Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya terus MENGAUM!!~

Salam.
Alhamdulillah..



"Akhirnya penantian Malaysia untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF 2010 berbaloi dengan kemenangan aggregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia. Malaysia yang berbekal dengan kelebihan jaringan 3-0 ketika di Stadium Bukit Jalil pada ahad lepas, terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 ke atas Indonesia tetapi menang dengan kelebihan gol yg telah diperolehi di tempat sendiri. Dengan penuh semangat, pasukan Harimau Malaya bimbingan K.Rajagopal terus mempamerkan aksi bintang di hadapan lebih kurang 95,000 penyokong fanatik Indonesia.."

....Perghhh!!~ Dah macam wartawan sukan plak ulasan aku pagi neh. Hehe. Aku sangat berbangga sebab pertama kali pasukan Malaysia menang sejak 1996.

Tabik spring aku hadiahkan buat keeper Malaysia iaitu Khairul Fahmi @ Apek yang begitu cekap menjaga gawang negara dari bolos. Memang mamat tu terbaek dari ladang Kelantan ahh... :)
Bayangkan lah, Fahmi dapat selamatkan sepakan penalti! Bukan kerja senang. Alhmdulillahh.. Semoga beliau sentiasa dilindungi Allah s.w.t..

Tahniah juga buat Penjaring Terbanyak / Pemenang Anugerah Kasut Emas - Safee Sali. Dia ni pun memang penyerang terbaik dari Selangor!

Akhir sekali, tahniah buat jurulatih dan semua penyokong-penyokong pasukan Malaysia. Dengan semangat dan berkat doa kita semua, Malaysia mampu bertapak di mata antarabangsa. Paling penting untuk dinyatakan adalah PASUKAN HARIMAU MALAYA ADALAH 100% ANAK TEMPATAN! TIADA JURULATIH ATAU PEMAIN IMPORT!!! ANAK MALAYSIA JUGA MAMPU BERSAING DENGAN ORG PUTIH LAA.. hehe.. Syabas!!! Luv Malaysia!

Saya anak Malaysia.

No comments:

Post a Comment