Thursday, July 22, 2010

Semakin busy ..

Salam.
Untuk pengetahuan semua, aku dah mula ke kelas bridging iaitu Kursus Peralihan Jawatan bagi Pembantu Makmal. Kursus ni selama lebih kurang setahun hingga setahun setengah bergantung kepada kekerapan kelas dijalankan.
Dalam kelas yang aku masuk nie, ade lebih kurang 80 peserta yang terdiri dari Pembantu makmal dari pelbagai PTJ. Ada jugak jumpe kawan lama masa kat sekolah. Seronok!! Kawan baru pun ada jugak.
Kelas berjalan lepas waktu kerja jam 5.00 hingga 7.00 ptg. Memang la packed jadual aku sejak masuk kelas ni. Apepun, aku redha.. Demi untuk meningkatkan taraf hidup! Huhu..
Kelas terakhir untuk tahap pertama adalah pada 3 Ogos 2010. Kelas akan mula bersambung selepas raya nanti. Aku harap aku mampu menjalani tahap 2 dan seterusnya 3 dan akhirnya menamatkan pengajian nanti. InsyaAllah.. :)

No comments:

Post a Comment