Monday, May 4, 2009

From Email to Blog..[2]

Hari ni, utk kali yang ke berape ntah, aku dapat email tentang senarai2 makanan dan bahan keperluan harian yang mengandungi bahan yang tidak halal.. dah bertahun dlu, aku still dapat senarai yang same dan x berubah.. Mungkin ade antara mereka yang forward email tu, baru pertama kali dapat email macam tu.. Sebab tu bile disuruh foward, mereka akan terus forward. Ye la, senang je nak forward. Bukan nak kene bayar pon.. Heh! Tujuan aku cite pasal bende2 nie kat sini, sebab nak meluahkan ape yang aku rasa mengenai hal2 halal haram makanan kat Malaysia nie.. Sebelum tu, aku bagi senarai barang2 tu untuk kalian buat penilaian dan same2 jawab persoalan yang bersarang kat hari aku nie.
"Assalamualaikum w.b.t
Subjek: ATTENTION!!!! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLIM FRENS ..!!!!~ *NO 12 tu baca bebetul...wallahuaalam. BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) >
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi >
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina >
3. Daging Burger Import >
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina >
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' >
6. Berus Gigi Jenis ' Reach' >
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport >
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL >
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam >
11. Have Pearl Cream >
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald >
13. Ubat Kurap buatan Org Cina >
14.. Beehon Segera Siam >
15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam >
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ) >
1. Bosset Wine Gum >
2. Dairy Milk Coklat >
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum >
4. Sugus Strawberry >
5. Passer Doily Mixture >
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint >
7. Scothes Vikmin >
8. Share Extra Atrenght >
9. Black Current Jelly >
10. Royal Gulaman & Decart Oranges >
11. Valvis Gelatin >
12. Sarung Kapsul Ubat >
13. Ais Krim dalam bekas plastik >
14. Gula-gula Fruities >
15. Cake Mets Vilber Punch >
16 Coklat Cake >
17 Tepung Kastard Lady's Choice >
18 Semua jenis Jelly >
19 Semua jenis gincu bibir >
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo >
21 Lady's Choice Jelly >
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA >
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA >
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD >
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) >
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN >
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP >
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING >
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND "
Jadi, persoalannya..
1 Adakah benar?
Betul ke semua senarai ni ada lah haram bagi umat islam? Apa bukti yang mengatakan kebenarannya? Kalau betul, kenape tak ada sebaran maklumat mengenai nya di keluarkan di media2 cetak.. Kalau melalui email atau sms, tak semua org akan tahu pasal ni. Boleh ke makcik2, pakcik2, atok2, nenek2 kita yang duduk kat ceruk2 kampung baca email, baca sms?? Aku yakin, bende ni tak akan tersebar meluas hanya melalui email. Mmg betul, email melalui internet adelah paling cepat dan tiada sempadan atau halangan. Tapi rakyat Malaysia belum 100% yang akan baca maklumat melalui email.
2 Kenapa pihak bertanggungjawab taknak sebarkan sendiri?
Kalau lah semua senarai nie betul, kenapa tak ade announcement yang mengatakan ia semua haram??! Kenapa iklan2 di tv, radio, suratkhabar, majalah atau ape2 sahaja sering mencanangkan bahawa barangan ini halal? Makanan ini halal? Produk ini halal? Kenapa tak di anjurkan satu forum atau rancangan bual bicara khas untuk merungkai permasalahan halal haram kat stesen2 tv negara kita PADA WAKTU PUNCAK?? Yeah, stesen tv lebih suke siarkan rancangan hiburan, atau cerita2 tahyul pada waktu puncak.. Aku mencadangkan agar satu program khas di adakan khas untuk membincangakan senarai barangan yang dikatakan haram penggunaannya kepada umat islam. Sebabnya, email2 forward ni aku susah nak terima kesahihan nye kecuali dengan bukti2 yang kukuh.. Kalau setakat meletakkan nama2 orang yang bertanggungjawab, sape2 pun boleh tulis. Asal kan org tu tahu mengeja..
3 Apa harus aku buat?
Ini je yang aku mampu, tulis kat blog! Aku harap sangat, pihak2 yang berkaitan/berkenaan dapat memberi informasi yang lebih terperinci mengenai email2 sebegini. Kalau halal, beritahu la halal. Kalau haram, sebarkan lah dengan mengatakan ia nya haram. Dan yang paling penting, guna kan saluran yang betul. Cth nye : Siarkan kat tv mengatakan barangan sekian2 adelah haram. Senaraikan produk2 nye. Bukan dengan memberi hint2 untuk org semua berfikir sendri dan mencongak sendiri yang mana haram yang mana halal. Siarkan juga di media cetak seperti surat khabar atau majalah, senarai sebenar dengan jelas dan telus supaya pengguna2 muslim tidak tertipu dengan logo2 halal dari Jakim. Bukannya setakat menyebarkan email2 yang kita sendiri tak tahu kesahihannya..
4 Kesimpulan nya..
Setakat ni, aku masih lagi makan KFC dan McD, coklat dan gula2 (yg ada dalam senarai), aiskrim harga rm1.00 keatas, maggi, mandi gune sabun LUX dan gune barangan dari AVON.. Sebab nya, aku masih belum dapat bukti2 yang sahih mengenai haram nya barang2 nie.. Aku beli barang2 makanan hanya berpandukan ramuan yang tertulis dan logo halal dari jakim yang tertempek kat produk tu.. Halal katanye, maka halal la ia.. itu pada aku.. Dan aku amat berharap agar pihak berWAJIB dan berasa ia tanggungjawab anda, sila la kedepan dan memberi informasi yang betul dan huraikan sekali barang sebenar yang terbabit.. BUKAN SEKADAR MEMBERI HINT yang menyuruh kite berfikir sendiri.. Ini bukan rancangan NABIL.. Lu Pikir la Sendiri! Tapi ini serius.. Ape yang penting? Kerjasama!! Sekian..

No comments:

Post a Comment