Tuesday, December 28, 2010

Melaka Lagi! Part 1.

Salam.
Alhmdulillah.. cuti-cuti Malaysia ke Melaka yang dirancang telah selesai dengan selamat tanpa sebarang masalah. Bermula 24 Disember hingga 26 Disember 2010 yang lalu, aku dan keluarga menginap di Globallon Apartment di Plaza Melaka Raya. Ada kebaikan dan keburukan tempat ni. Kebaikannya adalah, kawasan yang strategik. Mudah nak ke bandar. Samada ke Dataran Pahlawan atau jalan sekitar Banda Hilir. Ada kolam renang tapi keadaan kolamnya agak berkeladak! Mungkin kurang dicuci walaupon air kolam tu kelihatan bersih dari luaran.
Pada 24hb, hanya ada 2 keluarga saja yang menyertai aktiviti pada hari jumaat itu. Yang lain-lain cuma datang untuk menginap pada hari sabtu dan ahad je. Memandangkan hanya keluarga aku dan makcik je yang ada, kami plan untuk menonton wayang pada malamnya. Tiket awal-awal dah booking secara online. Aku dah pilihkan untuk menonton jam 9.40 mlm. Petang sebelum tu, kami semua singgah mkn di sebuah restoran asam pedas. Org punya la ramai sampai kami kene Q untuk dapatkan tempat. Wpun dah pukul 4 petang, masih ramai lagi org yang duduk makan seperti makan tengahari.


Lepas kekenyangan mkn nasik kat situ, kami pun berjalan-jalan la ke Dataran Pahlawan. Masa tu baru teringat yang kertas confirmation yang mengatakan aku dah buat booking tu tertinggal kat hotel. Dalam beg mak!! Ayoyoyo!! Tp masih awal lagi sbb kami plan nak tgk cerita tu kul 9.40 mlm. Sempat lagi kalau pi tanya kat kaunter n beli je terus tiket tu. Maka bergegas lah kami ke kaunter GSC kat Dataran Pahlawan Mall tu. Memang bernasib baik sebab ada lagi seat kosong untuk kami. Selesa la jugak. Tapi waktu tayangannya 10.20mlm. Tak sama dengan apa yang aku booking. Bila tanya kat budak kaunter tu, dia ckp takde tayangan jam 9.40! Wah! Nasib baik kami tak guna jgk booking online tu. Kalau kami guna n pegi beli lambat-lambat ( kononnya dah booking, gerenti tiket nye ade kann.. :P ), alamatnye tak dapat seat la kami. huhuhu... Dah beli tiket, kami semua balik ke hotel dan terus terjun kolam. Kemudian kami bersiap pulak nak keluar mkn mlm n jalan-jalan sementara nak tunggu tayangan kul 10.20 tu. Tiba-tiba makcik aku bgtau, yang dia tertinggal tiket kat hotel!! Alamakkkk!! Time tu dah pukul 8.30. Nak drive ke hotel, jlan sesak. Silap-silap nanti tak dapat parking plak. Kemuadian kami bertanya tambang teksi kalau nak ke hotel tu. Pakcik tu kata RM15 sehala! Mak aihhh!! Pegi balik RM30! Pehhh!! Rayu punya rayu, pakcik tu mintak RM25. Belasah je la.. Nak buat camne kan.. huhu. Malam tu buat kali kedua aku layan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kali ni cipta sejarah sebab aku bawak skali mak, ayah n anak buah aku si Daniel. Daniel ckp nak tgk wayang citer Momok balik umah pastu nak mkn kop pon! ( POPCORN laaa!! ) haha..
Dekat jam 12 mlm baru selesai. Perut pulak lapar, jadi kami semua singgah mkn lewat (supper) di satu restoran mamak. Pekena teh tarik dengan Megi goreng.. alahaii.. Kenyang! huhu.. Sampai kat hotel dah pukul 1 pagi..

No comments:

Post a Comment