Monday, April 6, 2009

Melaka [ part 1 : Tempat Lawatan ]

Pada 4 dan 5 April lepas, skali lagi aku memenuhi undangan Kerja Lapangan EMG 3204 : Eco Pelancongan.. Macam biasa, aku bertugas sebagai staf yang mengawasi pelajar2 yang membuat survey. Tempat yang dipilih kali ini adelah Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Untuk part 1 ni, aku ingin berkongsi pengalaman ke tempat2 menarik yang ade di sekitar Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Tempat pertama yang kami kunjungi sebaik tiba di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini adelah Pengkalan Balak.

Sebahagian rumah2 kampung yang mengadap pantai.. Cantik sgt!
Sampan2 yang ade kat tepi pantai..
Pantai yg menarik..
Gerai jualan pakaian dan kraf yang ade di sepanjang pantai di Pengkalan Balak..
Tiada apa2 yang hendak diperkatakan.. cuma, posing! hehe..
Tempat kami semua menginap.. Tanjung Bidara Beach Resort..

Kami menginap di sini.. huhu!
Cantik sgt view waktu mlm kat Tanjung Bidara Beach Resort nie..
Ni plak view waktu siang mase mule2 sampai..
Pagi yang gelap.. Sempat jogging kul 7.15 pagi..
Panjat batu besar kat ujung pantai.. 7.30 pagi..
Batu paling besar kat kawasan hujung pantai..
Tiket untuk masuk ke Komplex Falak Al-Khawarizmi.. Tempat tgk anak bulan dan pameran mengenai islam dlm kajian sains..

Belakang aku ni la tempatnye..

Same tak gaye kami?? hehe.. Contoh pakaian sebenar yang di pakai oleh Neil Armstrong ke bulan..

Kredit to En. Rahman.. menarik gambar ni.. huhu!

Shopping kat Bandar Hilir.. Ape ntah name kompleks ni.. Tempatnye btol2 kat depan Muzium Samudera berupa sebuah kapal besar..

Dengan En. Rahman, Kak Dalina n En. Yus.. (kredit utk En. Lan yg pegang kamera ) huhu..

Kesimpulan nya, perjalanan ke Tanjung Bidara, Melaka agak seronok kerane dapat melawat banyak tempat walaupun hanye 2 hari 1 malam.. Lawatan ke tempat yg aku tak jangke iaitu Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi tu pun membuat kan aku sgt teruje ngan bidang sains.. Banyak yang aku x tau sebenarnya.. Dan yang paling best, dapat masuk menonton tayangan di Planetarium kat Kompleks tu.. Walaupon lenguh tengkuk sbb kene mendongak tgk tayangan yang dorg sediakan. Mmg unik sbb dlm dewan tu, dorg aturkan kerusi mengikut separuh bulatan. Kemudian dorg tayangkan rencana mengenai dunia angkasawan dan sains menerusi siling berbentuk kubah yang melengkung.. Semua kene mendongak. Aku bertambah sakit tengkuk sbb terpakse gunakan kerusi biase yang tempat penyandarnya rendah.. Tahan je la kepale gune kedua belah tangan aku.. huhu.. Maaf sbb tak dapat tunjuk gambar keadaan dalam planetarium tu sbb kamera dilarang sama skali.. So, sape2 yang nak alami bende tu, kene la pi sendiri.. aku bertuah dapat masuk sane sbb kalo dtg sendri ke Tanjung Bidara, mungkin aku x kan melawat ke Kompleks tu sbb aku tak tau ape yang best kat dlam tu. Dan akhirnya, baru aku tau.. tempat tu mmg best.. Jangan lupe, next : Melaka [ part 2 : Makan-makan ]...



Thursday, April 2, 2009

From Email to Blog..[1]

Tajuk penting : 40 kes/jenis Lelaki yang Tidak Layak Jadi Suami!
Aku dapat email nie, pagi tadi. Kiriman daripada sepupu aku. Bende macam ni la yang buat aku takot nak kawen.. haha.. Ape2 pun, renung2 kan.. dan Selamat Beramal..
DAPAT DIBUAT KESIMPULAN.. 80% YG PENTING DLM HIDUP SEORANG LELAKI ADALAH SEKS SELAIN GEMAR MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMBUTAN DAN KESABARAN SEORANG WANITA.. MAKA SEBAB ITULAH TUHAN TELAH NYATAKAN BAHAWA ORG LELAKI MEMPUNYAI 1 NAFSU DAN 9 AKAL.. MANAKALA WANITA PULA 9 NAFSU DAN 1 AKAL.. KUASA NAFSU YG SATU YG ADA PADA LELAKI INILAH YG MENYEBABKAN MEREKA BOLEH MEMBELIT WANITA MENGGUNA KAN 9 AKAL YG DIANUGERAHKAN OLEH TUHAN.. NAMUN TIDAK SEMUA LELAKI DI ATAS MUKA BUMI INI BERNAFSU DAN BERJIWA SYAITAN, TERPULANG KEPADA WANITA2 YG MEMBUAT PILIHAN DAN PENILAIAN.. MAKA.. WAHAI WANITA..JGNLAH IKUTKAN 9 NAFSU SAHAJA..KEMBANGKANLAH 1 AKAL YG DIBERI AGAR HIDUP TIDAK MERANA KELAK.. JANGAN ASYIK DIKABURI DENGAN KEMEWAHAN, KETAMPANAN DAN JANJI2 MANIS YG DIBERI OLEH SEORANG LELAKI.. SIASAT DAHULU.. BIARLAH LELAKI ITU TIADA RUPA, TETAPI TERJAMIN BEKALAN DUNIA AKHIRAT.. JIKA TIADA SATU PUN MSLH DI BAWAH YG SINONIM DGN MSLH ANDA...MAKA BERSYUKURLAH PADA TUHAN KERANA MENDAPAT SUAMI/PASANGAN YG BAIK.. CUKUPLAH JIKA MEREKA DPT MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS KITA DAN ANAK2 DGN KADAR YG SEDERHANA, MEMBERIKAN KASIH SAYANG YG BERPANJANGAN, MEMBERIKAN PERHATIAN, MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DLM RUMAHTANGGA DAN INGATLAH.. JANTUNG SETIAP ISI KEBAHAGIAAN ADALAH PENGETAHUAN DAN DIDIKAN AGAMA YG CUKUP.. SEDARLAH..TIADA MANUSIA YG SEMPURNA DI ATAS MUKA BUMI INI... MARI KITA RENUNGI KES2 DI BAWAH INI..
- 40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI -
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya..
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
INI PENTING(ESPECIALLY ZAMAN SEKARANG) :
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya > sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik > negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja > kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Kesimpulannya, Lu Pikir La Sendiri...!! =)

Wednesday, April 1, 2009

April Fool!!!

+ kenape mesti bulan April??
+ ape special nye bulan April utk mengenakan org??
+ kenape bulan April dikaitkan dengan bulan jenaka??
+ kenape April??
+ kenape??


Buat masa ni, aku blom kene ape2 cop "APRIL FOOL!!" untk ari ni.. harap2 x de.. hehe! Wah!! Hampir2 nak kene April Fool jam 9.25 tadi.. Cik Sul la nie.. Ade ke die kate Dr. Zelina suh aku masuk kursus Map Info tu skang jugak.. Nasib baik la ati aku ni berkata2, cik sul ni mcm tipu jek...ermm.. Sbb mase die ckp tu, die senyum2.. Ampehh btol! huhu.. bikin suspen je.. Ape pon, tarikh 1 April adelah tarikh keramat buat aku.. Dan aku x kan lupe sampai bile2.. Insyaallah..

Lastly, aku sayang kamu mylove.. Kamu yg ku temu 1 April, dua tahun yg lalu.. =)






mood : saye happy hari ni!

Wednesday, March 25, 2009

Tutup Lampu..

Dear Friends of Earth Hour,

With less than 5 days to go before our planet switches off, its time to tell your friends,family and everyone you know about Earth Hour.

Updates
*To date we have more than 23,000 individuals, companies, schools and organizations that have
signed up in Malaysia.
*More than 350 companies have pledged their support.
*More than 9 events have been planned for you to celebrate Earth Hour with.
(Log on to earthhour.org/malaysia -> events for details)
*2140 cities have pledged their support to go dark in support of Earth Hour, this is more than
the target of 1,000 cities that was set for Earth Hour 2009.
*Earth Hour Facebook Group has more than 35,000 friends and growing by the day.
*Earth Hour Malaysia Youtube channel now has all video's and tv commercials.
*KLCC,Dataran Merdeka,KL Tower,Putrajaya are amongst the famous Malaysian icons that
have confirmed their participation and more will be updated on earthhour.org/malaysia ->
news


10 Things To Do During Earth Hour
1. Gather family & friends for a night picnic ( jangan lupe makanan yang sedap2! )
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight ( dah gaji kan.. mkn la yang mahal2 sket.. paling2 tidak, pi la gerai tomyam yang terbaik! hehe..)
3. Organise a family night playing board games (main la catur ke, dam haji ke, dam ular ke, x pun main je daun terup..haha)
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours ( x yah la party, mkn2 pon dah cantek tu..)
5. Arrange a house party lit by torches ( lepak ngan jiran2 pon ok..)
6. Take the dog for a night walk ( yang nak bawak kucing jln2 pon ok gak..)
7. Hand write a letter to loved one by lantern ( tulis diary mlm2 dlm gelap pon ok kan..)
8. Sit in the dark and share stories ( kumpul ramai2, cite pasal antu keliwoon pon ok ape.. seram! )
9. Read a book using a book light ( sape2 yang mata ok tu bole la.. yang dah rabun tu agak2 la kan )
10. Share a romantic night in with your loved one ( sape2 yang dah kawen tu.. syok la kan.. haha! )



Monday, March 23, 2009

Bersuka ria dan berpoya-poya... =)

Assalamualaikum wbt..
yeay! Arini nak cite pasal aritu aku pi karoake ngan kwn2.. huhu.. Impian nak bawak kwn2 karoake kat tmpat same yg aku penah pi 1 Jan 2009 lepas akhirnye tercapai.. Mmg hapening coz kwn2 aku pon gile cam aku gak.. skali skala gile, x salah pon.. x kan nak skema jek.. hehe. Malam ari jumaat (20Mac2009), aku pi Ceriabox Karoake, Kajang. Kul 8 mlm aku kua ngan anak buah aku Daniel pi jemput Nadia n anak buah die kat Sg. Kantan. Aku saje bawak Daniel coz 2 hari sebelum tu, aku ajak adik aku Imal, pi booking bilik karoake utk mlm tu bwk Daniel skali. Tapi Daniel ingt malam tu ktorg nak nyanyi.. Die pon suke la.. Padahal x nyanyi pon, just booking je.. Pastu si Daniel bleh nanges smbil ckp " nak nyanyi! nak nyanyi.." haha.. Kecik2 dah pandai.. Ye la, sbb dah banyak kali Imal bwk die pi situ.. So, aku nekad la nak bawak Daniel mlm tu walaupon tau yang aku akan lepak selame 4 jam kat situ.. hehe.. Malam tu, aku, Nadia ngan anak2 buah kami smpai dulu. si alia lum smpai coz die ade keje. Dlm kul 9 lebih baru die smpai. Yang aku ngan Nad dah melalak dlu.. Budak2 kecik tu pon same melalak.. Anak buah aku lagi la suke sbb dalam tu bising, so die bleh menjerit sesuke ati die.. Kalo kat umah asek kene marah je kalau die menjerit2.. Kat bilik tu x de sape nak marah.. Kadang2 tu sore die lagi kuat dari kitorg yang pakai mikrofon!! hehe.. Tak lama lepas Alia smpai, adik aku Imal ngan Kerol pon sampai kat situ.. Same2 la ktorg sume nyanyi.. Mmg lepas gian la.. Dah la 4 jam.. bayang kan.. Dah mcm penyanyi buat konsert dah.. cume penyanyi profesional nyanyi dapat duit, ktrog menyanyi kua kan duit.. haha.. terbang sorg rm50.. Tp leh dikire murah sbb kalo kat tempat lain, 4 jam tu mau beratos2 ringgit malaysia..

Feeling abess!!! Ngan Alia time ni nyanyi lagu Ning Baizura.. haha! Gedik btol kami..

Time nie aku jadi tamak, aku pegang 2 mic.. Sebenarnya rampas dari Daniel mic tu.. Sbb die sibuk nak jerit2 gune mic.. Sblm gegendang telinge aku pecah disebabkan sore Daniel, baek aku rampas dulu mic tu.. huhu!

Si nadia terpakse nyanyi sambil layan anak buah die (Darin) yang tibe2 nanges sbb takut ngan makhluk2 asing (adik2 aku..haha)

Abes sofa tu kene lanyak ngan ktorg.. Takde stage, camni la cara nak meninggi kan diri dan mempoyokan bakat yg ade.. hehe!

15 minit sblm balik.. Dah ready nak balik, tp sempat lagi layan 2 lagu.. Jgn membazir masa yang ade.. Sbb masa itu emas.. btol ke?? Tapi nape kat kedai emas x de jual masa?? (petikan dialog dari Kump. Sepah Raja Lawak Astro musim ke 3) lalala...

Tuesday, March 10, 2009

Field Work PD

Salam..

Pada 6 Mac hingga 8 Mac lalu, aku telah ditugaskan untuk membantu Kerja Amali Lapangan student Bachelor Pengurusan Alam Sekitar bagi subjek EMG3006 di Port Dickson. Walaupun dah banyak kali aku ke sane atas urusan kerja atau cuti2 Malaysia dgn family, akan tetap ade pengalaman baru yg aku alami di sana. Tugasan ke Pd yg lalu, aku gunakan masa yg ade utk membantu tugas2 yg perlu sambil gune kan kesempatan mengambil gambar2 yang 'agak menarik' memandangkan aku adelah salah seorg daripade beberape staf yg memegang kamera. Dan kami harus mengambil seberapa banak gambar utk rujukan dan simpanan Jabatan pada masa depan. Kat sini aku dah pilih beberape keping gambar yang aku rase ade nilai seni.. (haha)
sepasang siput timba (mekaseh kak idah sbb bgtau name siput nie.. die kate family die panggil siput ni siput timba..) sedang berborak sambil tertanya2 tujuan kedtgan kami semua ke pulau kecil itu..

Seekor gamat yg dijumpai terdampar berhampiran 'pulau kecil' di Port Dickson.. Menurut En. Sujak (tuan punye tgn yg memegang gamat), gamat nie jarang terdapat di PD kerana berwarna coklat. Kebiasaannya warna hitam.. Geli betol bile sentuh gamat tu.. Aku lebih rela sentuh botol gamat dari gamat tu sendiri.. hehe!
Bunga ape ntah namenye.. Biase nye org x peduli pon ngan bunge2 mcm nie.. Sbb x setaraf ngn bunga2 mahal mcm ros, matahari, daisy.. dan lain2.. (aku x kenal jenis2 bunga sgt.. kecuali bunga citra lestari yg kawen ngan asyraf sinclair tuh.. haha!)

Bunga dan buah.. mereka adik beradik kerane lahir dari pokok yang same...

Bunge jejarum ( kak idah kate bunge siantan ).. Masa kecik2 dulu aku suke kutip bunge nie dan tarik jarum yg ade kat tgh2 bunge tu utk rase madunye.. Konon2 nye utk buat ilang dahage lepas penat main ngn kwn2.. padahal setitik je dptnye pon..

Ini bunga kertas..

Saye x tau ni bunge ape.. Saye jumpe mereka kat tepi padang..

Comel betul cendawan nie lepak kat tgh2 padang.. Nasib baik aku nmpak, terus aku menonggeng amek gamba cendawan nie.. kalo x dah terpijak dah..

Ni pulak, cendawan dalam hutan kat Tanjung Tuan.. Mereka pon comel sbb ade ibu dan anak2 kecil yg ramai..

Ini adelah.......... ntah! hehe..

Algae kering..

Pemandangan dari kawasan Rumah Api di Tanjung Tuan..

Kepenatan mase jungle trekking kat Tanjung Tuan..

Yeayy!!! Dah abes.. Tp gambar byk lagi.. Meh la dtg tgk kat pc aku.. peace!

Monday, March 2, 2009

Happy Birthday!!

Salam wbt..

28 Feb 2009 akan terus lekat dalam ingatan aku! Tarikh birthday aku yg ke 27! Pergh! Tua btol dah aku.. haha.. lantak la.. Ape ade pade umur.. Cume peningkatan 1 nombor dari nombor yg dah sedia ade.. hehe.. Aku x de hal pon.. Org lain sebok nak rahsia2 umur. Bagi aku x payah nak rahsia.. Bia sume org tau.. "Wei sume!! Umur aku dah 27!" haha.. Tp yg penting skali, bab2 sambut ari jadi nie, aku rase org yg paling layak sambut birthday kite adelah ibu kite sendiri. Disebab kan die la kite lahir kat dunie nie. Pastu disebabkan kebijaksanaan die dan kesabaran die jage kite, kite dah jadi mcm skang nie. Alhamdulillah.. Mekasih mak! Syg mak (Puan Rushedah binti Ibrahim) ! Ok, sebenarnye aku nak share sket ape yg jadi pade 28/2 lepas.. Aku hepi sgt coz aku dpt celebrate kat tempat yg aku x penah pegi.. Genting Highland, Kota Keriangan.. haha.. dah 27 tahun idop, baru dpt jejak kaki kat sane..
Yela, sebelum ni mane penah naik sane. Tu pon, mase praktikal dulu, aku penah pi Genting tp x smpai atas tu.. dok bawah je coz wat keje kat area tu.. Erm.. Aku pi sane sabtu lepas naik kete ngn adik n bf aku, Zul. Opss! Lupe lak, thanks mak sbb benarkan kitorg pi sane.. hehe! Dlm kul 10 kitorg dah gerak ke sane. Aku x lupe nak bawak bekal pi sane. Ye la, org kate mkn2 kat sane bapak mahal! Mmg ye pon.. Satu tin air Hundred Plus kalo kat sini singgit lebih je, kat sane RM4.60!! Perghh! Lain kali bawak je makanan or minuman dari umah or kedai2 kat luar dari kawasan Genting tu.. lagi berbaloi! So, anda dinasihatkan bawak bekal atau bawak duit yg byk supaye x kelaparan dlm suasana dingin kat atas tu. Time tu aku just bawak spagheti yg aku msak sendiri.. Mekasih pade Zul n adik aku yg mkn masakan aku smpai abes! Abes sbb sedap! Pandai aku masak kan.. haha.. Kitorg mkn dlu sblm naik kete kabel. Sbb masing2 dah mule lapar.. Kat tempat parking jugak ktorg trus mkn2.. Bukak bonet kete, amek paper plate, makan.. hehe.. Pastu ktorg mule beratur nak naik kete kabel.. Mak aii.. punye la ramai org.. nasib baik la dorg wat barisan zigzag mcm ular.. kalo lurus tu aku rase dah smpai ke tempat parking td agaknye.. huhu.. Walaupon barisan panjang, x de la aku rase lame sgt beraturnye coz kete kabel tu byk n kejap2 je smpainye.. Pastu bleh muat max 8 org per gondola.. Adik aku mule penakut nak naik kete kabel tu.. kate nye kalo terhempas, bleh mati.. haha! Punye la negatif die berpikir.. Die ingat kete kenari aku tu larat ke nak bawak naik smpai atas tu.. Setelah dipakse, terpakse la die ikot daripade kene jage kete aku kat tempat parking.. hehe.. Dlm 15 min, ktorg smpai la kat puncak Genting tu.. Adik aku yg agak sewel pangainye.. Ape pon aku ske camnie daripade adik aku skema jek pangai nye.. haha.. Sebelah tu la Mr. zul.. Mereka ni bodygurd aku! Lalala..Kete kabel ni antara yg terpanjang kat Asia, 3.4 km.. Bangge gak aku jadi rakyat Malaysia.. So, mane2 rakyat Malaysia yg Proud to be Malaysian, kene gak rase at least sekali seumur idop utk nikmati ape saje binaan yg kite bangge kan kat Malaysia ni.. huhu.. K la.. Malas nak cite panjang, aku bg gamba2 je utk tatapan.. hehe.. Tempat wajib bergambar kalo smpai kat Genting.. X dpt pi Chelsea, amek gamba kat bus ni pon jadi la.. huhu..
Ni kat dalam Ripley's Museum.. Ala yg mcm dlm rancangan Ripley's.. Believe it Or Not.. Sume yg dlm rancangan tu ade pamer kat sini.. Menarik gak! Sebenarnye, ade lagi permainan kat Genting yg aku x dpt naik, disebab kan masalah cuaca dan kesuntukkan masa.. Aku tingin nak naik Flying coaster, Space shoot n nak masuk Haunted House.. Next time kalo pegi lagi, aku nak main sume tu.. hehe..Okeh.. Mcm byk sgt plak aku upload gamba2 arini.. hehe.. Dah2, kalo nak tgk lagi, mintak je kat aku.. penat nak upload dah.. hehe.. Mekasih kerna luangkan mase tgk page neh.. bubye!