Monday, October 18, 2010

Flashback II ...

Cerita kedua untuk siri Flashback .. hehe.

Flashback II : Potluck JPAS
Pada 1 Oktober lalu, PTJ aku iaitu Fakulti Pengajian Alam Sekitar, mengadakan jamuan potluck sempena sambutan hari raya. Kebetulan pula, masa tu adalah giliran Jabatan Pengurusan yang kena anjurkan. Jadi, kami berusaha untuk buat yang terbaik! Yeah! Kumpul duit untuk order menu utama iaitu lontong! Yang menariknya potluck raya kali nie, kami semua bertungkus lumus masak sendri lemang dan rendang! Lemang sangat menarik sbb ada lemang jagung! Popular dikalangan orang-orang belah Perak. Mmg sedap wa cakap luu!! hehe.
Lemang tu dah disiapkan pada hari khamis sblm hari jamuan. Manakala rendang pula, kami sediakan pada sebelah petang hari yang sama.
Pada pagi Jumaat hari jamuan, kami dari Jabatan Pengurusan terus meneruskan agenda dengan memotong lemang dan menyiapkan rendang masuk ke dalam tempat untuk dihidang. Menariknya jamuan kali nie, semua staf diminta memakai pakaian raya. Yang lelaki nya digalakkan memakai baju melayu dan bersamping manakala, yang wanita berbaju kurung. Asalkan nmpak suasana hari raya. Diiringi dengan lagu raya, semua nya menarik!! :) Cahaya flash dari kamera merata-rata. Jadi aku tak kisah jika aku tak bawak kamera masa tu. Orang lain ada kamera, mintak tlg snap je la. hehehe.. Sedikit gambar-gambar untuk dikongsi! :)
Lemang jagung dan lemang biasa .. :)
Dengan Kak Idah, potong lemang sama-sama ..
Sedap neh!!
Bergambar dulu sebelum makan. :)
Cedok jgn tak cedok!
Dengan Kak Dalina.
Sebahagian makanan pada hari kejadian ..
Kakitangan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM. :)
Terima kasih semua!

No comments:

Post a Comment