Wednesday, March 24, 2010

Batu Pahat.

Salam.

Sabtu lepas aku ke Batu Pahat, menghadiri majlis perkahwinan kawan baik aku iaitu Nadia dan pasangannya Cham. Aku ke sana dengan seorg lagi sahabat baik iaitu Aya. Sepatutnya, kami bergerak bertiga. Sorg lagi sahabat nak join. Along. Aku kenal dia ni masa sama2 belajar kat MTDC dlu. Cadangnya nak bertolak jam 9.30. Pagi2 lagi aku dah bangun, subuh then siap2 nak menjemput Aya di Taman Shamelin, cheras. Jam 8.30 pagi, baru aku keluar rumah. Lepas salam cium tangan mak dan ayah, aku pon memulakan perjalanan. Jam 9 lebih aku dah sampai depan rumah Aya. Kami pun plan nak minum dulu sementara menunggu Along yang dah janji nak tggu kat mana2 stesen LRT yg berhampiran. Hampir jam 10 pagi, kelibat Along masih belum ada. Cuba jugak call, sms.. Tapi hampeh! huhu. At last, kami plan untuk teruskan perjalanan tanpa Along. ( Padan muka! Tu la, smlm dia pi Kalabul Malami. Terlajak tido la tu. huhu.) Kami meneruskan perjalanan. Bagus jugak bwk si Aya nie. Sepanjang jalan di boleh bercakap tanpa henti. haha. Tak de la aku mengantuk sangat masa drive. Kemudian kami berhenti untuk makan tengahari di salah satu R&R dekat Melaka. Dah kenyang, kami pon terus menuju ke Batu Pahat. Menyeronokkan sbb ni la kali pertama aku drive ke Johor dan dengan ditemani hanya seorg sahabat. Mekasih Aya!! Dlm ku 3 ptg, aku dah sampai Batu Pahat dan dah tau kat mana hotel tempat aku menginap yg pihak Nadia sediakan. Kami x check in dlu coz nak berjalan dlu sekitar BP. Betul la apa kata orang, BP ni kecik je. So, tak banyak tempat2 yang boleh kami lawati. (maaf org BP. hehe.) Kami sempat ke Summit. Sama je mcm Mines, tapi Mines lagi besar. huhu. Kemudian kami lepak minum di satu gerai berdekatan hotel. Kami check in ke hotel dengan bantuan suami Nadia. Kerana Nadia masih belum sampai di BP. Mereka bertolak waktu yang sama tapi sempat singgah di Ayer Keroh utk berjalan-jalan. Jadi kami check in dlu. Aku dan Aya share bilik. Bilik yang agak besar. 1 katil double dan 1 katil single. Bayangkan, kami hanya berdua!! Mmg syok la! hehe..

Malam tu kami ke Tasik Y untuk mkn malam. Aku, Aya, Nadia dan beberapa org sepupu Nadia. Kemudian kami ke BP Mall. Saja jalan2.. Telah selesai perjalanan mlm itu. Kami ke bilik di hotel untuk berehat. Tak lama lepas tu, Nadia mengajak aku dan Aya ke Dewan tmpat majlis berlangsung, melihat persiapan. Kemudian, kami di ajak minum2 di sebuah warung di belakang dewan. Mmg terbaek Tempe goreng ngn kicap cili dia! Mekasih kpd abg ipar Nadia sbb banje kami semua mlm tu! :)


Dah hampir tengah mlm, baru la kami semua balik ke hotel untuk berehat. Nadia pun join kami kat bilik mlm tu. Tapi kejap je la.. huhu. Kemudian kami tidur! Aya dah lama tidur tak sedar pape dah..

Pagi esok nya, kami bersarapan di gerai tepi jalan berdekatan hotel. Aku, Aya, Nadia dan mak Nadia. Pekena teh tarik dan nasik lemak.. Lega! Kemudian balik ke hotel semula. Kami tolong2 apa2 yang patut then bersiap untuk majlis di Dewan. Kul 10 lebih aku dah mandi. Air kat hotel tu slow nye.. Dan bile tiba turn Aya nk mandi, air takde!!! Perghh.. Hotel Landmark takde air! Boleh??! Penat gak call org hotel tu tnaye bile nak ada air. Kata nya, diaorang tgh wat maintanance! Adoi!! Time2 tu la dia nk wat maintanance. Nsb baik masa tu kwn Nadia, si Aien ada sama kat hotel tu. Dia ajak Aya mandi kat umah makcik dia. Aku bg kunci kereta, dan dorg pegi mandi kat rumah makcik Aien. Aku pon bersiap la sementara tggu dorg balik. Bila semua dah siap, kami pun packing sume barang2 sbb nak check out trus lepas abis majlis. Jam 1 lebih, kami semua dah sedia nak berarak dengan pengntin dan keluarga nya ke dewan. Semua nya serba biru termasuk la pengantin nya skali. Mmg meriah sbb ramai tetamu yg datang. Aku, Aya dan Aien yg mmg tgh lapar trus cari meja n ambik nasik. Nasik ngn lauk kat situ mmg terbaek! Lauk ayam msk merah (yg byk minyak), rendang daging, rendang kambing.. Mmg kegemaran aku! huhu.. Lepas mkn n tgk org bersanding, aku dan Aya serta Aien amek kesempatan bergambar dengan pengantin. Lepas tu kami semua minta izin untuk pulang ke KL.

Maka bermula la perjalanan yg penuh cabaran sepanjang balik ke KL ptg tu. Kami redah hujan lebat dan kesesakkan di lebuh raya. Ini termasuklah terlihat satu kemalangan ngeri ketika hujan lebat. Membuat kan aku lebih berhati2 ketika memandu..

Dalam perjalanan tu, aku dan Aya sempat lagi plan nak pegi karoke. Kami mmg gila! Dah la penat2 balik dari Batu Pahat, boleh plak plan nak pegi karoke. huhu. Aku terus dial no Musicbox Karoke utk booking tempat! Mmg rezeki, ada pulak bilik yang kosong. Apa lagi, malam tu aku dan Aya lepas geram melalak berdua dlm bilik tu. hehe.


Aku akan upload beberapa keping gambar semasa di Batu Pahat kemudian. Peace! :)

No comments:

Post a Comment