Friday, April 2, 2010

RIP Din Beramboi.. Al-Fatihah.

Salam.

Pagi Jumaat 2 April 2010. Pelawak yg tersenarai di antara pelawak yang paling aku minat, Din Beramboi telah pergi selama-lamanya ke sisi Allah.. Al-Fatihah..



Aku mmg dah lama minat dengan lawak-lawak gila Din Beramboi. Hanya org2 tertentu je yang boleh paham lawak Din Beramboi. Beberapa bulan kebelakangan nie, aku selalu dengar Radio ERA semata-mata sebab nak dgr sawancara n drama sebabak. Kadang-kadang aku boleh tergelak sorg2 mase drive nak ke opis. Paling aku minat, sawancara. Biasa nya aku dgr yang ulangan jam 7 pagi. Selalu nya aku dengar kat rumah sbb time tu aku tgh bersiap2. Sambil bersiap, aku gelak la sorg2 layan cerita merapu Din Beramboi. Aznil/PakNil jadi tukang gelak. Aku dapat bayang kan kesedihan PakNil lepas nie.. Harap PakNil juga tabah menerima kehilangan sahabatnya.. Hilangnya Din Beramboi mmg takde sape yang boleh ganti. T__T





Aku pun tak tau kenapa aku boleh tulis pasal bende nie.. Sedih nya lain macam plak. Mungkin sebab aku terlalu minat dengan makhluk Allah yang pelik ni kot. Minat dengan lawak dia. Apa pun, aku redha ngan ketiadaan lawak jenaka dari insan yang bernama Din Beramboi ni.

RIP Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi! Takziah buat ahli keluarga arwah..

No comments:

Post a Comment