Thursday, December 23, 2010

Sedih, marah, menyampah, geram, benci.

Salam.

Tengok tajuk macam tu je mesti korang semua kata aku tengah emo kan? Memang betul pon! Semua tu aku rasa semalam.

Punca : Sebab jadual kelas bridging aku dianjak seminggu dari tarikh yang sebelum ni.
Kenapa : Masalah teknikal. Maybe..
Kenapa aku emo sangat pasal ni : Sebab nya, bila jadual dah terkebelakang seminggu, maka ia bertindih dengan planning asal aku sebelum tu!!

Mengikut jadual asal, bulan Mac 2011 memang tak ada kelas sebab kelas dan exam akan berakhir pada minggu pertama bulan Mac. Dan mengikut planning, aku akan ke Langkawi dengan family belah ayah aku dan bakal tunang aku juga akan ikut sama pada minggu kedua. Bila jadual dah berubah, secara automatik, clash la ia dengan plan aku untuk cuti-cuti Malaysia nanti. Arghhhh!! Geram sungguh! Kenapa mesti postpone kelas-kelas tu?? Tak perlu ok! Dah la nak dapatkan tiket flight ke Langkawi tu punya la susah. Lepas tu, dah la bulan November lepas, impian aku nak ke Kuching Sarawak terpaksa aku lepaskan semata-mata kerana bertindih dengan jadual kelas bridging masa tu. Memang frust! Lepas dari tu, aku berazam yang percutian ke Langkawi nanti aku mesti ikut jugak! Tak kira!!!! Nak pegi jugak!! =P

Langkah pertama aku adalah, nak slow talk dengan pensyarah supaya aku boleh postpone ambil exam yang dijangka kena dengan date aku ke Langkawi tu. Aku harap ianya akan berjaya memandangkan aku tak pernah ponteng dan bukan seorang pelajar bermasalah dalam kelas tu.

Kelas akan bermula 10 Januari 2011. Esok aku ke Melaka. 3 hari 2 malam. Jalan-jalan!! Yihaaa!!~
Choww! Muahhhh!!~

No comments:

Post a Comment