Salam.
Untuk pengetahuan semua, aku dah mula ke kelas bridging iaitu Kursus Peralihan Jawatan bagi Pembantu Makmal. Kursus ni selama lebih kurang setahun hingga setahun setengah bergantung kepada kekerapan kelas dijalankan.
Dalam kelas yang aku masuk nie, ade lebih kurang 80 peserta yang terdiri dari Pembantu makmal dari pelbagai PTJ. Ada jugak jumpe kawan lama masa kat sekolah. Seronok!! Kawan baru pun ada jugak.
Kelas berjalan lepas waktu kerja jam 5.00 hingga 7.00 ptg. Memang la packed jadual aku sejak masuk kelas ni. Apepun, aku redha.. Demi untuk meningkatkan taraf hidup! Huhu..
Kelas terakhir untuk tahap pertama adalah pada 3 Ogos 2010. Kelas akan mula bersambung selepas raya nanti. Aku harap aku mampu menjalani tahap 2 dan seterusnya 3 dan akhirnya menamatkan pengajian nanti. InsyaAllah.. :)




Aktiviti kedua yang menjadi kesukaan aku ketika di Gua Musang adalah berakit (water rafting) di Sungai Ketil. Mula nya aku keberatan nak ikut sama berakit kerana aku tak membawa pakaian ganti. Tapi setelah mendengar penerangan dari yang pakar, keinginan dan kecuakkan nak merasa sama aktiviti berakit itu amat tinggi sekali. Selama dua jam kami berdayung di sungai Ketil yang agak lebar tetapi tidak terlalu mencabar kerana jeram2 nya biasa saja. Menurut encik yang menjadi guide kami semua pada hari itu, tempat berakit yang paling mencabar di Malaysia terletak di Sabah manakala di semenanjung Malaysia pula, di Kampar, Perak. Suatu hari nanti aku nak cuba berakit di tempat yang mencabar begitu. Perjalanan berakit mengambil masa hampir dua jam. Pengalaman yang sangat menarik apabila rakit kami merempuh pokok2 di tebing sungai dan melalui pohon berduri yang akhirnya mencedera kan jari kelingking ku. Sungguh ngilu. Tetapi itu semua kenangan terindah yang tak dapat aku lupakan..



Banyak lagi tempat menarik yang dapat aku turut serta kunjungi ketika di Gua Musang. Walaupun aku ke sana atas dasar tugas, aku berasa sangat beruntung sebab ini lah masa nya untuk aku menjejak kaki ke negeri orang dengan percuma..