Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat salah seorg kwn yg paling rapat dlm hidup aku selama lapan tahun kami berkawan. Nadia selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya iaitu Norsham yg lebih kami kenal sebagai Cham. Jaga Nadia elok2. I Luv her so much! :(

Majlis pernikahan mereka dijalankan pada hari Jumaat, 12 Mac lepas solat Asar. Aku ambil cuti semata-mata untuk melihat sendiri perjalanan majlis mereka. Pada hari jumaat itu juga, sahabat baik aku Syifa juga dtg ke Kajang untuk memeriahkan majlis. Awal pagi lagi aku dah bangun sebab nak ke rumah seorg lagi sahabat iaitu Aya di Taman Shamelin. Aku mengajak Aya untuk sama-sama menjemput Syifa di Puduraya. Sementara menanti kan Syifa yg sampai lebih kurang jam 1, aku dan Aya pun pekena nasi ayam di gerai yang terletak dlm medan selera di Pudu. Sedap! Sebab maybe kami tgh lapar. Setelah Syifa sampai, kami semua ke rumah Aya semula untuk bersiap. Dalam pukul 3 petang baru la kami menuju ke rumah Nadia. Ketika itu Nadia dah siap didandan. Cantik! Ketika kami sampai juga, majlis Khatam Quran baru saja berjalan.



Tahniah Cham & Nadya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

Sehingga malam, kami masih lagi berempat dan bersama2 di Putrajaya. Sebelum itu kami diberitahu supaya datang ke Dewan Sri Seroja, Presint 15 jam 8 malam. Tujuannya? Untuk melihat dewan dan pelamin di setting oleh org yang bertanggungjawab. Menarik! Dan kami tak sabar nak tunggu majlis esok nya. Dah habis tgk pelamin, dewan, n melompat2 kat luar dewan mcm budak2, kami pi minum kat satu kedai mamak kat luar dewan tu. Hampir jam 11 mlm baru la kami bergerak ke rumah masing2. Syifa dan Aya ku bawa pulang! huhu.. Esok nya adalah majlis bersanding. Baju dah ready! Pink!! Aku bukan fanatik Pink tapi kena pakai sebab kawan2 nk tgk aku jadi lain dari yang lain. Haha.. Aku suka makeover! Jgn over sudah! ( kita sambung di entry selepas ini.. :P )
No comments:
Post a Comment