Thursday, March 3, 2011

Kiriman ucapan hari lahir paling best!!

Salam.
Cuba tgk gambar di bawah.
Kenal kah anda dengan nama si pengirim?

Ohhh!! Aku sgt teruja! Lalalala...



Kalau ada FB, sila search..
Kalau takde FB, meh nak bgtau..
Zizan Razak adelah Zizan Raja Lawak!!
Yeayy! Paling hepi neh!
Aku minat giler ngan mamat ni sejak dia join Program Raja Lawak musim pertama.
Tetibe semalam dapat plak ucapan dari dia.. Ahh!~ Cair hati ku.. *gatai..!*
Sebenarnya, setahu aku Zizan ni mmg suka layan peminat dia. Jadi tak salah la kalau dia alert dengan notification pasal besday rakan-rakan dari fesbuk dia kan.. :)
Tapi tu je satu-satu je manusia glamer yang hargai org-org biasa yang dianggap kawan yang buat camtu. Tahniah! Teruskan meng'humble'kan diri ye Jijan.. Hope dia menang anugerah Bintang Popular nti!! Aminn..

Tuesday, March 1, 2011

Keterujaan, keletihan, keseronokkan ... :)

Today is my 29th bithday!
Thank youu pada all my frens yg wish dekat FB tu..
Really2 appreaciate tau!

Sabtu (26hb) dan Ahad (27hb) adalah hari paling bz aku sepanjang tahun kot. huhu. Ye la.. Hari sabtu, aku ke kelas amali bagi subjek Geologi. Keluar umah kul 8.30 pagi. Then kelas sampai kul 5 ptg! Penat nye, Tuhan je yg tau. Dah la abis lambat, tak dapat la aku nak gi kenduri sepupu bertunang kat Pajam. *Kecewa*

Balik je umah dari kelas tu, aku siap2 mandi n bergerak ke Pajam ngn mak n ayah. Majlis dah abis, meeting pon dah abis. Tp lauk belum abis! Hehe.. Sempat jugak la merase lauk pauk yang dorg masak tanpa aku. Pastu dapat la tgk gambar2 sepanjang majlis tu melalui kamera-kamera sedare mara je. Kalau aku ade time tu, mesti aku dah snap beratus-ratus gambar dah! Seingat aku, aku tak pernah ketinggalan dalam apa-apa majlis yang melibatkan kenduri sedara mara belah ayah aku.. Oh! *kecewa lagi*

Malam tu ade sambutan besday. Mcm tahun lepas! Kami share dengan sepupu2 yang lahir pada bulan Februari jugak. Kalau tahun lepas sambut berempat. Kali ni sambut berenam. Sebab ada tambahan, dua org gadis genit nak join same! Seronok rasa nya sambut besday sama-sama! Lepas tu kami yang dewasa ni, bertukar-tukar hadiah la sesama sendri. Bukan la hadiah mahal pon. cukup sekadar nak memeriahkan majlis. Terima kasih Hanie, Fara, Amirah.. Dan gadis genit Aliya dan Aisyah! Muahhh!

Lepas majlis tu, lepak-lepak, borak-borak dengan semua yang ada. Ada plak makcik aku jual kain dari Bandung! Dah terbeli! Huhu.. Tapi takpe.. Kain-kain tu cantik! Aku nak tempah untuk pi kenduri sepupu aku bulan 5 nanti la. Huhu.. Pukul 11 lebih baru aku bergerak balik ke Kajang. Nasib baik ikot Highway LEKAS. Lekas la kami sampai umah. Dalam 15-20 minit macam tu.. :)

Esok nye (Ahad), ada plan baik punye! Aku ajak mak dan ayah ke satu tempat. Lagi sekali aku guna Highway LEKAS. Kalau ke sana, aku kemana la agak2 nye yer.. Hehehe~ Biarkan persoalan di situ sbb tempat yang aku pegi tu, lebih seronok dan buat aku teruja! :)

Thursday, February 24, 2011

Alhamdulillah..

Salam..
Semalam (23hb Feb), mase dlm kelas Geologi..

* hati berbunga riang!
* dpt plak tgk pensyarah yg sgt sweet tu mengajar. :P
* perut lapa gile..

Aku amek hp, taip msg n send to many = mak, ayah, adik..
Msg nye begini, " Mlm ni jom mkn lua. Kngah banje! hehe.. ".
Then ayah reply, " Nape ni? Duit dah masuk ke?".
Aku reply balik, " Ye la.. Hehe. Pikir2 la nak mkn ape. Nanti kngah balik, kul 8 leh la pegi terus".
Pastu ayah reply, "Jom la mkn kat bangi tu. Yang celup2 tu",
Aku jwb lagi, "Bole je..".

Hahaha.. begitu la sedikit ringkasan. Actually, mkanan celup-celup yang ayah aku maksudkan tu adelah Steamboat! Aduhaiii.. huhu. Ayah nak pegi lagi kat RED WOK Bangi! Tempat mkn buffet stimbot yang best stakat ni. Kebetulan pulak semalam tu, kelas Geologi habis awal. Kul 6.30 aku dah sampai rumah. Terus aku call untuk reservation tempat untuk 5 orang. Yang join malam tu adalah mak, ayah, imal, kerol dan daniel. Dah lama tak makan stimbot, perut plak lapa gile.. Mmg teruja la masa tu. Huhu..

Ni ada beberapa keping gambar kenangan. :)





Friday, February 18, 2011

Gila.....

Salam..
Lame tak update..
Nak cerita sikit beberapa cerita sepanjang aku tak update blog neh..

1. Busy.
2. Busy lagi.
3. Busy jugak!!

Mula-mula, aku busy sebab last week adelah minggu test bagi kursus bridging yang aku amek. Tunggang langgang la aku study mcm nak rak! Dapat jugak lalui sumenye dgn aman.. Tanpa sebarang kecederaan otak! huhu..

Paper paling menekan emosi aku adelah paper fizik! alhmdulillah.. bole buat mase test aritu. Tapi tak sume jawapan aku betul! Haha.. Akhirnye semalam, pensyarah berkenaan, bagi kami tgk markah! "Banggenye" aku bila aku tersenarai antara pelajar yang dapat markah palingggggg rendah!!! DEMMMM! Huhuh.. Tapi aku tau tahap aku.. Susah gile nak fokus bila aku tak minat subjek tu. Kalau aku tak minat sekalipun, ade nota, aku leh study, baca. Tapi kalau bab-bab pengiraan... Adeiii~

Takpe lah. Aku cuba yang terbaik untuk test kedua. Sebab test yang kedua nanti takde lagi bab-bab yang dah keluar test 1 yang lepas. So, aku perlu fokus kat tajuk-tajuk akhir tu je. Test 2 nanti pada 9 Mac. Insyaallah....

Tu sume hal kelas.. Berbalik kepada apa yang membusy kan aku dlm minggu lepas dan minggu ni adalah proses KWSP. Aku baru tau yang aku kena buat sndiri proses-proses pengeluaran tu.. huhu. Tu pun sebab kawan-kawan bridging yang cerita. Punye aku bertungkus lumus isi borang dan anta borang untuk sain kat KJ. Pastu copy surat-surat lagi. Pastu aku pon gi la ke KWSP tu. Sampai kat kaunter semakan dokumen, akak tu kata dokumen aku ade yang x lengkap. Takde surat tawaran. Haihhhh~ Dalam check list tu takde pon mintak surat tawaran kerja. Surat lantikan ade laa.. Kena la aku balik ke opis. Cari-cari surat tawaran, mmg takde. Rupa-rupa nya ada kat umah! Cisss! Kena la aku tunggu esoknya.. Kat umah, cari plak surat tawaran tu. Silap aku sebab tak simpan kat dalam fail aku. Nsb baek surat tu elok lagi. Dengan habuk-habuk, aku redah cari.. Akhirnya jumpaa! Alhmdulillah.. Esok nya, aku buat salinan n mintak pengesahan dari KJ. Lepas dah settle, aku lagi sekali ke KWSP kat Hentian Kajang tu.. Syukur dorg proceed permohonan aku.. Senyum lebar je la kua dari KWSP.. Muahahah~ Thanx Kak Ina sebab temankan merayap ke KWSP.

So, aku masih ke kelas seperti biasa.. Kul 5 sampai 7.. Cepat la bridging abes.. Aku rindu nak lepak ngn kawan-kawan.. rindu nak gi breakfast kat Jalan Telawi tiap hari Sabtu dgn mak ayah. Makan mi kari dan mi wantan... Huhuhu~

Wednesday, February 2, 2011

Bukan Pre-Wed..

Salam.

Utk pengetahuan, pic2 yang aku letak ni semua bukan dari album pre wed aku..
Tapi sekadar aktiviti sukaria berkenalan dengan encik Photographer iaitu En.FadzliAzmi (kawan si Syam) dan En.ApizAli (adik si Syam)..
Ice breaking la lebih kurang.. Utk album pre wed yang sebenar nanti, aku nak suruh dorg ni jgk ambik.. :)
Ni ada beberapa gambar yang aku nak kongsi kan.. Selebihnya ada kat FB aku.. :)





Monday, January 31, 2011

Huarghh..

Salam.

Agak lama jugak x post ape-ape kat sini. Maklum la. Dah mula bz dgn kelas bridging. Lagi satu, aku dah mula menggedik kat page lagi satu. Aku punya jgk. Tp tu lebih personal. Dekat sangat dgn kehidupan aku. Tak tau la sama ada nak kongsi dgn org lain atau tak. Kalau ada request, baru aku bagi baca. Hehe..

Kelas bridging aku pon dah smpai ke Ujian 1. Baru dua paper. Biology dan Geology. Alhmdulillah. Dua-dua paper dah selamat aku jwb. Cuma tunggu nak dapat markah je.. Harap-harap markah-markah nya lebih bagus dari sem lepas.. Doa-doakan laa... :)

Sekarang pon aku bz dgn persiapan untuk bln May nanti. Aku harap semua berjalan lancar. Semalam jugak aku dah gi survey untuk mekap. DONE! Tggl lagi nak letak deposit je. Harap-harap cepat la berduit poket aku neh! :P

Semalam pon hari yang seronok! Join shoot portraiture ngan kawan n adik Syam. Aku dan Syam yang di shoot sbnr nya.. Ni sesi ice-breaking je.. Nak test. Bkn betul-betul pun.. Tapi aku dah plan nak amek dorg ni shoot masa aku bertunang nanti! :)

Thanx Korang!!
Thanx Sayang!!

*hasil gambar akan diupload sekiranya ada yang menarik! hehe..

Thursday, January 6, 2011

Saya berdoa ..

Salam..

Pemangku KJ dah sain borang kenaikan pangkat aku.
Alhmdulillah, komen-komen dia pun ok dan menyokong permohonan aku..
Skarang ni aku berdoa je supaya rezeki itu berpihak pada aku.
Kepada kalian juga, doa2kan la semoga permohonan aku dipandang dan dipertimbangkan oleh pihak Pendaftar UPM.
Aku dah lakukan yang terbaik.
Hanya tinggal memohon pada Yang Esa.. Allah Maha Mendengar..

InsyaAllah.



*berdoa juga untuk rakan sejawat yang memohon kenaikan..