Thursday, March 17, 2011

Langkawi Trip with family..

Salam.
Pada 9 - 12 Mac 2011 lepas, aku berkesempatan ke Langkawi dengn saudara mara belah ayah ku. Kami dah plan sejak bulan 12 thn lepas lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku pun sepatutnye nyaris-nyaris tak dapat pegi sebab 10hb Mac ada exam bridging. Lepas kawtim dengan pensyarah, beliau lepas kan jugak aku dari ambil exam tu dengan syarat aku ambil exam tu lepas balik dari Langkawi. Gembira dalam sedih la jawabnya... Gembira sebab dapat join bercuti, sedih sebab terpaksa bawak nota Fizik ke Langkawi! Adoii... dugaan betul. huhu..

Selain dari family aku sendiri, aku ajak jugak Syam ikot same. Mujurla dia sporting. Mase book tiket guna Airasia bulan Dec dlu, aku key in jugak nama dia. Dapat gak dia join. Heheh.. Berganda la keseronokan aku neh.. Hehe. *gatai*




Ade lebih kurang 700 pic yang aku snap mase kat sane. Pilih punye pilih, ade 300 je yang bleh upload. Aku upload kat FB je.

Masa kat sana, hari pertama aku ke Jalan Pandak Mayah. Kawasan tu byk kedai-kedai.. Makcik2 aku nak tgk pinggan-pinggan.. Ikot je la. Berjalan sampai lebam. Sampai ke malam..




Esok pagi nye, kami semua buat aktiviti Island Hopping. Kami sewa satu boat dgn harga rm300. Bahagi kan dengan 12 org dewasa, kami cuma keluarkan duit rm25 sorg utk aktiviti yang mkn mase 4 jam tu. Tiga pulau yang kami pegi adalah Pulau Beras Basah, pantai yg sangat menarik, Pulau Singa Besar, tgk eagle feeding dan Pulau Dayang Bunting, mandi kat Tasik Dayang Bunting.











Lepas aktiviti 'menghitamkan' kulit di pulau-pulau tu, kami semua balik ke hotel utk mandi dan berehat. Petang tu sambung lagi berjalan! Kami ke kedai-kedai menjual pinggan-pinggan. Berjalan sampai la ke malam. Penat nye melampau!



Malam tu, kami semua merayap ke kawasan Pantai Cenang. Kat situ mmg banyak kedai-kedai yg jual pakaian, dan cenderamata. Kawasan tu jugak banyak tempat-tempat makan ala-ala cafe, restoran dan juga spa, tempat menenangkan diri dan berehat. Dekat tengah malam, baru la kami semua balik berehat di hotel..




Hari ketiga pulak, kami semua merancang untuk naik cable car di kaki Gunung Mat Chinchang! Seram beb! Tapi mmg seronok. Kalau org yg gayat tu, maybe pikir 2 3 kali gak nak naik kot. Lepas naik cable car tu, kami semua smbg shopping. Lagipon, ade kalangan sedara mara aku yg balik naik flight lepas subuh esoknye tu. so, tu je mase yg dorg ada untuk shopping sebelum balik. Aku pun join la sama. Ingat nak beli coklat, tp tunggu hari nak balik baru beli..










Lepas abes jalan-jalan, kami semua ke hotel untuk bersiap. Nak keluar ke Datang Lang. Tengok burung helang gergasi plak. Destinasi wajib tu.. Huhu.. Malam tu kami semua berkumpul untuk makan malam di Jetty Point Langkawi. Makan ramai-ramai, mmg best!! :)



Hari terakhir, Sabtu.
Hanya tinggal family aku dan satu family pakcik ku je yg tinggal. Kami naik flight yg same. Kul 8 malam. (tu pun flight delay, kul 9.30 baru naik). Sementara nak tunggu balik, kami check out dlu dari hotel. Kemuadian kami sambung berjalan lagi. Kali ni kami ke Underwater world. Ayah ajak tgk ikan. Hehehe..






Dah penat tgk ikan, kami semua kelaparan! Pegi kat area Pantai Cenang tu, kat celah-celah kedai -kedai baju tu, kami terjumpa satu kedai makan. Tokey dia org siam kot.. Kami order yg goreng-goreng je. Sempat gak order Somtam. Ala-ala kerabu tp dia guna betik muda. Sedap gile!

ni la Somtam!



Dah kenyang, aku pi lari dengan Syam cari baju. Aku pakai baju yg x sesuai mase tu. Cuaca panas! Kene tukar baju. Sebab baju yg aku bawak sume dah jadi baju kotor. So, kena jugak beli baju lain. Hehe.. Dah dapat baju, kami semua lepak di tepi pantai. Ada satu kawasan chalet kat situ. Pantai die mmg menarik. Sempat gak la buat sesi fotografi ngan family aku kat situ. Hehe..



Perasan model dengan baju baru. Lalala..


Mak ayah dating bawah pokok! Hehe.


Aku snap! :)


Ni Charlie's Motel. Best sangat tempat dia..


Dekat kul 5 ptg, kami semua bergerak ke airport. Sementara tu, singgah minum-minum kat tepi jalan yg menghala ke kawasan airport tu. Tepi pantai lagi.. Syok betol! :)





Dah puas minum smpai kembung perut, kami semua ke airport. Sebelum tu contact dulu owner kereta yang kami sewa. Kami sewa Grand Livina dari mula sampai kat airport tu kul 4 ptg, sampai la hari sabtu nak balik ke KL jam 5.30 ptg. Paling berbaloi sebab sewa cuma RM300! Murah kann.. :)
Kami meninggalkan Pulau Langkawi dengan 1001 kenangan yang menyeronokkan. Ada rezeki, aku nak ke sana lagi.. InsyaAllah..


Bye2 Langkawi!!

Thursday, March 3, 2011

Kiriman ucapan hari lahir paling best!!

Salam.
Cuba tgk gambar di bawah.
Kenal kah anda dengan nama si pengirim?

Ohhh!! Aku sgt teruja! Lalalala...



Kalau ada FB, sila search..
Kalau takde FB, meh nak bgtau..
Zizan Razak adelah Zizan Raja Lawak!!
Yeayy! Paling hepi neh!
Aku minat giler ngan mamat ni sejak dia join Program Raja Lawak musim pertama.
Tetibe semalam dapat plak ucapan dari dia.. Ahh!~ Cair hati ku.. *gatai..!*
Sebenarnya, setahu aku Zizan ni mmg suka layan peminat dia. Jadi tak salah la kalau dia alert dengan notification pasal besday rakan-rakan dari fesbuk dia kan.. :)
Tapi tu je satu-satu je manusia glamer yang hargai org-org biasa yang dianggap kawan yang buat camtu. Tahniah! Teruskan meng'humble'kan diri ye Jijan.. Hope dia menang anugerah Bintang Popular nti!! Aminn..

Tuesday, March 1, 2011

Keterujaan, keletihan, keseronokkan ... :)

Today is my 29th bithday!
Thank youu pada all my frens yg wish dekat FB tu..
Really2 appreaciate tau!

Sabtu (26hb) dan Ahad (27hb) adalah hari paling bz aku sepanjang tahun kot. huhu. Ye la.. Hari sabtu, aku ke kelas amali bagi subjek Geologi. Keluar umah kul 8.30 pagi. Then kelas sampai kul 5 ptg! Penat nye, Tuhan je yg tau. Dah la abis lambat, tak dapat la aku nak gi kenduri sepupu bertunang kat Pajam. *Kecewa*

Balik je umah dari kelas tu, aku siap2 mandi n bergerak ke Pajam ngn mak n ayah. Majlis dah abis, meeting pon dah abis. Tp lauk belum abis! Hehe.. Sempat jugak la merase lauk pauk yang dorg masak tanpa aku. Pastu dapat la tgk gambar2 sepanjang majlis tu melalui kamera-kamera sedare mara je. Kalau aku ade time tu, mesti aku dah snap beratus-ratus gambar dah! Seingat aku, aku tak pernah ketinggalan dalam apa-apa majlis yang melibatkan kenduri sedara mara belah ayah aku.. Oh! *kecewa lagi*

Malam tu ade sambutan besday. Mcm tahun lepas! Kami share dengan sepupu2 yang lahir pada bulan Februari jugak. Kalau tahun lepas sambut berempat. Kali ni sambut berenam. Sebab ada tambahan, dua org gadis genit nak join same! Seronok rasa nya sambut besday sama-sama! Lepas tu kami yang dewasa ni, bertukar-tukar hadiah la sesama sendri. Bukan la hadiah mahal pon. cukup sekadar nak memeriahkan majlis. Terima kasih Hanie, Fara, Amirah.. Dan gadis genit Aliya dan Aisyah! Muahhh!

Lepas majlis tu, lepak-lepak, borak-borak dengan semua yang ada. Ada plak makcik aku jual kain dari Bandung! Dah terbeli! Huhu.. Tapi takpe.. Kain-kain tu cantik! Aku nak tempah untuk pi kenduri sepupu aku bulan 5 nanti la. Huhu.. Pukul 11 lebih baru aku bergerak balik ke Kajang. Nasib baik ikot Highway LEKAS. Lekas la kami sampai umah. Dalam 15-20 minit macam tu.. :)

Esok nye (Ahad), ada plan baik punye! Aku ajak mak dan ayah ke satu tempat. Lagi sekali aku guna Highway LEKAS. Kalau ke sana, aku kemana la agak2 nye yer.. Hehehe~ Biarkan persoalan di situ sbb tempat yang aku pegi tu, lebih seronok dan buat aku teruja! :)