Thursday, March 4, 2010

Family Day FPAS



Salam.
Pada 20 Februari lepas, aku berkesempatan join hari keluarga yang dianjurkan oleh Fakulti tempat aku bekeje. Ni 1st time aku join aktiviti sebegini setelah 3 tahun bekeje dengan Fak. Pengajian Alam Sekitar, UPM. Tapi hari keluarga ni baru pertama kali diadakan. Jadi aku masih belum rugi apa2.. hehe. Bertempat di Impian Rimba Resort, Pangsun, Hulu Langat. Aku bertolak dari UPM pada jam 8 pagi bersama seorg lagi staf iaitu Kak Dalina. Memandang kami masih single, kami tidak membawa keluarga masing2. hehe. (kalau bawa pon, kene bayar extra). Dengan warna tema merah/biru sepanjang hari berlangsung nya hari keluarga itu, keadaan di Pangsun sangat la ceria.
Aku pilih berbaju tshirt biru dan seluar trek. Mmg mcm nak bersukan la kan.. Tapi mmg betul pon aku bersukan. Banyak jugak acara sukan yang aku join. Aku diletakkan dalam grup Hijau. Antara yang berada dalam kumpulan aku adalah, SU JPAS iaitu Mas dan keluarga nya, Hj. Rashid, Dr. Hafizan, Kak Noriyah, Muhaimin dan beberapa org staf lagi. Antara acara yg aku join pada hari itu adalah Lari dalam guni, baling dan sambut telur mentah, sambut belon air.. semua itu adalah acara berkumpulan. Memang seronok sbb sekali sekala beriadah dengan staf2 yang jarang dpt bersuka ria bersama. Paling mengujakan aku adalah, acara cabutan bertuah. Untuk pengetahuan, aku jarang menang dalam acara cabutan bertuah. Selalu nya mmg tak bertuah pun. Alih2 kali ni aku dpt cabutan yang ketujuh dari 20 hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Terima kasih banyak2.. Aku dapat lampu disco yang menarik! hehe. Ni ada beberapa gambar untuk aku share dengan semua pembaca! Kebanyakkan gambar aku dah upload kat FB. Leh tgk kat sana ok. :) www.facebook.com/saraspecky

Monday, March 1, 2010

bLur... :P

Salam.

Lama betul rasanya aku tak menulis kat blog ni. Makin lama rasa mcm malas plak nk menulis. Tapi banyak bende yg nak diceritakan. So, aku terpaksa gak menulis kat sini sbb nak share apa yang aku alami. Kali terakhir aku menulis adelah pada awal Januari lalu. Ni dah masuk bulan Mac. Dua bulan masa yang berlalu tu mcm2 peristiwa yang aku alami. Ada yang menyeronokkan, ada yang menyedihkan. Biarla aku mulakan dengan cerita yang mengujakan..
Bln Januari, aku telah berkesempatan naik ke Genting highland untuk bercuti bersama keluarga dan saudara mara ku. Kami bermalam di Hotel First World Genting untuk satu malam. Cerita mengenai percutiaan di Genting ni aku dah tulis di http://www.sapangka.blogspot.com/ .



Memang sangat menyeronokkan bila dpt berkumpul dengan keluarga dan buat aktiviti yang jarang2 dpt buat same2.. Kalo ada yang nk tgk gambar2 yang lebih menarik, boleh la tgk di FB aku ok. Sume ada kat situ. :)
Kemudian pada bulan Februari pula, kami sekali lagi mencadangkan untuk main2 air di Sunway Lagoon pulak. Memandangkan cuaca pada waktu tersebut, panas dan kering, aktiviti mandi manda ni sangat la sesuai dijalankan. Tapi malangnya, keadaan di sana yang sangat panas, merimaskan kami. Aku ke sana dengan adik lelaki ku iaitu Imal dan anaknya Daniel serta keluarga Cik Uji. Keadaan orang yang sangat ramai memandangkan waktu itu adalah cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Aku tak dapat nak kongsi gambar, kerana kebanyakkan gambar masih belum diupload oleh cik uji. Tunggu je laa.. hehe!
Bulan Februari jugak sepatutnya adalah bulan yang menggembirakan aku. Tapi malang, lain yang berlaku. Bagi yang rapat dengan aku, kalian mesti tau apa yang terjadi.. Majlis risik yang sepatutnya dijalankan sehari sebelum hari lahir aku, dibatalkan kerana kebodohan pihak sebelah sana. Aku tak menyesal tapi aku sangat bersyukur ia berlaku sebelum aku dan pasangan aku diikat. Aku taknak seorg lelaki yang bermulut lancang dan bebas bercakap sesuka hati tanpa menjaga hati dan perasaan aku. Aku seorg yang sangat sensitif. Walaupun aku nampak ceria, hati aku Tuhan je yang tau. Setelah berfikir dan meminta pendapat seluruh ahli keluarga ku, aku bersedia untuk memutuskan perhubungan yang dijalin hampir 3 tahun dengan lelaki yang aku panggil Zul. Semoga Tuhan berkati apa yang aku lakukan. Dan aku berharap agar keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik. Sekarang, aku dah kembali happy! Aku happy kerana pada 28 Februaari lalu, aku menyambut hari lahir dengan dikelilingi org2 tersayang. AKu dan 3 orang sepupu mengadakan majlis hari lahir di rumah nenek di Beranang. Seronok sbb dapat hadiah lepas sekian lama tak dapat hadiah hari jadi. Itu pon aku dan sepupu2ku bertukar2 hadiah. Memang best! Ni ada beberapa gambar nak kongsi! :)

Ni la birthday girls! Dari kiri, Mira, aku, Hanie, Fara..


Tu saje la yang mampu aku tulis untuk kali nie. Pasnie, kalo rajin, aku upload lg cerita menarik. Terima Kasih semua!! :D

Tuesday, January 12, 2010

2010

Salam.

Selamat Tahun Baru..

Aku kekeringan idea memandangkan banyak idea telah dicurahkan di http://www.sapangka.blogspot.com/ ..

Jadi, aku hanye update di sini, jika ada masa terluang.. peace!!~




*Ini adalah pesanan sempena tahun 2010 buat rakan-rakan yang sudi menjengah blog ini.. hehe!~

Monday, October 26, 2009

Kawan baik & Cupcakes

Salam.
Memule skali aku nak ucapkan tahniah buat seorg sahabat baik ku iaitu Nur Alia atas pertunangan nye dgn kekasih hati nye Andi Fadzli. Tahniah korg.. Semoge cepat2 naik pelamin. Tak sangke cepat dorg ni ikat ek.. hehe.. Aku harap berkekalan hendaknye.. InsyaAllah!


Dengan bertema kan kaler pink, majlis yg agak besar tu boleh tahan meriahnye.. Sampai kan aku pun kene pakai baju pink jugak.. hehe.. Tak pe, janji meletop! huhu..




Untuk majlis Alia ni jgk aku dah janji nak hadiahkan dia cupcakes untuk hantaran.. Lame jugak aku search online nak cari pereka2 cupcakes yang kreatif dan harga berpatutan.. Last2 aku jumpa kat satu blog.. http://www.guladanmentega.blogspot.com/ Design Kak Mazita (aku panggil Kak Ita) sangat la cute pade pandangan aku.. Tak tau la orang lain camne, tapi aku mmg suke design2 die.. Ni aku letakkan pic cupcakes yang aku order untuk sahabat aku yang tersayang.. Semoga Alia dan Andi cepat2 naik pelamin plak yer..


www.guladanmentega.blogspot.com





Thursday, October 8, 2009

Alahai Daniel...

Salam..

Kali ni aku nak cite perihal anak buah aku yang sorg tu.. Muhammad Alif Daniel.. Umur 3 tahun.. mmg menceriakan rumah ktorg kalo ade die.. Kalo die x de, terase sunyi nye sgt.. Walaupun die nakal, x dgr kata, aku syg sgt kat die.. Biase la budak2.. Normal la camtu.. Tp die ni lain sket.. Hyperaktif! Skang aku nak cite pasal mcm mane die kene tipu ngn aku n mak aku.. Sbb die kene tipu adelah kerane die x nak mkn nasik.. Kisahnye bermule beberape ari lepas.. Mase tu kami satu family tgh siap2 nak mkn malam. Aku n yg lain2 hidangkan sume lauk utk makan mlm tu.. Aku pon ajak la si Daniel makan nasik skali.. Mule2 die nak makan nasik ngan lauk ayam goreng.. Last2, die tinggalkan nasik, mkn ayam je.. camne la die nak besar.. Asek mkn lauk je.. Tp yang aku kagum pasal budak nie, selera die mcm org tua.. Semua jenis ulam die telan.. dari petai, kerdas, jering sume die mkn.. siap bleh ratah camtu je.. bawang yang blom masak pon die bleh gigit2 camtu je.. lepas tu mulut bebau laa.. Then die suke makan sayur. Die suke kate 'sayur wonderpets'.. Sebabnye, kalo sesape yg tgk kartun wonderpets, di akhir misi wonderpets menyelamatkan anak-anak haiwan yg dlm kesusahan tu, mereka akan raikan dengan daun saderi.. At least kartun tu mengajar budak2 mkn sayur.. hehe. Berbalik pade cite anak buah aku tadi, lepas selesai mkn, aku pakat ngn mak aku utk takut2 kan daniel bile die x nak mkn nasik.. Aku pon mule kan helah.. Aku panggil die.. Aku tanye, " Daniel dah kenyang ke mkn ayam je?", die pon jawab, " Neneyel dah kenyang", die bahase kan diri die Neneyel sbb die pelat sket.. belum leh ckp betul2 lagi.. huhu.. Aku pon dapat idea nak kene kan die.. aku pon ckp la kat die.. " Meh sini angah nak dgr perut daniel.. Aku pon lekapkan telinge kat perut die.. trus aku buat muke terkejut. Die pon terkejut tgk aku.. aku pon bgtau la kenape aku tekejut.. aku cakap camni, " Daniel tipu! Perut daniel ckp, die lapa lagi.. angah dgr sore perut daniel.. die ckap 'lapaa.. lapaa.. ", aku pon wat suara ala2 sayu jek.. Daniel dah terdiam. Pastu aku suruh mak aku pulak dgr perut daniel. Mak aku pon lekapkan telinga kat perut daniel. Mak aku pon buat bunyi yg same mcm aku buat.. Pandai btol kami belakon smpai Daniel pun terkedu. Cerita tu x abes smpai situ.. beberape minit lepas tu, aku tgk daniel dah x kisah.. Yang kelakarnye, esok ptg lepas aku balik keje, mak aku cerite kan kisah daniel tghari tadi. Mak aku cerite, tghari tu daniel dtg kat papa die.. daniel kate, perut die dah ckp 'lapaa..lapaa..', so daniel nak mkn nasik.. Mak aku yg terdengar kata2 daniel tu dah tahan gelak sbb plan ktorg dah menjadi.. memang die mkn nasik tu.. lepas tu, daniel mintak mak dgr kan perut die lagi skali.. Mak aku pon belakon la lagi skali.. mak aku dgr perut daniel.. kali ni mak aku senyum jek.. mak aku btau daniel, " perut daniel dah x ckp lapa dah.. die senyap je sbb die tdo, die dah kenyang..", daniel pun punye la suke.. Nak tegelak aku dgr cite mak.. Malam tu, daniel mule mkn nasik wpun sikit je.. lepas tu die ckp, " neneyel dah mkn nasik, nanti perut neneyel dah x shakap lapa lapa dah.." hehhe.. Aku ngan mak berpandangan sesame sendiri sambil snyum2.. menjadi akhirnye tipu helah ktorg nak suruh daniel mkn nasik.. Aku rase kite bole tipu2 camni utk kebaikan die.. bukan la selalu sangat.. cume nak mengajar die je.. Masalahnye, lepas mkn nasik mlm tu, selang beberape jam, die kate perut die bebunyi lagi.. die kate nak mkn mee plak.. aku la jadi mangse die, masakkan die maggi kosong tanpa gune byk perencah.. Alahai Daniel! hehe..


Salam.
Dah 2 bulan jgk aku x update blog nie.. sifat malas menguasai diri.. malas nak bercerita dan malas nak menaip.. huhu.. sbb nye, aku ade satu lagi blog yg nak kene update.. www.sapangka.blogspot .. blog tu adelah untuk update aktiviti Sapangka.. ( sape2 yg nak tau ape itu sapangka, bleh la klik kat link tu ye.. mekasih ) .
Hari ni adelah hari yang ke 19 umat islam menyambut syawal. Masih belum terlambat utk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin buat semua yg mengenali aku.. juga buat pelawat yang melawat blog nie..

Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah..

Salam..

Pada 29 Julai lalu, aku mendapat satu panggilan telefon dari seorg sahabat yg dah lame aku x jumpe. Shaliza, rakan seperjuangan mase skolah dlu menyampaikan satu berite yg sungguh mengejutkan. Katenye, salah seorg sahabat mase skolah di Sek. Men. Keb. Jalan Bukit sejak Tingkatan 1 hingge 5 (1995-1999) iaitu Nurzihanie Shafiee telah pergi buat selame2-lamenye... Nurzahanie yg kami panggil Nozie telah terlibat dalam satu kemalangan yang pade aku agak tragis kejadiannye.. Aku sempat mencari naskah Harian Metro secare online pada 30 Julai.. Memang menyedihkan kerane aku asyik terbayang kesukaran yang Nozie alami semate2 untuk menyelamatkan diri nye.. Malangnye, Nozie gagal hingge meragut nyawanye.. Di sini aku paparkan sedikit petikan dari akhbar mengenai kejadian yang meragut nyawa Nozie..



Rentung Dalam Kereta



CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang. Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.

“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa. Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurzihanie Shafiee.. Semoge roh mu di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba yang soleh..

Nurzihanie dari kaca mate aku :
1. Cantik
2. Kemas
3. Ceria
4. Rajin
5. Fun to be with..

Ntah kenape sejak berite kematian Norzie, aku asek terbayangkan arwah semasa kami masih bersekolah dlu.. Aku cari jugak gamba2 semasa di sekolah dlu utk muatkan dlm blog, tp aku belum jumpe.. Mungkin aku salah letak.. Akan ku cari sampai dapat, sbb itu je kenangan yang aku ade mase sama2 menuntut ilmu di SMK Jalan Bukit, Kajang.. Al-Fatihah..