Wednesday, February 2, 2011

Bukan Pre-Wed..

Salam.

Utk pengetahuan, pic2 yang aku letak ni semua bukan dari album pre wed aku..
Tapi sekadar aktiviti sukaria berkenalan dengan encik Photographer iaitu En.FadzliAzmi (kawan si Syam) dan En.ApizAli (adik si Syam)..
Ice breaking la lebih kurang.. Utk album pre wed yang sebenar nanti, aku nak suruh dorg ni jgk ambik.. :)
Ni ada beberapa gambar yang aku nak kongsi kan.. Selebihnya ada kat FB aku.. :)





Monday, January 31, 2011

Huarghh..

Salam.

Agak lama jugak x post ape-ape kat sini. Maklum la. Dah mula bz dgn kelas bridging. Lagi satu, aku dah mula menggedik kat page lagi satu. Aku punya jgk. Tp tu lebih personal. Dekat sangat dgn kehidupan aku. Tak tau la sama ada nak kongsi dgn org lain atau tak. Kalau ada request, baru aku bagi baca. Hehe..

Kelas bridging aku pon dah smpai ke Ujian 1. Baru dua paper. Biology dan Geology. Alhmdulillah. Dua-dua paper dah selamat aku jwb. Cuma tunggu nak dapat markah je.. Harap-harap markah-markah nya lebih bagus dari sem lepas.. Doa-doakan laa... :)

Sekarang pon aku bz dgn persiapan untuk bln May nanti. Aku harap semua berjalan lancar. Semalam jugak aku dah gi survey untuk mekap. DONE! Tggl lagi nak letak deposit je. Harap-harap cepat la berduit poket aku neh! :P

Semalam pon hari yang seronok! Join shoot portraiture ngan kawan n adik Syam. Aku dan Syam yang di shoot sbnr nya.. Ni sesi ice-breaking je.. Nak test. Bkn betul-betul pun.. Tapi aku dah plan nak amek dorg ni shoot masa aku bertunang nanti! :)

Thanx Korang!!
Thanx Sayang!!

*hasil gambar akan diupload sekiranya ada yang menarik! hehe..

Thursday, January 6, 2011

Saya berdoa ..

Salam..

Pemangku KJ dah sain borang kenaikan pangkat aku.
Alhmdulillah, komen-komen dia pun ok dan menyokong permohonan aku..
Skarang ni aku berdoa je supaya rezeki itu berpihak pada aku.
Kepada kalian juga, doa2kan la semoga permohonan aku dipandang dan dipertimbangkan oleh pihak Pendaftar UPM.
Aku dah lakukan yang terbaik.
Hanya tinggal memohon pada Yang Esa.. Allah Maha Mendengar..

InsyaAllah.



*berdoa juga untuk rakan sejawat yang memohon kenaikan..

Wednesday, January 5, 2011

Tak boleh pun!

Kenapa blog aku masih ditakuk lama?
Aku nak upgrade ke baru. Macam mana??
Jeles tgk blog org lain yg dah maju.. Tapi aku??
Takkan nak kena buat blog baru,
then baru bleh dapat blog citarasa baru?
Abis la semua ceritera aku dalam tu!

Demm!

Sape bole tolong ajar kan??

*hanya tak puas hati sebab aku JELES tengok blog org lain! hahaha~

Tuesday, January 4, 2011

Pendapat.

Pagi ni aku buat satu status kat FB..

"Dah dkt seminggu kelopak mata belah kiri ni asek menggedik2 .. Apekah tanda nye yer... ??? ~ :P"

Meh tgk ape kawan-kawan aku komen. hehhe..





Ape pun tanda nya, redha je la yer.. Doakan yang terbaek utk semua! :)

Selamat datang 2011.

Salam..

Hari ni aku nak catit sikit pasal 'Apa yang aku nak buat tahun 2011 nie'..
Kire nya mcm azam ataupun 'to-do-list' utk aku la kan.

1- Januari
- Jadi partner mengurus biz on9 seorg sahabat.
- Mula bekerja dgn azam baru. ( nak fokus betul2 time keje. Ok. Skang mmg time keje, amek mase sikit je nak update blog. hehe!)
- Nak fokus kat kelas bridging. Kalau boleh taknak dah markah teruk2. Paling teruk pun, B+ la hendaknye.. huhu.

2- Februari
- Buat bajet. Start dari gaji Jan.
- Mula beli barang-barang hiasan hantaran. Beli sikit2..
- Fokus lagi kat kelas bridging sbb bln Feb tu dah start ujian-ujian..
- Nak pegi majlis tunang sepupu. Tapi mesti tak dapat sebab aku ada kelas amali pada tarikh 26/2. Ciss!
- Nak beli hadiah utk diri sendiri. 28Feb kan besday aku. Ehh! Terbagitau plak.. huhu.
- Pegi hantar kain utk baju bertunang kat tailor

3- Mac
- Nak struggle utk ujian kedua kelas bridging!
- Nak pegi bercuti kat Langkawi dgn family2 belah ayah. ( harap lulus la permohonan aku utk amek ujian bridging tu awal. sbb jadual dah bertindih dgn time aku pegi bercuti. Cisss!)
- Nak shopping barang-barang hantaran lagi.. Yeayy! :)
- Nak booking mekap! ahakss!

4- April
- Pulun siapkan hantaran-hantaran bertunang!
- Tempah doorgift utk majlis bertunang.
- Sambil tu nak cari baju pengapit warna putih untuk majlis kawin sepupu. Jadi pengapit lagi!
- Check semua persiapan supaya takde apa-apa yang tertinggal.

5- Mei
- Kerja-kerja akhir persiapan E-Day aku. :)
- InsyaAllah mengikut persetujuan kedua belah pihak yang telah termeterai pada 7 Dec 2010 lalu, aku akan bertunang dengan si dia pada 7 Mei 2011. Besday dia.. Nak potong kek la tu! huhu..
- Jadi pengapit kepada sepupu aku Hidayati Mat Aseh. Dia dah mintak tolong sejak Januari! OK! I on aje... heheh~

6- June
- Masih belum tau ape nak buat......? Hehe.

Cukupla kot utk setengah tahun punya keje. Nanti bleh update lagi! :)
Tata..

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya terus MENGAUM!!~

Salam.
Alhamdulillah..



"Akhirnya penantian Malaysia untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF 2010 berbaloi dengan kemenangan aggregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia. Malaysia yang berbekal dengan kelebihan jaringan 3-0 ketika di Stadium Bukit Jalil pada ahad lepas, terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 ke atas Indonesia tetapi menang dengan kelebihan gol yg telah diperolehi di tempat sendiri. Dengan penuh semangat, pasukan Harimau Malaya bimbingan K.Rajagopal terus mempamerkan aksi bintang di hadapan lebih kurang 95,000 penyokong fanatik Indonesia.."

....Perghhh!!~ Dah macam wartawan sukan plak ulasan aku pagi neh. Hehe. Aku sangat berbangga sebab pertama kali pasukan Malaysia menang sejak 1996.

Tabik spring aku hadiahkan buat keeper Malaysia iaitu Khairul Fahmi @ Apek yang begitu cekap menjaga gawang negara dari bolos. Memang mamat tu terbaek dari ladang Kelantan ahh... :)
Bayangkan lah, Fahmi dapat selamatkan sepakan penalti! Bukan kerja senang. Alhmdulillahh.. Semoga beliau sentiasa dilindungi Allah s.w.t..

Tahniah juga buat Penjaring Terbanyak / Pemenang Anugerah Kasut Emas - Safee Sali. Dia ni pun memang penyerang terbaik dari Selangor!

Akhir sekali, tahniah buat jurulatih dan semua penyokong-penyokong pasukan Malaysia. Dengan semangat dan berkat doa kita semua, Malaysia mampu bertapak di mata antarabangsa. Paling penting untuk dinyatakan adalah PASUKAN HARIMAU MALAYA ADALAH 100% ANAK TEMPATAN! TIADA JURULATIH ATAU PEMAIN IMPORT!!! ANAK MALAYSIA JUGA MAMPU BERSAING DENGAN ORG PUTIH LAA.. hehe.. Syabas!!! Luv Malaysia!

Saya anak Malaysia.