Monday, April 27, 2009

Seronoknya Bowling!!

Assalamualaikum wbt..
Tengok tajuk pun dah tau ape aku nak cite kann..? Hehe.. Yeah! Aku nak cite pasal bowling.. Bukan cara-cara bermain bowling, atau menjejaki siapa player bowling terhandal dunia atau kenape Shalin Zulkifly dah jarang kuar paper sebab menang mana-mana pertandingan bowling antarabangsa atau dalam negara. Apa yang aku nak cite kat sini tajuk kecil nya adalah "Pertama kali bermain bowling bersama saudara mara SEPANGKA".. hehe. Firstly, SEPANGKA adalah nama yang menjadi trademark bagi kaum keluarga belah ayah aku di Beranang, Selangor.. (sempadan Negeri Sembilan). Makna sepangka ni aku kurang pandai nak terjemah kan. Tapi ape yang aku paham, sepangka ni lebih kurang macam satu team la. Kalau ada salah seorang dari kami yang mengadakan kenduri kawen, maka kami sebagai saudara mara akan turut sama bergotong royong menjayakan majlis. Kami akan diberikan tugas2 yang bersesuaian dan pada hari berlangsungnya majlis, kami dah tau mana tugas2 kami setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan yang biasanya dipengerusikan oleh PakLong aku. Kami juga ada tshirt Sepangka sendiri.. Hebat kan... Hehe.. Jadi, kami adelah Sepangka.. Pada 25hb April 2009 lalu, aku dan ramai saudara mara aku telah menyertaiacara bersuka ria untuk bermain bowling. Dua minggu sebelum tarikh dipilih, aku dan seorg makcik aku iaitu Cik Uji, telah bercadang untuk bermain bowling bersama2.. Cadangan itu timbul secara tibe2 setelah aku menyuarakan pendapat bahawa kami semua dah lama tak bersukaria.. Jadi, idea untuk bermain bowling adalah idea terbaik dimana kami semua dapat berkumpul dan enjoy.. Dan aku pun ditugaskan untuk menyebarkan hajat kami kepada semua saudara mara yang mempunyai email melalui mel elektronik.. Email la tu.. hehe. Email aku mendapat respon positif daripada pakcik, makcik serta sepupu2 aku.. Mereka bersetuju supaya diadakan acara bowling itu. Kami telah sepakat untuk memilih Sabtu malam dan bertempat di Metropoint, Kajang.. Memang aku teruja sebab ni la pertama kali dapat main bowling dengan saudara mara sndiri.. Selama ni main dengan kawan2 atau pon adik je.. Jam 8.45 mlm aku dah smpai dengan adik2 aku.. Mak dan ayah aku nak berdating kat umah je sambil tgk perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Kelantan (yeayy!! Selangor Juara!!!).. Dalam pukul 9.00 mlm, semua yang dah bersetuju untuk datang, telah tiba dengan keluarga masing2.. Masing-masing bersemangat nak bermain. Walaupon kami telah berjanji untuk tiba jam 8.30 malam, masih ada yang lambat. KakLong dan suaminya paling punctual. Tepat jam 8.30 dia dah call aku mengatakan yang dia dah sampai. Manakala aku masih dirumah kerana menanti adik yang terlewat. Maaf semua.. hehe..Bila semua dah ada, aku mengira jumlah yang datang. 28 orang semuanya termasuk 2 orang bayi.. !!
Sebahagian dari saudara mara aku..

Makcik2 aku yang sporting..

Wahh!! Ramai betul.. Tapi yang nak main hanyalah 16 orang. Yang lain2 hanya bertindak sebagai tukang sorak. Kami suggest supaya amek 3 lanes.. Dan setiap lane menempatkan 6 org pemain. Manakala 1 lane lagi untuk 4 orang kanak2.. Lane pertama, menempatkan saudara lelaki iaitu Abg Acoi, Emi, Angah, Apis Abg Zam dan Mak Ijo. Manakala aku di lane kedua bersama dengan Cik Uji, Ateh, Mak Tua, Kak Lin dan adik aku Kerol. Manakala Fatin, Nabila, Syamim dan Nabil di lane yang terakhir.. Acara malam tu mmg menyeronokkan sebab dapat tgk macam2 gaya dan skill yang ditunjukkan walaupon mereka bukan lah professional dalam permainan bowling. Ada yang terlepas bola, masuk longkang dan ada yang tak kurang hebat bile dapat strike tibe2 tanpa diduga..
Seronok betol Aina ye..
Gelak ketawa dan sorakan sentiasa mengiringi permainan. Budak2 kecik yang dibawa juga nmpaknya seronok apabila dapat berkumpul sekali sekala begitu. Tak ada seorang pon yang merengek nak balik.
Baby Kak Long, Zikry yang lapar susu..
Kecuali baby Kak Long iaitu Zikry yang lapar susu dan baby Abg Acoi yang taknak kat org.. hehe.. Maklum la, bukan selalu dapat lepak di luar smpai tgh malam mcm tu. Hampir 2 jam bermain, baru la masing2 menamatkan game masing2..

Pilihan..Targetan..Balingan.. Lalala..

Lepak2 menunggu giliran..

Tamat permainan.. Masing2 masih lagi ceria walaupon jam dah dekat kul 12 tgh mlm.

Baling!

Itu pun ada yang nak balik dlu sebab ada hal. Sebelum semuanya balik, aku sempat mengumpulkan semuanya untuk sesi bergambar. Gambar2 ni nanti boleh la ditunjukkan kat sape2 yang tak dapat join supaya lepas ni semua dapat join dan merasai kenikmatan bersuka ria bersama-sama..

Terima Kasih semua..

No comments:

Post a Comment