Dah lama rasanya tak berblogging.. Ye la, asyik berfacebooking je.. Huhu.. Banyak bende / kejadian yang berlaku sepanjang bulan Jun - July nie.. Akan ku cerita kan satu persatu untuk tatapan pembaca yang suka membaca. Terima kasih daun keladi.
Pada 29 Jun hingga 5 Julai yang lalu, aku berpeluang mengikuti kerja lapangan pelajar EMG 4801 ke Gua Musang. Seperti biasa aku bertugas sebagai pembantu. Sambil bekerja, aku dapat mengjengah ke tempat orang. Untuk pengetahuan, ni la kali pertama aku menjejakkan kaki ke Gua Musang, Kelantan. Cuaca kat sana agak panas di waktu siang tp kadang-kadang hujan di waktu petang dan malam. Banyak aktiviti menarik masa aku kat sana. Antara nya, melawat ke majlis daerah, pekan lama Gua Musang, pasar malam, kilang papan, kilang kelapa sawit, mendaki Gunung Stong, dan berakit di Sungai Ketil. Paling menarik aktiviti mendaki Gunung Stong dan berakit. Walaupun sebelum ni aku pernah mendaki, tp pengalaman di Gunung Stong sangat menarik dan mengujakan. Kerana di Gunung Stong terdapat air terjun yg sangat cantik. Subhanallah.. Keletihana dan kesengalan yg melanda tatkala berusaha untuk sampai ke destinasi di pertengahan gunung, terubat apabila mata terpesona melihat keindahan ciptaan Allah.. Air terjun yg mencurah mmg sangat mendamai kan.. Banyak juga foto yang dirakam ketika berhenti di kawasan air terjun.










No comments:
Post a Comment