Tuesday, May 3, 2011

Saya berani!!! YEAY! - Part 2.

....... sambungan.

Masuk je kedai tu, Nana mula kan bicara. Dia kata, aku nak pakai contact lens tapi kena ajar dia. Sebab dia firstimer.. huhuhu~ Aku pon tunjuk la muka cuak.. Pekedai berbangsa cina tu pon dengan friendly nya, suruh ktorg masuk dan dia kata dia bleh ajarkan. Kami pun duduk la kat tempat yg disediakan sementara cina tu pi check power spek aku.

Tak sampai 5 minit, dia pon keluar dan bagi balik spek a.k.a nyawa aku. Dia ckp mata kanan aku power 3.50, manakala mata belah kiri 3.75. Adeii.. Nape la tak sama. Huhu.. Then, dia pun bg briefing sket2 untuk aku paham. Ada offer kat kedai tu. Panjang lak kalo nak citer apa offer2 yang dia bagi. So, x yah citer. Jimat masa. Huhuh..

Kemuadian, aku mintak yang kaler. Cewahh! Belagok! First time pakai terus nak yang ada kaler. Ye la, mesti la nak yang ade kaler. Kang kalo x pakai kaler, org tak nampak lak yang aku pakai contact lens kann.. kan.. kan.. Huhuh..

Dia bagi aku kaler Dark Brown brand FreshKon. OK! Mahal. Bole tahan sebulan je. Huhu.. Lagi pon, aku mmg nak pakai kejap je. Kenapa nak pakai?? Kenapa tak pakai je spek tu?? Hhoho.. Aku tau, mesti korg nak tanye soalan mcm tu gak kan.. Huhuh.. Kat bawah kang, aku btau kenape yer.. :P

Lepas tu, cina tu suruh aku cuci tangan. Kata nya, sebelum sentuh lens tu, tangan kene cuci sampai bersih. Aku pon dengan naif nye, terus pi cuci tangan kat tempat yg disediakan. Cuci-cuci, bersih berseri.. Lalala..

Dah cuci tangan, aku pon datang balik kat tempat aku duduk tadi. Nana punya la setia menanti.. huhuh. Lepas dia btau sket2 cara nak pakai, cara nak tgk samada lens tu betul atau terbalik, cara2 nak cuci lens.. Maka, tiba la masa nya cina tu letakkan lens yang nipis, dan berkaler coklat tu ke jari telunjuk aku. Dia pun cakap la begini..
" Jari telunjuk letak contact lens, pastikan dia betul. Kemudian jari tengah tarik kelopak mata bawah. Dan jari telunjuk tangan kiri tarik kelopak mata atas. Last, letakkan lens tu kat mata hitam"

Aku pelan2 ikot arahan tu.. Gelabah la jugak.. DAN!! akhirnya, benda tu melekat jugak kat mata aku dengan elok nya.. Dia suruh aku pejam n test mata tu dengan tengok keluar kedai..

Aku terus hepi sbb aku dapat baca tulisan papan tanda kat lua kedai tanpa spek!!! Yeayy!~ Alhamdulillah.. Huhu..

Aku try letak sbelah kiri plak. Dua2 mata dah bercontact lens! Gembira nya aku! Huhu.. Lepas byr harga sekian-sekian, kami pon nak balik. Tapi tak balik jgk lagi sebab Nana nak banje makan. Kata nye dia nak banje sebab aku dah berjaya pakai contact lens. Hahaha~

Mekasih nana.. Mekasih sangat2.. huhuh..

Akhir sekali, aku pon cuba pakai contact lens untuk kali kedua hari nie.. Mmg rase weird sebab x penah pakai lens sebelum nie.. Tapi x pe. Aku cuba. Huhuh..

Hmm.. dah habis cerita. So, nak tau jugak ke kenapa aku pakai bende ni kat mata??

Begini.. Aku sebenar nya takkan pakai benda ni kalo takde sebab kukuh. Aku lebih suke pakai spek dari pakai contact lens. Sebab lebih mudah. Senang nak tdo bile-bila masa sebab aku mmg suka tdo! Huhu.. Pastu aku pakai bende ni sebab aku nak kena ber mekap2 weekend nie. Mekap2 nak kemana? Huhuh.. Ok la. Straight foward la k. Ahad ni insyaAllah aku akan bertunang. Jadi aku perlu dimekap supaya nampak lebih cantik. Jadi penggunaan contact lens adalah digalakkan. huhuh.. SEKIAN.

Lalalala!!~

Saya berani!!! YEAY! - Part 1.

Salam..
Alhamdulillah..
Akhirnya.. Satu perkara yg amat aku takuti, telah berjaya aku lalui dgn penuh jaya dan bangga nye! Nak tau apa yang aku takot sangat tu ke?? Huhuh..

Selama 17 tahun, hidup bertemankan kaca mata, akhirnya aku memberanikan diri pakai contact lens!! Peghh!!~ Tuhan je yang tau ape perasaan aku masa nak melangkah masuk ke kedai optik.. Dubdab2 punye la kuat.. Siap seram sejuk bagai.. Camne aku leh berani?? Cheyyy!~ Mari baca lagi... :P

Semalam (Isnin/2May), hari cuti.. So, aku amek keputusan untuk pi buat treatment rambut yang dah mcm sakai. (sile rujuk wall status FB aku jumaat lalu. :P) Aku pi dgn Cik Nana. Dia pun buat treatment gak. Huhu.. Lepas daripada tu, aku pi jumpe Kak Raha. Sape beliau neh?? Sile tunggu pengumuman. (muahahahhah.. kepecahan rahsia akan berlaku tak lama lagi. :P).. Lepas tu aku patah balik ke Kajang. Owh. Aku jumpe Kak Raha tu kat tempat dia di Sg.Chua. Dkt2 ngn Red Wok Restaurant. (stimboat situ bapak besttt.. bestesttt.. asbestos!! Lalala..) Lepas tu, aku ke Kajang semula ngan Nana. Time tu aku dah ckp, aku maybe nak pi beli contact lens. Tu pun KALAU AKU BERANI LAA... :D

Jumpa je satu kedai optik, kami berenti dulu. Budak kedai tu pon dtg nak serve kami. Sempat gak capai pamplate pasal contact lens kat situ.. Budak perempuan tu pon offer la nak bantu. Aku pon terus terang je la.. saye nak pakai lens, tapi tak brani.. Lalala.. Kata ku dgn nada yang agak seremm.. Pastu dia pon dgn tak confidentnye ckp.. Oooo.. Bole. Kami bole ajarkan.. Muka budak tu pon mcm takot2 je ngn ktorg. Ganas sgt ke ktorg?? Huhuh.. Tatau laa.. Pastu aku trus ckp, x pe la dik.. ktorg jenjalan dlu.. Kami pon blah. Aku tak confident tgk budak tu. Mcm x sedia je nak serve org. Huhu.. Aku pon ckp kat Nana, kite pi tgk kedai lain la.. Kedai tu mcm x best jek. (memilih). Aku pon ckp la, kat sini ada kot England Optical.. (berlagok nak kedai yg pemes neh.. :P ) Tibe2 kedai tu ade depan mata.. Makna nya kaki aku melangkah ke arah kedai tu la tu.. huhu.. Tengok kedai besa, tapi x de org.. Mcm malas plak nak masuk.. ( bila dah penakot, mcm2 alasan la yang keluar.. daaa..) Last2, aku ajak je Nana kua dari Metro Kajang tu. Pastu ada satu lagi kedai optik. FOKUS POINT. Dalam kedai mmg takde org. Cuma 2 org pekerja sendiri sahaja. ( cewahh! dah mcm lori angkut barang plak bunyi nye.. haha~ ) Sambil lalu depan kedai tu. Aku pandang2 je la tgk org dlm kedai tu. Nana pon dok pujuk la aku masuk kedai.. Aku lom brani mase tu.. Last2 lepak jap tepi kedai tu sambil bincang2 perihal contact lens dan masa depan. Huhuh.. Ada la dlm 15minit si Nana bagi semangat kat aku. Last2, aku melangkah longlai jugak ke dlm kedai dengan sisa2 semangat yang baru dipupuk sebentar tadi..

Jeng jeng jeng...!!~
Apakah yang terjadi? Bagaimana aku memulakan bicara?? Tettt!!~ sila tgk "Saya berani!!! YEAY! - Part 2."

Hohohoh....

Friday, April 22, 2011

Kucing Berbaka ..

Salam..
Semenjak dua menjak nie, aku tibe-tibe berkeinginan sangat nak bela kucing berbaka baik mcm parsi tu. Bulu kembang2, mata biru, gebu2..
Dari kecik dlu, rumah aku tak pernah sunyi dari bunyi 'ngiauan' kucing.. Tapi semua jenis kucing kampung je.. Tak mampu nak bela kucing mahal-mahal.. Kutip je kucing-kucing comel tepi jalan tu, bersihkan, bagi makan n manja kan.. Bertambah-tambah comel la kelihatannya..
Berkenaan nama-nama plak, ada mcm-mcm nama yang kitorg pernah bagi. Contoh nya:

1. Ayang
- ayah kutip kat opis. Jenis bulu panjang. Dia paling pantang kalo org hulur kaki, mmg dia marah! huhu.. Ayang hilang. Kena culik maybe.. :(
2. Anje
- cikgu adik aku yang bagi. Dia jiran ktorg gak. Tapi Anje hilang. Taktau sapa curik.. :(
3. Mak Limah
- paling femes! kucing kampung je. bulu putih dengan tompok2 hitam, kelabu coklat. Ekor panjang. Mak bg nama mak limah sbb dia nmpk lemah lembut je kucingnye.. Dah byk kali beranak pinak. Last sekali, mak limah merajuk sebab kami bawak balik kucing baru ( kalau x silap, Ayang tu la kot.) Yang bagus nye, mak limah ni pi pindah rumah jiran selang 4 rumah dari rumah ktorg. Org tu jgk baby sitter yg jaga adik aku si Kerol masa tu.. Mak limah tu boleh pindah angkut anak-anak dia skali. Dah la anak2 kecik lagi. Tp gemuk2. Bila gonggong je, jatuh. gonggong je jatuh. Last2 mak tolong angkat pi anta rumah makcik tu.. Adoi laa.. Kesian.. Huhu..
3. Mok
- kucing kesayangan aku. Mati kat celah pokok pandan blkg rumah. Sakit sebab kena serang.. :(
4. Bubu
- kucing kesayangan aku jugak. Mati... :(
5. Ning
- kena buang sbb sakit kot..
6. Ekk
- ni pun mati jgk sbb sakit..
7. Teh
- yang ni paling lama kot jadi penghuni rumah kami. Adik aku kutip kat depan pagar sekolah masa dia sekolah rendah. Darjah 4 kot dia mase tu. Bayang kan skang adik aku dah 19 thun. Teh ni dah lari dari rumah lepas dia tinggalkan baka dia yg sebijik rupa dia. Sebelum ni asek beranak anak kaler oren je.. So, ktorg mcm marah la dia. Asal beranak je kaler oren. Asal beranak je anak nya kaler oren.. Cuba la bg kaler mcm dia sket.. Si teh ni kaler putih tp ade comot2 sket kat hujung telinga, kaki n ekor. Ekor plak berpintal mcm bunga. hehe.. memang die lepas bg ktorg anak yg serupa dia, dia pon hilang x balik2.. Huhuhu~
8. Andak
- ni la anak Teh. Sebijik macam teh. Kadang-kadang ktorg sendri terpanggil andak tu teh.. huhu.
9. Merah
- paling manja buat masa ni. Dia ni ade lagi kat rumah..

Ni la merah.


Ni semua sebahagian je.. Ada banyak lagi kucing-kucing yang penah aku bela.. Skang ni aku nak cari kucing parsi plak.. Saje nak bela buat stok peneman bila dah mula berfamili sendiri nanti.. InsyaAllah.. Akan datang. Pisss!~ :)

Thursday, April 21, 2011

Masa itu emas.

Salam..

Semoga aku akan lebih hargai masa...


Jam baru sbg pengganti jam aku yg hilang hari tu.. huhu~

Monday, April 11, 2011

Cerita 'rojak'..

Salam..

Ape yang aku maksudkan disini sebagai rojak, bukan lah kerana aku nak menceritakan mengenai makanan rojak. Tapi aku nak cerite psl cerita yang bercampur2.. huhu.. Tp aku boleh la buat kategori.

Kategori 1 : Keterujaan.

Keterujaan aku sepanjang dua tiga ari ni adelah mengenai keseronokkan serta kehepian aku.
Pertama sekali, aku dpt join kawan2 kelas bridging buat sampling untuk amali di Genting Highland! Seronok sbb tak yah masuk lab! Hehe. Lepas tu, buat keje dlm suasana yang dingin plak.. Sojuk pon ado! Huhu~ Tp mmg best. Byk yg aku blaja.. Alhmdulillah..
Balik dari Genting tu, malam nye aku ikot besfren aku Nadia naik kete Latio baru dia ke rumah Alia. Juga besfren aku.. Budak kecik tu dah lame invite dtg umah dia sejak dia kawen. Tp xde mase. so, masa yg secebis ni la kami guna untuk melawat dia.. Sweet kan ktorg? Siap dtg bwk buah tgn lagi.. Hihi.. Pastu si Alia plak dah msk2 untuk kitorg. Alaa mekasih la Alia.. Walaupun tgh memboyot ngn perut kecik die tu, ade lagi daya nak memasak. Thanx alot dak tecik!! Muahhhh!!~ Owh! Btw, alia pandai masak! Sedap tau! :)

Keterujaan aku bersambung lagi pada esoknya.. Ahad lepas aku bwk family aku ke Melaka. Melaka kat kerubong. Sebenarnya tujuan ke sana sebab ayah n adik2nya, nak beli pinggan. Stok untuk buat kenduri punya.. Ktorg kan biase rewang2.. Kalo ade kenduri2, mmg kene ade pinggan sendiri. Lepas tu dah taknak guna pinggan2 kaca. Bahaye sket.. So, guna melamin jek. Senang! Cantik pon cantik.. Huhu~ Kedai tu dkt ngn Alor Gajah-Cheng. Nama kedai tu Super Cowboy! Huhu.. Mmg mcm gudang. Mcm macro la lebih kurang. Barang mmg murah. Pastu sume jenis barang rumah ade. Aksesori kereta, makanan, barang2 dapo. Barang2 meniaga, persiapan kahwin. Barang letrik.. Sume ade bawah satu bumbung. Memang teruje nengoknye.. Huhu. Owh, aku pon dpt beli satu bende utk dibuat door gift! Hehehe~

Ok, next kategori.

Kategori 2 : Kesedihan.

Ni yang sedih nak citer nie.. :(
Masa aku otw nak gi rumah Alia tu, aku tumpang kereta Nadia. Sebelum tu kami singgah dlu kat kedai buah untuk beli buah.. Masa dah sampai rumah Alia, lepas makan n masa main2 dengan kucing dia name Choki, aku terperasan jam tangan aku dah takde! Ahh! Sudah! Memang aku cari merata-rata dlm rumah alia tu. Sejukkan ati sket, aku bajet jam tu tejatuh kat dlm kete nadia. Masa nak balik aku check dlm kete pon mmg takde. Iskk!~ Aku da mule nak nanges! Gile! X kan x sedey! Hadiah dari mak aku tu. Mmg aku sayang giler jam tu. Harga pon bole tahan. Jenama ELLE. Ayah kate ade la dlm 200 lebih. Huwaaaaaa!!~ Rase bersalahnya kat mak.. Jam tu mmg dah bape kali terselamat dari hilang. Penah aku sangka hilang masa pi field work kat Perak. Punye la cari, rupe2 nya ade dlm van! Lepas tu hilang dalam beg! Jam tu cicir mase aku selok2 tgn dlm beg. Kali ni mmg betul2 takde rezeki aku dah.. Mmg aku sedih. sampai kan aku rase nak pi beli jam yg same mcm tu. Tp, harga nya.. Mcm mustahil plak nak beli lagi.. Lom ade bajet. Sobb.. sobbb!!~ Nak tgu pakai jam baru, lagi sebulan baru dapat pakai. Tp selagi tgn kiri aku kosong tanpa jam, mmg aku rase semacam.. Tak best! Tak seronok! Maaf mak.. Kakngah tak sempat anta kedai untuk repair tali jam tu.. :(

Kategori terakhir : Sayang mak!

Harini, 11 April 2011.. Hari lahir mak yang ke 60! Selamat hari lahir mak! Kakngah sayang mak!! Muahhhhh!!~ Malam td sempat pegi kedai ngn ayah senyap2 untuk beli hadiah mak. Hadiah tu pon dah bagi mak kul 11 lebih mlm td. Ingat nak bg tepat kul 12. Tp ayah kata mak nak tido sangat. so, tepakse la awal sejam. Hehe. Aku ngn ayah share duit beli kan henpon baru untuk mak. Takde la mahal sangat tp ok la untuk mak. Henpon mak pon dah problem. So, ganti kan la yang baru. Henpon SE kaler pink!! Waa.. aku mmg suke kalo tgk kaler pink. Tatau nape aku suke kaler feveret si Usop Wilcha tu. Huhuhu~

Tu je la citer aku untuk arini.. TQ sbb sudi bace. Huhuhu.. :)

Tuesday, April 5, 2011

Saye sedang membebel neh... :P

Salam..

Aku dah mule bz! Beg sandang kaler pink dah mule diisi dgn alat tulis, kertas-kertas conteng, nota-nota, jadual kuliah.. Dan termasuklah peralatan-peralatan hakiki lain yang biase aku kendong ke hulu ke hilir spt kunci kete, kunci bilik opis, alat-alat mekap, perfume, deodorant spray, sikat, minyak angin cap kapak, buku nota kecik ( utk catat hal2 berkaitan peribadi ), henpon, purse kesayangan ( bf i bagi! lalala..), bekal ( kadang2 kalo rajin aku mmg suke bwk bekal. sbb nye, aku malas nak pi membeli belah makanan di luar )..

Tu diaa!! Beg sandang aku dah rupe doraemon dah. Mcm2 ada!! Tu sbb nye, korg jarang nampak aku pakai henbeg. Aku lagi suke bawak beg besa2 nie. Senang! Sumbat je sume dlm tu. Tp masalah nye, kadang2 kunci kete aku or henpon leh sesat dalam bagasi hani aku tu.. Mula la aku meraban carik bende2 kecik tu.. Henbeg aku pon boleh dikire bape kali aku kepit kat ketiak neh. Aku hanye pakai henbeg bile pi kenduri jek.. Kenduri je?? OK! Memang btol la.. Pi dating pon aku x pakai henbeg2 neh.. Sling beg je dah cukup. Ahaa.. Ckp pasal dating + henbeg, aku paling pantang dan suke mengutuk perbuatan si Jejaka memakai henbeg lalu mengepitnye di ketiak! DEMMMMM!~ Tak suke nye perbuatan itu! Aku bleh secara x sengaja mengeluarkan kata2 seperti :

1. " Wah! Cantik nye henbeg cik abg die",...... Daaaa.
2. " Oh! Ngengade sungguh si aweks nye bile suruh laki nye kepitkan henbeg",...... Daaaa.
3. " Henbeg si gadis ko bleh bawak, tp brg2 shopping si gadis nape x nak bwkkan??",...... Daaa.
4. " Agak2 si jejaka ni kalo kua ngn mak dia, makcik2 dia, nak tak dorg kepitkan henbeg tu?",..... Daaaa.
5. " Lain kali, si pompuan x yah shopping henbeg, bia laki dia yg shopping henbeg. Pastu untuk hantaran kawen ke ape ke, bia letak henbeg untuk hantaran yang nak tukar dgn si laki",..... Daaa.
6. " Si bapak nye bleh kendong henbeg, tp biar si mak nye kendong si baby!",...... Daaaa.

OK! Cukup la kata2 kesat begitu yg sering ku lempor kpd pasangan2 gediks yang mane laki nye suke kendong henbeg! Please la weii.. Terutama nya si gadis, ko beli henbeg cantik2 tp bg laki ko pakai. Ap kehei nye..???? Adakah dunia sudah terbalik. Yang paling lawaknye, aku penah nampak si laki tu punye la ganeh muke dan dress up nye.. Ala2 mat rempit yang tersepit, tp KEPIT HENBEG DI KETIAK!!!! Adoii laa.. Tolong la jgn buat aku berperasaan seperti mahu tersembur air liur tatkala melihat adegan seperti itu. Lagi2 bile disusuli dgn dialog2 seperti:

" Meh sini abang bawakkan henbeg!" - What is diss? Kemmonn la.. Henbeg gadis tu pon ko nak pegang.. Alahai manusia.. :P



Sebenarnya tak salah kalo laki nak tlg. Tapi bia la bertempat. Kalo pi shopping, tolong la tolak troli, bkn kepit henbeg. Kalo dah lepas membayar, tlg la angkat barang bkn kepit henbeg. Kalo pegi jenjalan dgn anak2, tlg la dukung anak, bukan kepit henbeg..

Ape pun terpulang la pada korg persepsi tentang si jejaka memakai henbeg.. Pada aku, aku x berkenan.. GEDIKS!~ wekkkk!!~ bla bla bla...



HAHAHAHAA!!! Kan jauh aku dah melalut! Aku nak cite pasal aku dah start kelas Bridging Tahap III 4 April semlm laa. Alhmdulillah. Akhirnya aku lepas jugak.. Walaupon ade paper yang kantoi, tp nasib aku baik sebab kekantoian aku dapat diperbaiki lagi.. Huhu..

Doakan aku berjaya yer kawan-kawan.. :) Mekasih la sebab sudi tgk aku membebel di alam maya. PUEH ATI DEN! haha. Piss yaww..

Monday, April 4, 2011

Source: Youtube part 1. Watak dalam filem Paling Popular 2011!

Ni dia!!
Abi Huraira dgn Usop Wilcha! Gandingan terbaek dlm filem utk abad ini.
Awok da bule hapal dialog2 dalam cite deme neh.. Mengkeme-mengkeme sume pun mesti macam awok jugak.. Tengok citer antu kak limah ulang-ulang kali sampai tahap menghapal dialog.. Kalau la ade exam tajuk Hantu Kak Limah, sure awok buleh score tinggi punye! :P


Hhahahahahahahh.. OK! Hahahahh..