Tuesday, June 8, 2010

Gelaran dari Beyel utk aku.. Ciss!!

Lagi.. lagi.. lagi.. hehe!~
Entry yg ketiga untuk hari ni.. Teringat plak nak post lagi satu cerita sebelum aku terlupa.. :)
Kisah nya begini. Ahad lepas masa aku pegi salon nak gunting rambut. Aku bwk kereta. Masa tu Imal, adik aku ikut sekali bawak si Daniel. Sebab dorg nak gi cari kedai basikal. Lepas berhenti kan aku kat depan salon. Imal bwk kereta aku pegi cari kedai yang dimaksudkan.
Tak lama lepas tu, dorg datang balik kat depan salon sbb nak tunggu aku. Agak lama jugak ketika rambut aku dimanipulasi, dorg tunggu dalam kereta. Lepas dah selesai mereka kerja kan rambut aku, aku pon ke kaunter membuat bayaran. Kemudian aku dan Nana (yang temankan aku ptg tu) keluar dari salon. Aku terus ke kereta aku yang terletak betul2 depan kedai tu. Imal bukak tingkap. Daniel tgh merah mata. Imal ckp dia lepas menangis. LORR.. kenapa punnn??
Imal gelak2 je.. Aku rasa mesti ada yg disakat nya tu.. Aku tanya, kenape? Imal gelak2 tanak jawab. Si Daniel dah muncung dah.. Takpe la.. Aku pun suruh je Imal balik drive kereta aku sbb aku balik dengan Nana.
Malam tu aku berborak la dengan Imal. Imal pun bongkar lah rahsie kenapa Daniel menangis beriye n marah2 bila Imal mcm nak bgtahu sesuatu kat aku ptg tu. Rupe2 nye, si Daniel dah terbagi satu gelaran untuk aku. Aku tak tau pon pasal tu. Ceritanya mcm nie, masa Imal tgu dalam kereta, dia ckp la, " Mane la Angah ni lame sgt.." kemudian, Daniel memang nampak aku dlm kedai sbb pintu kedai tu bercermin. Daniel pon terus je la ckp tanpa rasa bersalah mcm ni, " TU YANG HIDUNG PANJANG TU ANGAH LAH".. hahhaha.. Terus la Imal kate nak mengadu kat aku sbb Daniel ckp aku hidung panjang. Tergelak besar aku dgr si Daniel bagi gelaran kat aku mcm tu! Sekali lagi Daniel memuncung sbb tembelang dia dah pecah!! Hahaha! Angah syg Daniel laa! Dun worry! Hidung panjang pun hidung panjang la Beyel... :)

Rambut ku dah kene TARAHH!

Salam.

Disebab kan aku dah rimas ngn rambut pnjang mcm pontianak tu,
aku ambil keputusan untuk potong je rambut tu!
Mula-mula nak pegi hari sabtu, tp x sempat.
Akhirnya, aku pegi jugak hari ahad.
Sebelum tu, aku ade ber sms ngan seseorg.
Aku : I nak gi ptg rambut japgi.
Dia : Huh nak ptg camne?
Aku : u nak i ptg byk ke sket? hehe..
Dia : cket je da
Aku : nape sket je?
Dia : sbb i tak berape suka pompuan rambut pendek.
ERK!!
OK sayang! hahaha.. :)
Masa potong tu, aku ajak Nana temankan.. Dia pun tgh free, so dia dtg jugak temankan aku.
Aku potong rambut kat Great Hair Salon kat Kajang. Memang terbaik!! Gadis shampu tu memang beriye2 cuci rambut aku. Siap picit2 kepala lagi.. Aduhh.. lega siot! :P
Lepas tu aku mintak hair styler tu potong rambut ikot kehendak aku.. Maka, hasil nya lepas dia blow straight rambut aku, letak wax, sembur hairspray.. Nampak ala2 EMO la plak.. hahaha! Mane tak nye, kalo rambut dah mengembang! Tapi agak best jgk sekali sekale guna style camtu. huhu.. Mengarut!!! :)
Apepun, suatu hari nanti aku akan bertudung jgk.. Insyaallah.. :)

Kawan-kawan ku..

Salam.

Sabtu, 5 Jun 2010 : Aku berkesempatan bertemu kawan-kawan di Majlis Perasmian Medan Selera Satay Kajang Prima Saujana. Aku datang sebab kawan baik aku iaitu Nadia ajak aku ke sana kerana ada makan-makan free! Hehe.. Aku pun ajak la dua org lagi kawan iaitu Shahril yang aku kenal sejak 2004 dan Siti Nordiana atau Nana, rakan sekerja aku di UPM. Majlis tu dijalankan pada waktu malam jam 8 malam. Jam 8 mlm, aku baru nak keluar.. Lepas bersiap ala kadar, aku pun bergerak mennuju ke Kajang Utama utk ambil Shahril kemudian Nana di Sg. Chua. Ni la kali pertama aku jalan2 dengan dua org kwn ni.. Best la korg!! Macam-macam benda plak yang aku luah kat dorg ni memandangkan dah lama sangat memendam perasaan. So, aku lega malam tu.. Thanks sbb sudi dengar cite aku k. :)
Berbalik kepada cerita aku ke majlis perasmian tu. Masa aku sampai, org mmg la ramai. Makan free la kate kan.. Penuh jgk la tepi2 jalan dengan kereta2 pengunjung. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang pun ada.. Sampai je, aku terus call Nadia. Dia dah ada kat sane sbb salah satu gerai yg terlibat adelah milik family dia. So, dorg antara AJK nye.. Memang kitorang kekenyangan mkn nasik beriani dgn lauk ayam masak merah dalca dan mcm2 lagi.. Sate pun ada. Burppp!!~ ngee...
Lepas tu lepak2 sambil borak2 n tengok band yg perform. Aku ingat kan ade bunkface! haha.. Ape pun, mmg enjoy. Lepas dah puas lepak situ. Aku, Shahril n Nana gerak plak ke Pembukaan Bazar Malam di Jalan Reko di Reko Sentral. Ala2 downtown la tuh. Tu hari pertama dorg beroperasi kat situ. Aku harap downtown kajang yg dengan ngan Medan Sate kat bangunan Dato Nazir tu cpt2 la pindah ke Reko sentral. Sbb kawasan tu lagi lapang n luas! Nak parking pon senang. Jalan2, lepak2, gosip2.. Tu je la yg ktorg buat malam tu. Dah kul 11 lebih, aku pun gi la anta budak2 berdua tu balik umah. Aku smpai umah pun dah kul 12. Ape pun, thanks kat korg! Next time kite hangout lagi k! Luv u 'all!

Wednesday, June 2, 2010

Coklat Mengghairahkan.. Ahhh!~

Salam.
Hari ahad yang lepas, balik dari kampung lepas selesai majlis pertunangan sepupu aku Yati, aku singgah ke kilang Beryl's di Bandar Baru Bangi sebelum menghantar makcik aku dan anak2 nye ke Bandar Tun Hussein On di Cheras. Kami semua singgah nak makan buffet coklat dlu. Aku dapat tau pasal kilang Beryl's buat buffet ni dari pakcik aku. 3 hari kilang tu di buka untuk orang ramai datang mkn coklat dan beli coklat di kedai dalam kilang tu. Memang ramai sangat orang-orang yang 'kelaparan coklat' masa tu. Aku smpai situ pun dah dekat ptg rasa nya.. Sampai kat situ kami diberi mangkuk kertas [paper cup. :P] untuk kami mengisi coklat-coklat yang dorg bagi percuma tu.. Kene la beratur mcm nak amek makanan bantuan kat skolah. haha.. Ape pun, aku beli gak coklat untuk bawak balik dan orang-orang di rumah untuk rasa. Dah nama pun coklat, mmg la sedap. Untuk pengetahuan, coklat yang kami makan itu adalah free, manakala kalo nak bawak balik, kena la beli. Dan, kalo didapati coklat yang di makan, tak dihabiskan, kami akan dikenakan denda. Kena bayar! Tapi nasib baik kami semua cekap. Sape la yang boleh habis coklat semangkuk tu kalo sebelum tu dah kenyang pekena sate di Bandar Baru Bangi tu?! huhu. Coklat yang tak abis, kami masuk kan je senyap dalam beg. Takde sape pon nampak. Sampai rumah, sambung balik la makan.. hehe.. Bijak kan! :P


Kempen Mengutuk Israel!!

Salam.
Semua org pun dah tau apa yang dah jadi.. Israel mmg kejam!! Aku sekadar berkempen di Facebook.. Ramai yang tunjukkan protes dengan menukar gambar profil kepada warna HITAM. Jadi la.. Doa kan keselamatan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dlm penahanan oleh pihak tentera Israel ketika misi penghantaran bantuan ke Gaza.. Allah selamatkan lah mereka. InsyaAllah.





Monday, May 31, 2010

Sibuk!

Salam.

Minggu yg baru lepas ni, aku agak sibuk ngn aktiviti kekeluargaan di kampung. Cuti pada hari wesak, aku guna kan sepenuh nya untuk membantu keluarga di kampung ayah di Beranang untuk majlis pertunangan sepupu aku, iaitu anak sulung Paklong aku. Hari jumaat, aku balik kampung. Kemudian mula menolong apa2 yang patut di dapur. Dari membersihkan ayam hingga lah mengupas bawang. Sampai menangis la aku ngn Cik Uji mengupas bawang2 tu. Masa tu pulak la hujan lebat turun. Kami yang duduk kat bawah bumbung tmpt masak2 di luar umah pon, terpaksa angkat punggung sbb air dah mula bertakung kat kawasan tu. Habis terapung kulit2 bawang kami! huhu. Tapi keadaan semua dalam keadaan terkawal.

Pada malam nya, aku dan beberapa saudara lain termasuk mak aku, melepak di rumah PakLong utk membantu mengerja kan apa-apa yang patut. Selain melihat pelamin yg cantik, kami juga membantu mengemaskini barang hantaran dan menyusun nya supaya semua nye kelihatan elok menjelang majlis keesokannya. Btw, pelamin Atie tu dah mcm boleh bersanding pulak ye.. Hehe. Cantik! Menarik! Tertarik! Kau mmg da bomm!~

Acara masak memasak di mula kan seawal pagi. Semua berjalan dengan lancar. Aku tak terlibat sangat dengan masak memasak ni sbb kebanyakan 'chef-chef' dah sedia untuk buat tugas masing-masing. Tepat jam 12 tgh hari, rombongan dari pihak lelaki pun tiba. Dan dorg punya hantaran mmg menyentuh perasaan aku. Warna favourite aku plak!!! Silver Hitam! Sobb sob.. Aku nak guna warna tu utk majlis aku nanti. (kalau sempat bertemu jodoh) .. Redha je la. Huhu.

Ape pun, semua nya berjalan lancar.. Dan beberapa keping gambar utk tatapan! Salam..

Thursday, May 6, 2010

Wut Happen to me..??

Salam

♥.......... kelmarin excited ..
♥.......... semalam hepi ..
♥.......... harini blur + confuse ..
♥.......... esok tak tau apa nak jadi ..

Apa dah jadi sebenarnya?
Kenapa jadi macam ni?
Macam mana benda ni jadi?
Siapa yang terlibat dlm permasalahan yg aku alami?

Soalan yang tak mampu aku nak jwb.
Mungkin perlu menangis utk mendapat sedikit ketenangan.
Tapi aku dah bosan menangis.
Lagi-lagi menangis tanpa sebab yang pasti...

Aku rindu semua yang pernah aku ada dulu..
Semua perasaan yang aku pernah rasa dulu..
Semua senyuman yang pernah aku lihat dulu..
Sekarang.. memang aku boleh dapatkan kembali..
Tapi aku tak pasti bila, dari mana dan dari siapa..

Kadang-kadang aku rasa macam terkena Sumpahan pulak..
Siapa yang menyumpah?
Kenapa aku disumpah?
Patut kah aku disumpah?

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Ampuni lah dosa-dosa ku..
Ampuni lah dosa orang disekeliling ku..
Berikan aku petunjuk Mu..
Lindungi lah aku dari perbuatan yang tidak elok..
Murahkan lah rezeki ku..
Berkati lah perjalanan hidupku..
Hindari lah aku dari sebarang kesulitan dan penyakit..
Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Menyayangi..
Tuhan sekalian alam..
Hanya kepadamu aku bermohon.. Tiada yang lain..
Amin.. o(╥﹏╥)o

Tiada yang lain..