Tuesday, March 16, 2010

Wedding Nadya!

Hari Sabtu, 13 Mac.
Maka bermula la sebuah epik.. Majlis persandingan sahabat baik aku. Dari rumah, lepas solat Subuh, aku, Aya dan Syifa bersiap2 nak ke Wangsa Maju. Tujuannya?? Untuk menjemput Mak Andam Nadia! Maklum la, Mak Andam ni Aya yg suggest kan. So, Aya bertanggungjawab la hal mak andam nie. Jadi, kul 7.30 pagi lagi kami semua bertolak ke sana. Kul 8 lebih kami dah berjaya mengambil mak andam yang kami panggil Kak Nana. Kemudian kami semua bertolak ke Dewan Sri Seroja. Jam 9 .00 pg, kami dah sampai di dewan. Tp kelibat pengantin masih belum ada. Berulang kali juga kami call. Akhirnya jam 9.40 baru la mereka sampai. Apa2pon, tugas kami dah selesai setakat itu. Kami bertiga bersarapan sebentar di kedai mamak yang kami pegi semalam. Mkn roti canai dan teh tarik! Nikmat! Lepas tu, baru kami semua pulang ke rumah aku di Kajang untuk bersiap2. Kelam kabut jugak! Masa tu la member aku si Cuping dan Tam sms nak tanye camne nak ke majlis nadia tu. Aku plan untuk konvoi ngan dorg. Aku tunggu dorg kat Petronas dekat Uniten. (malangnya, mereka yg tunggu aku. Bukan aku yg menunggu. huhu. maaf korg!) Biasa la perempuan. 3 orang plak tu! huhu.. Jam 12 lebih bru kami bertemu di tempat yang dijanjikan tu. Then kami semua bergerak ke Presint 15, Putrajaya. Sampai kat tempat parking, kami semua bergerak ke tingkat atas Dewan Sri Seroja. Tam dan Cuping ke dewan makan, manakala aku, Aya dan Syifa ke bilik yang di khas kan untuk pengantin bersiap. Mula2 org tak ramai dalam bilik tu. Lama2 makin ramai plak org. Huhu.. Kemuadian, kami bertiga dan diikuti Alia terus ke dewan untuk membantu mengagihkan bunga telur kepada tetamu yang hadir. Agak meriah suasana dalam dewan tu. Aku papar kan beberapa gambar untuk tatapan.

No comments:

Post a Comment