Monday, October 18, 2010

Flashback I ....

Salam.
Apa khabar pembaca-pembaca blog? (yang tegar atau yang sekadar gemar skodeng) hehe.. Dah lama tak update cerita kat sini. Padahal aku ada banyak jugak perkara menarik nak cerita sepanjang bulan September dan Oktober neh. Jadi, aku bahagi-bahagikan kepada tajuk-tajuk Flashback atau imbas kembali. Mari mula!!
Flashback I : KE MELAKA.
Pada 25 dan 26 September lalu, aku dan family (Mak, ayah, adik n Daniel) ke Melaka. Tujuannya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah di Masjid Tanah. Seperti biasa, aku menjadi pemandu! Seminggu sebelum tu, ayah dah cakap nak pegi Melaka untuk kenduri tu. Aku ikut je.. Lepas tu ayah kata, alang-alang dah pegi Masjid Tanah tu, kita lajak ke atas sikit pegi ke Ayer Keroh! Yeahh! Tu yang aku nak dengar. hehe.. Ayah pun suruh la aku cari hotel. Guna internet la. Aku pun buat la booking melalui internet. Ayah cakap bajet dia untuk hotel, RM150 je kalo boleh. Huhuh.. Baik la! Aku cuba. Kebetulan pulak untuk tarikh tu ada satu je bilik untuk family harga ikut bajet ayah yang available untuk tarikh tu. Dan elok nye pulak, hotel tu betul2 dekat town. Dekat sgt dengan Dataran Pahlawan Megamall. Memang aku terus booked la.
Pada hari nak ke sana, kami semua bersiap awal pagi.. dipendekkan cerita, kami sampai di Masjid Tanah tu dalam pukul 12 tengahari. Walaupun kami tak pernah ke situ, tapi kami berjaya jugak sampai dengan bantuan GPS dari hp ayah. Memang ngam-ngam sebab kami semua dah lapar! Makan time!! Hehh.. Lepas agak beberapa lama, ayah mintak izin dari tuan rumah untuk meneruskan perjalanan. Kami meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Kami terus ke Bandar Hilir sbb hotel yang aku booking tu dekat Bandar Hilir. Kami agak melilau sebab tak jumpa hotel yang dicari. Last-last kena guna GPS jugak! Baru jumpa Hotel Fenix In. Kali terakhir aku ke Bandar Hilir adalah 2 tahun lepas iaitu dengan kawan-kawan perempuan aku.
Lebih kurang jam 3 baru kami dapat masuk hotel sbb masa tu ada masalah teknikal! Masuk hotel, terus baring sbb letih sangat memandu dari pagi. Petang tu kami semua merayap! Jalan kaki je.. pegi Kota A-Famosa! Sangat la dekat. huhu. Dekat Dataran Pahlawan Megamall tu ada satu padang yang sangat la luas! Daniel seronok smpai dia boleh berlari sekuat hati kat padang tu. Maklum la kat rumah tak boleh nak lari-lari sebab ruang yang sngat limited. Di sini ada gambar-gambar untuk dikongsi. :)

Time menggile dalam kereta sbb bosan!! hehe..
Time ni plak, dah sampai kat Dataran Pahlawan Megamall .. Masa untuk berjalan-jalan!~

Ni la padang yang luas tu..

Daniel seronok dapat lari-lari~

Ada bundle Baden-Baden! Besa punya!!!!! Aku suke punye!!! :)

Melawat!

Makan malam! Otak-otak kegemaran aku!!!

Time nak snap tu la nak usik muke la ape la.. heheh~

Merasa jugak naik river cruise! Best! Rumah-rumah Kampung Morten kat tepi2 sungai tu gile cantik!!! Tapi sepanjang naik river cruise tu ada bau air longkang lorrr...~ Wekk!

Orang kata " Gaya mesti lebih" .. :D






Akhirnya, kami pun pulang, lepas melawat tempat terakhir iaitu rumah-rumah negeri di Taman Mini Malaysia. Sangat pendek masa nya sbb baru melawat beberapa rumah, hujan plak! huhuh. Jadi kami pun pulang ke Kajang. Hampir jam 7, kami semua selamat smpai. Alhmdulillah ... :)

No comments:

Post a Comment