Thursday, July 22, 2010
Semakin busy ..
Wednesday, July 21, 2010
Gua Musang : Aktiviti menarik.




Aktiviti kedua yang menjadi kesukaan aku ketika di Gua Musang adalah berakit (water rafting) di Sungai Ketil. Mula nya aku keberatan nak ikut sama berakit kerana aku tak membawa pakaian ganti. Tapi setelah mendengar penerangan dari yang pakar, keinginan dan kecuakkan nak merasa sama aktiviti berakit itu amat tinggi sekali. Selama dua jam kami berdayung di sungai Ketil yang agak lebar tetapi tidak terlalu mencabar kerana jeram2 nya biasa saja. Menurut encik yang menjadi guide kami semua pada hari itu, tempat berakit yang paling mencabar di Malaysia terletak di Sabah manakala di semenanjung Malaysia pula, di Kampar, Perak. Suatu hari nanti aku nak cuba berakit di tempat yang mencabar begitu. Perjalanan berakit mengambil masa hampir dua jam. Pengalaman yang sangat menarik apabila rakit kami merempuh pokok2 di tebing sungai dan melalui pohon berduri yang akhirnya mencedera kan jari kelingking ku. Sungguh ngilu. Tetapi itu semua kenangan terindah yang tak dapat aku lupakan..



Banyak lagi tempat menarik yang dapat aku turut serta kunjungi ketika di Gua Musang. Walaupun aku ke sana atas dasar tugas, aku berasa sangat beruntung sebab ini lah masa nya untuk aku menjejak kaki ke negeri orang dengan percuma.. Thursday, June 10, 2010
Aku?? Bolasepak??

Jadi aku harap, Brazil boleh menang World Cup for this year! Yeah!! Dan kepada kawan-kawan yang kaki bola tu, selamat menonton Piala Dunia. Bola, bola jugak.. Anak bini, tugas harian, makan minum, kewajipan semua, jangan lupa pulak. Maka akan bermula lah situasi dimana semua orang akan sibuk berbicara tentang bola. Dan juga, penyakit mengantuk juga akan menular selama sebulan sepanjang perlawanan yang bakal berlangsung.. Bersiap sedia lah dengan kaca mata hitam untuk 'mengcover' mata anda yang kemerah-merahan akibat kurang tidur! Dan, menonton perlawanan bola nanti, jangan la terlalu mengikut EMOsi. Adat lah, setiap permainan ada yang kalah dan ada yang menang. (Tapi aku tetap nak BRAZIL menang!!!)
Sekian.
p/s : Saya hanya peminat bermusim! :)
Wednesday, June 9, 2010
Terkena sembilu kah aku.. Pernah..
Bila terdengar lagu nyanyian ELLA - Sembilu , terus aku terbayang kan bait-bait lirik yang kisah nya sama dgn kisah aku.. Bait lirik yang paling aku ingat.. "Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang.. Terhadapmu.." ermm..
SEMBILU
Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan
Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah
Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa
Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu..
Tuesday, June 8, 2010
Gelaran dari Beyel utk aku.. Ciss!!
Rambut ku dah kene TARAHH!

Kawan-kawan ku..

