Thursday, March 17, 2011

Langkawi Trip with family..

Salam.
Pada 9 - 12 Mac 2011 lepas, aku berkesempatan ke Langkawi dengn saudara mara belah ayah ku. Kami dah plan sejak bulan 12 thn lepas lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku pun sepatutnye nyaris-nyaris tak dapat pegi sebab 10hb Mac ada exam bridging. Lepas kawtim dengan pensyarah, beliau lepas kan jugak aku dari ambil exam tu dengan syarat aku ambil exam tu lepas balik dari Langkawi. Gembira dalam sedih la jawabnya... Gembira sebab dapat join bercuti, sedih sebab terpaksa bawak nota Fizik ke Langkawi! Adoii... dugaan betul. huhu..

Selain dari family aku sendiri, aku ajak jugak Syam ikot same. Mujurla dia sporting. Mase book tiket guna Airasia bulan Dec dlu, aku key in jugak nama dia. Dapat gak dia join. Heheh.. Berganda la keseronokan aku neh.. Hehe. *gatai*




Ade lebih kurang 700 pic yang aku snap mase kat sane. Pilih punye pilih, ade 300 je yang bleh upload. Aku upload kat FB je.

Masa kat sana, hari pertama aku ke Jalan Pandak Mayah. Kawasan tu byk kedai-kedai.. Makcik2 aku nak tgk pinggan-pinggan.. Ikot je la. Berjalan sampai lebam. Sampai ke malam..




Esok pagi nye, kami semua buat aktiviti Island Hopping. Kami sewa satu boat dgn harga rm300. Bahagi kan dengan 12 org dewasa, kami cuma keluarkan duit rm25 sorg utk aktiviti yang mkn mase 4 jam tu. Tiga pulau yang kami pegi adalah Pulau Beras Basah, pantai yg sangat menarik, Pulau Singa Besar, tgk eagle feeding dan Pulau Dayang Bunting, mandi kat Tasik Dayang Bunting.











Lepas aktiviti 'menghitamkan' kulit di pulau-pulau tu, kami semua balik ke hotel utk mandi dan berehat. Petang tu sambung lagi berjalan! Kami ke kedai-kedai menjual pinggan-pinggan. Berjalan sampai la ke malam. Penat nye melampau!



Malam tu, kami semua merayap ke kawasan Pantai Cenang. Kat situ mmg banyak kedai-kedai yg jual pakaian, dan cenderamata. Kawasan tu jugak banyak tempat-tempat makan ala-ala cafe, restoran dan juga spa, tempat menenangkan diri dan berehat. Dekat tengah malam, baru la kami semua balik berehat di hotel..




Hari ketiga pulak, kami semua merancang untuk naik cable car di kaki Gunung Mat Chinchang! Seram beb! Tapi mmg seronok. Kalau org yg gayat tu, maybe pikir 2 3 kali gak nak naik kot. Lepas naik cable car tu, kami semua smbg shopping. Lagipon, ade kalangan sedara mara aku yg balik naik flight lepas subuh esoknye tu. so, tu je mase yg dorg ada untuk shopping sebelum balik. Aku pun join la sama. Ingat nak beli coklat, tp tunggu hari nak balik baru beli..










Lepas abes jalan-jalan, kami semua ke hotel untuk bersiap. Nak keluar ke Datang Lang. Tengok burung helang gergasi plak. Destinasi wajib tu.. Huhu.. Malam tu kami semua berkumpul untuk makan malam di Jetty Point Langkawi. Makan ramai-ramai, mmg best!! :)



Hari terakhir, Sabtu.
Hanya tinggal family aku dan satu family pakcik ku je yg tinggal. Kami naik flight yg same. Kul 8 malam. (tu pun flight delay, kul 9.30 baru naik). Sementara nak tunggu balik, kami check out dlu dari hotel. Kemuadian kami sambung berjalan lagi. Kali ni kami ke Underwater world. Ayah ajak tgk ikan. Hehehe..






Dah penat tgk ikan, kami semua kelaparan! Pegi kat area Pantai Cenang tu, kat celah-celah kedai -kedai baju tu, kami terjumpa satu kedai makan. Tokey dia org siam kot.. Kami order yg goreng-goreng je. Sempat gak order Somtam. Ala-ala kerabu tp dia guna betik muda. Sedap gile!

ni la Somtam!



Dah kenyang, aku pi lari dengan Syam cari baju. Aku pakai baju yg x sesuai mase tu. Cuaca panas! Kene tukar baju. Sebab baju yg aku bawak sume dah jadi baju kotor. So, kena jugak beli baju lain. Hehe.. Dah dapat baju, kami semua lepak di tepi pantai. Ada satu kawasan chalet kat situ. Pantai die mmg menarik. Sempat gak la buat sesi fotografi ngan family aku kat situ. Hehe..



Perasan model dengan baju baru. Lalala..


Mak ayah dating bawah pokok! Hehe.


Aku snap! :)


Ni Charlie's Motel. Best sangat tempat dia..


Dekat kul 5 ptg, kami semua bergerak ke airport. Sementara tu, singgah minum-minum kat tepi jalan yg menghala ke kawasan airport tu. Tepi pantai lagi.. Syok betol! :)





Dah puas minum smpai kembung perut, kami semua ke airport. Sebelum tu contact dulu owner kereta yang kami sewa. Kami sewa Grand Livina dari mula sampai kat airport tu kul 4 ptg, sampai la hari sabtu nak balik ke KL jam 5.30 ptg. Paling berbaloi sebab sewa cuma RM300! Murah kann.. :)
Kami meninggalkan Pulau Langkawi dengan 1001 kenangan yang menyeronokkan. Ada rezeki, aku nak ke sana lagi.. InsyaAllah..


Bye2 Langkawi!!

2 comments:

  1. nk g kedaa pinggan mangkukkkk..arkkkkkkkk!!..~fainted~

    ReplyDelete
  2. kak ayu, cari bangunan Idaman Suri kat sane. mmg kebabomm tgk pinggan. make sure bagasi nye muat nti.. huhuhu..

    ReplyDelete