Thursday, December 23, 2010

Selesai sudah...

Salam.
Pada 18-20hb Dec yang lalu, aku sekali lagi ke Nibong Tebal bersama emak dan adik. Aku ke sana sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku iaitu Nurul Huda. Kebetulan pula aku diminta menjadi pengapit. Jadi, aku memang kena berada disana. Ayah dan abang tak dapat ikut bersama kerana masalah-masalah tertentu. Hanya bertiga yang menaiki kereta. Manakala adik ku Imal dan Daniel serta seorang lagi sepupu aku, menaiki keretapi. Seronok betul kalau dapat naik keretapi.. Huhu.
Aku, mak dan adik bertolak jam 12.40 tghari. Sepatutnya nak keluar awal dalam pukul 7 pagi mcm tu. Tapi kereta comel aku tu buat hal pulak malam sebelum bertolak tu. Malam tu aku dgn ayah ke KL Sentral sbb nak hantar Imal naik keretapi malam tu. Sampai di Briekfield, temperature kereta tiba-naik.. Kalau sikit-sikit takpe jugak. Ni terus mencanak! Bikin hati kami berdebar-debar je. Bila kami check, Imal kata kipas tak jalan. Nak tak nak esok pagi tu kena juga hantar pi repair. Nasib baik ada kawan Imal, pagi tu jugak dia pi beli motor kipas tu then terus pasang. So, memang terlambat la kami bertolak dari Kajang. Jam 6 lebih, baru kami sampai destinasi. Punya la penat..


Thursday, December 9, 2010

Info suka-suka hati.. Hehe..

Salam.
Hari ni aku nak berkongsi pandangan sikit pasal adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Sebab apa? Baca ni dulu.. Hehe. Aku copy dari artikel di sebuah blog lain. Terima kasih. http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html

ADAT MERISIK.

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Jadi, kesimpulannya...
Ini la yang aku alami pada 7 Disember lepas. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Lepas ni, perancangan untuk bertunang pula. Diharap semua nya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.. :)



*gambar hiasan

Tuesday, November 30, 2010

Menanti Disember 2010

Salam.
Sekarang kita berada di bulan November. Cuma tinggal beberapa hari saja bulan Disember bakal menjelang. Bulan Disember la penghujung tahun. Bulan terakhir dalam setahun untuk kita settle kan segala mak nenek punya azam. Ingat tak, awal-awal tahun dulu.. Semua orang sibuk pasang azam sempena tahun baru. Tak lama lagi nak pasang azam tahun baru lagi. Macam mana nak buat azam baru kalau azam yang ada dulu, belum terlaksana lagi.. Jadi, bulan Disember adalah paling sesuai untuk kita buat post mortem atau recap balik azam-azam kita tu.. :)

Pada aku, bulan Disember mungkin menjadi bulan yang paling seronok. Ada beberapa aktiviti yang boleh membuatkan aku rasa seronok sangat. Antara nya, bulan Dis adalah bulan untuk aku berehat dari menghadiri kelas-kelas kursus bridging yang aku sertai. Dimana aku perlu hadiri kelas dan amali hampir setiap hari Isnin hingga Sabtu selepas waktu bekerja. Jadi, dapat dibayangkan betapa aku bersusah payah nak ke kelas, menghafal formula, menjawab soalan ujian, melakukan ujikaji di makmal, mengira itu dan ini.. Sedangkan masa aku bersekolah dulu, aku tak pernah belajar apa itu Biologi, Fizik, Kimia dan Geologi. Hanya satu subjek yang buat aku sentiasa berjaga setiap kali kelas. Iaitu subjek IT (Teknologi Maklumat).. Huhu. Subjek lain bukan aku tak suka, tapi aku perlu struggle lebih supaya aku lulus. Tak perlu cemerlang ( bak kata seorang rakan sekerja. :P ) Tapi, kalau dapat cemerlang, ia lebih baik. Kan?! :)Berbalik kepada kisah bridging tadi, bln Dis nanti adalah bln untuk aku bercuti dari kelas-kelas. Memang seronok! Tapi aku harus menyambung semula untuk sesi ke 2 Tahap 2 Kursus bridging tersebut. Jadi gunakan waktu cuti dari kelas untuk berehat dan bercuti. :D

Bulan Dis juga, aku akan menerima kunjungan 'seseorang bersama keluarganya untuk berkenalan dgn keluarga aku'.. Tak mau cerita detail. Aku akan buat satu entry khas nanti. So, stay tune! Heheh..

Pada 18 dan 19hb Dis, insyaAllah aku akan sekali lagi berada di Nibong Tebal, Pulau Pinang sempena meraikan Hari Persandingan sepupu aku belah mak di sana. Kebetulan aku pula diminta supaya menjadi pengapit sepupu aku tu. Excited lebih sikit sebab confirm gambar aku banyak dalam album nanti! Yeayyy!! Tapi aku belum ada baju yang vogue untuk majlis tu nanti. Dia nak semua pakai purple. So, kena la cari sehelai demi memuaskan hati pengantin. Apa salahnya, bukan selalu. Mungkin sebelum majlis tu, aku akan pergi cari baju yang sesuai..

Seminggu lepas kenduri tu nanti, aku akan bersama keluarga belah ayah akan ke Melaka lagi sekali untuk berjalan-jalan. Maklum la, family day tak dapat dibuat. Jadi kami ambil keputusan untuk holiday saja ke sana. Hotel jenis apartment pun dah di booking. InsyaAllah 24hb hingga 26hb Dis nanti aku akan berada di sana. Entry cuti-cuti Malaysia akan aku tulis lepas kejadian ok. Jadi, harap semua perancangan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar. Kepada yang nak tunggu entry seterusnya, terima kasih daun keladi. Nanti kita jumpa lagi. :)

Thursday, November 25, 2010

Makan kenduri di Restoran Kenduri

Salam!
Nama restoran tu agak pelik.
Restoran Kenduri. Menu utama, nasi beriyani!
Aku dan family dah dua kali ke restoran ni. Paling baru, pada ahad lepas. Terletak di belakang Hospital Kajang. Baru je beroperasi. Lot kedai nya masih baru. Ni bukan blog pasal makan-makan. Tapi tiba-tiba plak aku teringin nak cerita pasal tempat ni sbb keunikan namanya. Macam-macam ada! Tengok gambar je la. Rate harga kat sini, sederhana. Boleh la cuba! :)






Wednesday, November 10, 2010

Green Light!



Apa yang 'green light'??
Ia telah berlaku pada Isnin lalu (8 November 2010).
Dan cerita seterusnya selepas kejadian 'green light' ini insyaAllah ia akan terus bersambung dan berlaku pada December nanti.... dan seterusnya...

Sekian. :)

Thursday, October 21, 2010

Wedding Nur Alia

Salam.
Seorang lagi sahabat aku telah melangsungkan perkahwinan. Nur Alia dan pasangannya Andi Fazli sepakat memilih 10 Oktober 2010 (10.10.10) untuk merealisasikan impian untuk bernikah dan bersanding pada tarikh yang menjadi kegemaran ramai orang. Selamat pengantin baru diucapkan buat sahabat ku yg sangat comel neh!! Semoga kalian cepat dapat baby! :)
Beberapa gambar yang sempat aku rakam.


Tuesday, October 19, 2010

Reunion with Kyu-To!

Siapa Kyu-To pada aku??

*Kawan-kawan ..
*Sekepala ..
*Sepakat ..
*Susah senang ..
*Gile-gile ..

Kawan-kawan aku yang paling lama bersama. Nadia, Nur Alia, Nadatul Syifa dan Rohaya. Kami sepakat nama kan diri kami Kyu-To. Tak perlu la kalian tau ape makna perkataan itu. Cukuplah sekadar diberitahu bahawa perkatan tu diambil dari kamus Jepun. :)
Kami kenal sejak sama-sama belajar di Multimedia Academy MTDC-UPM, Serdang pada akhir tahun 2002. Bermula pada detik itu, kami sentiasa bergerak bersama walaupun ada badai yang melanda persahabatan kami. Berkat kesabaran dan sikap saling memaafi, kami bertahan hingga 2010. Semoga persahabatan ini kekal hingga bila-bila .... Insyaallah ..
*pertemuan terbaru kami adalah pada 10.10.2010 .. sempena memeriahkan majlis perkahwinan Nur Alia ..
Our legs ..


Di awal perkenalan .. sekitar 2003

Tahun 2004 .. kalau tak silap .. huhu~

Bersuka ria di Genting .. 2008

Faces .. Genting .. 2008

Kyu-To ..