS YG DIBERI OLEH SEORANG LELAKI.. SIASAT DAHULU.. BIARLAH LELAKI ITU TIADA RUPA, TETAPI TERJAMIN BEKALAN DUNIA AKHIRAT.. JIKA TIADA SATU PUN MSLH DI BAWAH YG SINONIM DGN MSLH ANDA...MAKA BERSYUKURLAH PADA TUHAN KERANA MENDAPAT SUAMI/PASANGAN YG BAIK.. CUKUPLAH JIKA MEREKA DPT MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS KITA DAN ANAK2 DGN KADAR YG SEDERHANA, MEMBERIKAN KASIH SAYANG YG BERPANJANGAN, MEMBERIKAN PERHATIAN, MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DLM RUMAHTANGGA DAN INGATLAH.. JANTUNG SETIAP ISI KEBAHAGIAAN ADALAH PENGETAHUAN DAN DIDIKAN AGAMA YG CUKUP.. SEDARLAH..TIADA MANUSIA YG SEMPURNA DI ATAS MUKA BUMI INI... MARI KITA RENUNGI KES2 DI BAWAH INI..
- 40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI -
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya..
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
INI PENTING(ESPECIALLY ZAMAN SEKARANG) :
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya > sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik > negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja > kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Kesimpulannya, Lu Pikir La Sendiri...!! =)

Wednesday, April 1, 2009

April Fool!!!

+ kenape mesti bulan April??
+ ape special nye bulan April utk mengenakan org??
+ kenape bulan April dikaitkan dengan bulan jenaka??
+ kenape April??
+ kenape??


Buat masa ni, aku blom kene ape2 cop "APRIL FOOL!!" untk ari ni.. harap2 x de.. hehe! Wah!! Hampir2 nak kene April Fool jam 9.25 tadi.. Cik Sul la nie.. Ade ke die kate Dr. Zelina suh aku masuk kursus Map Info tu skang jugak.. Nasib baik la ati aku ni berkata2, cik sul ni mcm tipu jek...ermm.. Sbb mase die ckp tu, die senyum2.. Ampehh btol! huhu.. bikin suspen je.. Ape pon, tarikh 1 April adelah tarikh keramat buat aku.. Dan aku x kan lupe sampai bile2.. Insyaallah..

Lastly, aku sayang kamu mylove.. Kamu yg ku temu 1 April, dua tahun yg lalu.. =)






mood : saye happy hari ni!