Wednesday, March 10, 2010

Pengalaman Pertama!

Salam.
Pagi ni aku rase mengantuk sangat. Mata ni berat sangat. Sebab nye, mlm tadi aku tidur lewat. Jam 1 pagi baru tidur.. Aku yang cari pasal tidur lewat, so aku la kene tanggung kemengantukkan aku nie. :)
Aku tidur lewat semalam pun bukan sengaja pun. Lewat petang semalam, seorg sahabat baik aku iaitu Nur Alia telah call aku mengajak ke satu tempat di Sg. Chua, Kajang. Kata nya abang nya sedang membuat ujibakat suara utk animasi. Alia menyuruh aku membawa adik dan anak buah ku. Memandangkan malam semalam aku tidak ada apa2 aktiviti, aku pun bersetuju laa. Lepas maghrib, kami pon bertolak la ke Sg. Chua. Keadaan asing di Sg.Chua menyukarkan aku mencari studio yang Alia maksudkan. Hampir sejam kami melilau mencari jalan ke arah yang telah diberitahu sebelum nya. Akhirnya, hampir jam 9.30mlm, bru jmpe tempat yang dicari. Smpai di Studio (studio tu namanye pelik sikit. Ketereketek ke ape ntah. huhu), ada beberape kanak-kanak sedang menunggu giliran. Meriah nmpaknya.. hehe. Mula2 aku, adik ku Kerol dan Alia, isi borang then kami diberi skrip untuk dibaca dan difahami. Menarik! Sebab cerita animasi tu ada 2 jenis. Satu kisah haiwan2 dan satu lagi kisah ala2 cerita istana dan org biase. Kami mula berlatih sementara menunggu giliran. Memandangkan kami peserta terakhir, maka kami masuk ke bilik audition tu lmbt sket. Kul 11 bru dpt masuk. Aku berpasangan dengan Kerol. Manakala Alia ditemani tunang nya Andi. Mula2 aku diberi watak Cik Manjalara mana kala adikku mendapat watak Sultan. Kemudian utk skrip cerita haiwan2 tu, aku diberi watak yg memerlukan aku berperasaan takut dan hampir menangis. Memang kelakar sbb ni la kali pertama kami berlakon dan di ujibakat. Hehe. Ape pun, aku dah buat sebaik mungkin. Dan mengikut kata2 si penguji bakat, aku dpt menghayati watak yang diberi. Dan mereka juga kata, dah nmpak cara pembawakan watak yang aku buat. Haha.. Kalau ada rezeki, dapat la aku join sesi recording plak. Hehe.. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment