Monday, May 25, 2009

Kyu-To @ Genting!

Salam..
Pada 16 Mei 2009 yang lepas, aku berkesempatan sekali lagi ke Genting Highland. Kali ni, aku ke sana dengan kawan2 baik aku yang aku kenal sejak tahun 2002 ketika sama2 blaja kat Multimedia Academy, MTDC-UPM. Kyu-to adelah nama grup kami yang kami sendiri cipta.. huhu.. Makne nye.. X yah la tau.. Lalala.. Ok, meh nak cite sket pasal kawan2 aku yang aku dah anggap mcm adik2 aku sendiri nie. Firstly Nadya.. Paling rapat ngan aku.. Tempat lepak ktorg biasenye kat OldTown Kopitiam.. Salunye kat Kajang la. Die dok Kajang gak n ktorg salu gak hang out same2.. Tgk wayang n jalan2 cuci mata..

Nama penuh : Nadia Amiruddin.
Umur : 25 tahun.
Status : Bujang tapi dah bertunang..
Personaliti : Seorang yg sangat becok dan x reti benti bercakap. Funny n crazy!
Komen aku : "duhh.. penat layan Nadya nie..tapi die best!"

Yang kedua plak, si Syifa. Gadis dari Ipoh.. Die ni pon salah sorg yang paling rapat ngan aku sbb mase study dlu, die penah lepak kat umah aku lepas die kua dari hostel.. Berbulan gak la die jadi ahli dalam family aku.. Sampai la skang ni, die tetap jadi 'adik' perempuan aku walaupon aku x penah ade adik perempuan kandung.. huhu..

Nama penuh : Nadatul Syifa Mustaffa.

Umur : 25 tahun.
Status : Bujang dan sedang mencari.. hehe!
Personaliti : Seorang yg pendiam, baik, lemah lembut..!
Komen aku : "Baguih budak nie..! Aku x penah gado ngan die.."

Ni plak si Alia. Budak Serdang.. Die yang paling manje kot.. huhu.. Die keje kat RTM.. Die ni kalo jumpe ayah aku kat Angkasapuri, mesti kecoh.. Ayah aku la cite.. Ayah aku pon kate die ni dlu2 mcm budak2, tp skang dah besa.. hehe.. Die pon selalu gak bz.. Tp kalo nak pegi mane2, n plan awal2, die mesti bleh join punye..

Nama penuh : Nur Alia Jalani.

Umur : 25 tahun.

Status : Bujang tapi dah ade yang punye..

Personaliti : Comel! Petah! Becok jugak! Fotogenik!

Komen aku : "Paling Comel, Paling Manje! Paling..Paling..Lalala"


Ni plak Aya.. Die dok kat Cheras. Keje kat KL. Asal Kedah nun.. Aku selalu gak kua ngan die.. n peristiwa yang aku x penah lupe, aku penah bawak die balik Kedah naik kete kancil BFV7765 aku sbb die nak amek barang yang tertinggal kat sane. Kul 8 mlm gerak, sampai Kedah tgh2 mlm then terus balik KL balik lepas tu.. Banyak kali gak benti, dekat tghari baru smpai Kajang.. Advanture betul!

Nama penuh : Rohaya Abd Kadir.

Umur : 25 tahun.

Status : Bujang dan mencari tapi asyik busy ngn keje..
Personaliti : Muke chinese look.. but loghat utara still melekat.. Kuat gelak!

Komen aku : "Die ni kawan huha2 aku..! Banyak kali berselisih faham tapi still best fren sampai skang.."

Ni la sume kawan-kawan aku yang aku kenal sejak zaman kolej 2002 sampai la skang nie.. Aku x ramai kawan pon.. plus kawan2 di opis dan kawan2 lame mase sekolah dulu.. Tu je la.. huhu..

Kami bergelar Kyu-To.. Maksudnye.. jeng jeng jeng.. sile cari dalam kamus Jepun.. hehe..
Mereka berempat ni la yang paling rapat.. Ni la gambar terbaru yang kami ambil mase bercuti ke Genting 16hb lepas. Lepas plan dan pilih tarikh, kami sepakat ke sane dengan bajet ciput.. Tujuan nye hanya untuk bersuka ria bersame2 setelah lama x jumpe berlima mcm tu. Last holiday dengan dorg ni, tahun 2008 yang lepas. Tu pon syifa x join. Kami berempat ke Melaka naik kancil hijau aku.. Sewa hotel untuk satu malam dan jalan2 kat Bandar Hilir.. Mmg menyeronokkan.. Berbalik kepade cerite ke Genting tu, aku bertolak dari rumah kul 7 pagi. Mujur lah Syifa dah sampai hari sebelumnye. Aku dan Syifa siap2kan bekal yang aku masak iaitu makaroni bakar. Makanan yang cukup untuk kami berlima. Lagipun Alia yang request nak makaroni bakar. Die kata aku masak sedap.. hehe.. Lepas dah packing makanan dan bersiap, aku dab Syifa bertolak ke rumah Nadya untuk jemput die. Lepas amek Nadya, ktorg ke Serdang amek Alia.. Last skali amek Aya kat Cheras. Dalam perjalanan, aku x lupe singgah Jalan Genting Klang. Ke sane sbb nak bagi sikit makaroni bakar kat bf aku si Zul. Ye lah, dah alang2 lalu nak ke sane, singgah je la.. Dapat die rase makaroni aku yang sedap tu.. lalala.. Nanti aku masak untuk org2 kat opis lak ek.. (sbb dah cite nie, mesti ade yang nak rase kann.. heheh).. Dalam kul 10 lebih gitu, kami sume sampai kat sana untuk naik kete kabel. Mase tu baru la ktorg tau yang Aya n Alia penakut naik kete kabel.. haha.. Kat sane mmg seronok. Sbb aku dapat naik ape yang aku blom naik mase aku pegi bln Februari lepas. Antara nye Super Toboggan yang mcm gile.. dan Cyclone ride yang membuat kan Alia kua air mate sbb takut.. huhu.. Pastu dapat masuk Snow World free!! Tu yang paling best.. Patutnye kene byr Rm17 sorg. Tp disebabkan sepupu Alia, kami dapat free.. hehe.. Suasana kat situ mase tu mmg sejuk sgt sbb hujan renyai2.. Bnyak yg x sempat kami main.. Kami pun dapat jalan2 kat Dinosourland. Selebihnye aku letak gambar je ye.. Ape pun, Genting beri aku kenangan yang sangat manis bersame ngan kawan2 aku tu.. Next trip, akan kami bincang kan kemudian.. huhu..

Happy together n forever! Luv Kyu-To!

Monday, May 4, 2009

From Email to Blog..[2]

Hari ni, utk kali yang ke berape ntah, aku dapat email tentang senarai2 makanan dan bahan keperluan harian yang mengandungi bahan yang tidak halal.. dah bertahun dlu, aku still dapat senarai yang same dan x berubah.. Mungkin ade antara mereka yang forward email tu, baru pertama kali dapat email macam tu.. Sebab tu bile disuruh foward, mereka akan terus forward. Ye la, senang je nak forward. Bukan nak kene bayar pon.. Heh! Tujuan aku cite pasal bende2 nie kat sini, sebab nak meluahkan ape yang aku rasa mengenai hal2 halal haram makanan kat Malaysia nie.. Sebelum tu, aku bagi senarai barang2 tu untuk kalian buat penilaian dan same2 jawab persoalan yang bersarang kat hari aku nie.
"Assalamualaikum w.b.t
Subjek: ATTENTION!!!! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLIM FRENS ..!!!!~ *NO 12 tu baca bebetul...wallahuaalam. BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) >
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi >
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina >
3. Daging Burger Import >
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina >
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' >
6. Berus Gigi Jenis ' Reach' >
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport >
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL >
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam >
11. Have Pearl Cream >
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald >
13. Ubat Kurap buatan Org Cina >
14.. Beehon Segera Siam >
15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam >
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ) >
1. Bosset Wine Gum >
2. Dairy Milk Coklat >
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum >
4. Sugus Strawberry >
5. Passer Doily Mixture >
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint >
7. Scothes Vikmin >
8. Share Extra Atrenght >
9. Black Current Jelly >
10. Royal Gulaman & Decart Oranges >
11. Valvis Gelatin >
12. Sarung Kapsul Ubat >
13. Ais Krim dalam bekas plastik >
14. Gula-gula Fruities >
15. Cake Mets Vilber Punch >
16 Coklat Cake >
17 Tepung Kastard Lady's Choice >
18 Semua jenis Jelly >
19 Semua jenis gincu bibir >
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo >
21 Lady's Choice Jelly >
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA >
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA >
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD >
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) >
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN >
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP >
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING >
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND "
Jadi, persoalannya..
1 Adakah benar?
Betul ke semua senarai ni ada lah haram bagi umat islam? Apa bukti yang mengatakan kebenarannya? Kalau betul, kenape tak ada sebaran maklumat mengenai nya di keluarkan di media2 cetak.. Kalau melalui email atau sms, tak semua org akan tahu pasal ni. Boleh ke makcik2, pakcik2, atok2, nenek2 kita yang duduk kat ceruk2 kampung baca email, baca sms?? Aku yakin, bende ni tak akan tersebar meluas hanya melalui email. Mmg betul, email melalui internet adelah paling cepat dan tiada sempadan atau halangan. Tapi rakyat Malaysia belum 100% yang akan baca maklumat melalui email.
2 Kenapa pihak bertanggungjawab taknak sebarkan sendiri?
Kalau lah semua senarai nie betul, kenapa tak ade announcement yang mengatakan ia semua haram??! Kenapa iklan2 di tv, radio, suratkhabar, majalah atau ape2 sahaja sering mencanangkan bahawa barangan ini halal? Makanan ini halal? Produk ini halal? Kenapa tak di anjurkan satu forum atau rancangan bual bicara khas untuk merungkai permasalahan halal haram kat stesen2 tv negara kita PADA WAKTU PUNCAK?? Yeah, stesen tv lebih suke siarkan rancangan hiburan, atau cerita2 tahyul pada waktu puncak.. Aku mencadangkan agar satu program khas di adakan khas untuk membincangakan senarai barangan yang dikatakan haram penggunaannya kepada umat islam. Sebabnya, email2 forward ni aku susah nak terima kesahihan nye kecuali dengan bukti2 yang kukuh.. Kalau setakat meletakkan nama2 orang yang bertanggungjawab, sape2 pun boleh tulis. Asal kan org tu tahu mengeja..
3 Apa harus aku buat?
Ini je yang aku mampu, tulis kat blog! Aku harap sangat, pihak2 yang berkaitan/berkenaan dapat memberi informasi yang lebih terperinci mengenai email2 sebegini. Kalau halal, beritahu la halal. Kalau haram, sebarkan lah dengan mengatakan ia nya haram. Dan yang paling penting, guna kan saluran yang betul. Cth nye : Siarkan kat tv mengatakan barangan sekian2 adelah haram. Senaraikan produk2 nye. Bukan dengan memberi hint2 untuk org semua berfikir sendri dan mencongak sendiri yang mana haram yang mana halal. Siarkan juga di media cetak seperti surat khabar atau majalah, senarai sebenar dengan jelas dan telus supaya pengguna2 muslim tidak tertipu dengan logo2 halal dari Jakim. Bukannya setakat menyebarkan email2 yang kita sendiri tak tahu kesahihannya..
4 Kesimpulan nya..
Setakat ni, aku masih lagi makan KFC dan McD, coklat dan gula2 (yg ada dalam senarai), aiskrim harga rm1.00 keatas, maggi, mandi gune sabun LUX dan gune barangan dari AVON.. Sebab nya, aku masih belum dapat bukti2 yang sahih mengenai haram nya barang2 nie.. Aku beli barang2 makanan hanya berpandukan ramuan yang tertulis dan logo halal dari jakim yang tertempek kat produk tu.. Halal katanye, maka halal la ia.. itu pada aku.. Dan aku amat berharap agar pihak berWAJIB dan berasa ia tanggungjawab anda, sila la kedepan dan memberi informasi yang betul dan huraikan sekali barang sebenar yang terbabit.. BUKAN SEKADAR MEMBERI HINT yang menyuruh kite berfikir sendiri.. Ini bukan rancangan NABIL.. Lu Pikir la Sendiri! Tapi ini serius.. Ape yang penting? Kerjasama!! Sekian..