Monday, August 8, 2011

Blog dah berhabuk!

Salam..
Dah lebih kurang tiga bulan aku tak update ape-ape dalam blog nie.. Kenape ehh? MALAS kot.. huhu.. Banyak sgt yang nak diceritakan sebenarnya.. Tp faktor kemalasan yang menjadi punca. Hmm.. Mari merajinkan diri sikit.. Memandangkan sekarang ni dah masuk bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan puasa.. Maka banyak juga lebihan-lebihan masa yang disia-siakan begitu saje.. Jadi, mari kita merajinkan diri update ape-ape yang patut kat sini.. Huhuh..

Tapi aku nak buat tajuk by tajuk la.. Takkan nak main hentam je kejap citer lain, kejap citer lain.. cam huduh lak blog aku ni kang.. huhu~
Tajuk pertama, (selepas entry terakhir yang lalu)..

Sudah jadi Tunangan orang.. :)

Alhamdulillah pada 8 Mei 2011 yang lepas, aku dah selamat jadi tunang kepada Noor Hisyam bin Ali. Genap 3 bulan hari ni. :) Biasa la.. orang salu cakap, bila bertunang dugaan nya banyak.. Memang tak dinafikan.. Memang banyak pon.. antara nya henpon aku tade line selama dua hari! BOLEH??! haha.. dugaan la tu.. tak dapat nak bercinta 2 hari.. :P
Walau ape pun, kami sentiasa memastikan sebarang bentuk ketidakpuasan hati, percanggahan pendapat atau sifat mengada-ngada yang bleh mencetuskan ketidakselesaan itu sentiasa dipantau supaya ia tidak melarat.. Aku beruntung sebab dia bukan jenis kepala angin atau seorang yang ego atau jenis orang yang nak 'kena ikut cakap diaaaaaa je'.. TAK! dia bukan camtu.. Sebab tu aku sayang diaa.. :)
*gedik, mentel, menyampah! hahaa..

(btw, tempoh ikatan yang dirancang, insyaAllah setahun.. Kira la sendiri bila aku nak naik pelamin.. Semua tu bergantung kepada jodoh dan kesediaan kami sendiri.. Doa-doakan kami yer.. Nanti kalo ada perkembangan lain mengenai hal-hal perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan, aku akan update utk kawan-kawan yang terskodeng blog ni k.. cewahhh~)


Jadi Pengapit!

Buat kali yang ketiga dalam hidup aku, aku diminta menjadi pengapit pengantin kepada sepupu ku.. Kejadian berlaku pada penghujung Mei yang lalu. Atas dasar persaudaraan dengan si pengantin (Yati, anak Paklong aku), aku pun bersetuju walaupun pengantin telah menetapkan sendiri warna baju untuk pengapitnya.. Aku kena pakai warna putih.. Bedal laa! Sebab aku kurang gemar warna putih.. So, aku takde baju kaler putih.. Kena la beli.. huhuhu.. Skang baju yg aku beli tu boleh buat baju raya sebab baru pakai sekali je. Tp kain nya dah pakai banyak kali sebab kain nye boleh pakai dengan baju lain.. :P


Aku Lulus!

Alhamdulillah.. Result exam utk kursus bridging aku pun dah keluar.. Aku mmg takot kalau aku kantoi kali nie. Sebab nya, kalau aku kantoi, aku kena extend. Kalau nak extend, aku kena tunggu batch baru pada sessi 2012 nti.. Tu pon kena tunggu setahun utk batch tu sampai ke Tahap 3 sesi I.. Bayangkan la berapa lama aku nak tunggu sementara tunggu dorg sampai ke tahap 3? Tu mau amek mase setahun lebih tu.. Tamau laaaa!! Alhmdulillah, aku lulus untuk naik ke Tahap 3 Sesi II. Iaitu sesi yang terakhir yang dijangka akan bermula Oktober 2011 dan insyaAllah akan tamat pada Nov/Dec 2011 juga.. Lepas tu, merdeka!! Boleh la tumpukan pada persiapan majlis kawin plak.. Hehehe~ (Tu pon kalau lulus laa!! Haihhh!! Mesti nak kena lulus jugak!!)


Kursus Keselamatan Air

EHH! Aku dah pandai terapung, menyelam, snorkeling dan berenang. Ni semua hasil yang aku dapat lepas join 3 hari berkursus di kolam renang dengan rakan-rakan di tempat kerja. Memang berbaloi kursus tu. Selama ni aku x reti sume tu. Ape yang aku pandai, terapung je la.. Teknikal nya byk yang aku tak reti.. Huhuh.. Gambar-gambar ada bnyk kat FB aku.. Memang manarik dan seronok! :)





Sessi memBOOOOO kan Chelsea! :D

Seperti yang semua maklum, team Chelsea dah datang Malaysia untuk Asia Tour 2011. Dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya.. Beberapa hari sebelum tu, team Liverpool dan Arsenal pun datang jugak ke sini.. Liverpool dan Arsenal dah belasah Harimau Malaya kawww2 time friendly match sblm Chelsea datang. Ape yang aku nak cerita kat sini, aku berpeluang menonton perlawanan Malaysia dengan Chelsea hari tu! Aku bukan la peminat Chelsea.. Tapi aku support negara sendiri. Tu pon dapat bodek tiket free dengan cousin aku yang keje kat Maybank. Dorg pon dpt free sbb Maybank sponsor. Huhu! Best!! Dah la last minit baru dapat tau yang ade tiket lebih.. Petang balik keje tu jugak aku pi cari jersi Harimau Malaya tu.. Dah lambat, so aku x prepare la baju.. Nak tak nak, dengan semangat berkobar-kobar dapat pegi, ptg tu jugak aku pi Al Ikhsan! Beli yang ORI plak tu!! Gile semangat.. Melayang RM200! Ahh! Lantak! Lepas nie, baju tu buat baju raya. Sebab mahal sangat.. Kalau beli kat downtown je pon baru RM30-RM35.. huhu~ Kat SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil), lautan manusia serta peminat bolasepak mmg ramai.. Enjoy tgk match tu.. Team Malaysia terbaik sebab bolos 1 gol je.. Tu pun macam agak kontroversi gol nya. Kalau gol tu x kira, berputih mata la Chelsea.. Huhuh..
* aku supporter Manchester united. Tp sampai skang blom beli ape2 baju yg ade lambang MU tu.. Beli yg ORI??? Tamau daahhhh!! :P


Time ni muke legam sebab baru lepas berjemur 3 hari kat kolam renang utk kursus keselamatan air tu..



PD lagi!

Pada 23-24 July lalu, aku sekali lagi ke Port Dickson bersama keluarga.. Aku tak dapat nak attached kan gambar sebab line internet yang agak slow sejak kebelangan ni.. tunggu je la bebile nanti, aku cuba jgk upload pic2 masa kat sana. :)


Sokongan berterusan.

Lepas tgk Chelsea main kat SNBJ, aku lagi sekali ke sana sebab nak tengok perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapura sempena kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Sebelum tu, Singapura dah membenamkan Malaysia dengan 5-3 ketika di sana. Mase tu aku tgk kat tv je siaran langsung perlawanan yang berlangsung kat singapura tu. Memang geram sebab Malaysia kalah. Kali ni aku nekad nak beli tiket dan pegi SNBJ untuk rasa sendiri pengalaman menonton perlawanan yang menjadi tumpuan tu.. (Boleh pakai lagi baju mahal aku tu rupenye.. huhuhu) Kebetulan ada sorg kawan lama aku masa belajar dlu nak pegi beli terus kat stadium mase hari pertama jualan tiket. Nasib baek sempat sebab khabarnya tiket SOLD OUT mase hari kedua jualan. Tu pon kata nya belum sempat petang dah abes! Kesian orang-orang yang semangat nak pegi tp tak dapat pegi. Aku berbangga sebab aku dapat tiket! Mekasih sahabat!
Aku ke sana dari rumah dengan Daniel. Sampai kat sana tunggu Imal datang dari tmpat keje naik LRT. Kat sana join skali dengan sepupu2 aku, tunang aku, kengkawan tunang aku.. Then kami masuk ke dalam stadium yang dah penuh sepenuh penuhnya lautan manusia hitam kuning dan biru! Perghhh!! Orang Malaysia mmg semangat bila bab-bab macam nie. Akhir nya, kami dapat duduk kat tangga di celah2 orang ramai tu je.. Tu pon antara kami ade yang dah berpecah sebab takde tempat. OHH! Rupe-rupenya kat sebelah kami tu ade 2 org artis. haha.. Haziq AF4 dengn Maulana AF.. OK. Tu je.. Korg mesti tanye, apesal tak amek gamba ngn dorg?? AHH! Tak kuasa. Dorg bkn pemesss pon. Lain la kalau sebelah aku tu ade Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEK! hahaha.. Sure tunang aku nangess bile dia kene jadi photographer aku.. Alalallaa!!~ :D Takde makne nye okeh! Apek tgh sebok selamat kan gawang Malaysia time tu.. Ahhh.. teruje nye aku dengan ketangkasan beliau.. (sukati aku la nak puji lelebih, Apek tu dah bukan sesape punye punnnn... laalala~) Ape pun, tunang aku si Noor Hisyam Ali a.k.a awan nanonanonanonao tu tetap menjadi pojaan hati kuu!~

OK. Stop sini.. Lepas ni kita buat entry pasal raya plak k.. Sebab mood skang setelah lapan hari berpuasa adalah Mood RAYA! Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa saja muslimin yang terbaca entry ni.. Semoga kita lebih fokus beribadah.. InsyaAllah.. :)

No comments:

Post a Comment