Monday, May 31, 2010

Sibuk!

Salam.

Minggu yg baru lepas ni, aku agak sibuk ngn aktiviti kekeluargaan di kampung. Cuti pada hari wesak, aku guna kan sepenuh nya untuk membantu keluarga di kampung ayah di Beranang untuk majlis pertunangan sepupu aku, iaitu anak sulung Paklong aku. Hari jumaat, aku balik kampung. Kemudian mula menolong apa2 yang patut di dapur. Dari membersihkan ayam hingga lah mengupas bawang. Sampai menangis la aku ngn Cik Uji mengupas bawang2 tu. Masa tu pulak la hujan lebat turun. Kami yang duduk kat bawah bumbung tmpt masak2 di luar umah pon, terpaksa angkat punggung sbb air dah mula bertakung kat kawasan tu. Habis terapung kulit2 bawang kami! huhu. Tapi keadaan semua dalam keadaan terkawal.

Pada malam nya, aku dan beberapa saudara lain termasuk mak aku, melepak di rumah PakLong utk membantu mengerja kan apa-apa yang patut. Selain melihat pelamin yg cantik, kami juga membantu mengemaskini barang hantaran dan menyusun nya supaya semua nye kelihatan elok menjelang majlis keesokannya. Btw, pelamin Atie tu dah mcm boleh bersanding pulak ye.. Hehe. Cantik! Menarik! Tertarik! Kau mmg da bomm!~

Acara masak memasak di mula kan seawal pagi. Semua berjalan dengan lancar. Aku tak terlibat sangat dengan masak memasak ni sbb kebanyakan 'chef-chef' dah sedia untuk buat tugas masing-masing. Tepat jam 12 tgh hari, rombongan dari pihak lelaki pun tiba. Dan dorg punya hantaran mmg menyentuh perasaan aku. Warna favourite aku plak!!! Silver Hitam! Sobb sob.. Aku nak guna warna tu utk majlis aku nanti. (kalau sempat bertemu jodoh) .. Redha je la. Huhu.

Ape pun, semua nya berjalan lancar.. Dan beberapa keping gambar utk tatapan! Salam..

No comments:

Post a Comment