Wednesday, June 2, 2010

Coklat Mengghairahkan.. Ahhh!~

Salam.
Hari ahad yang lepas, balik dari kampung lepas selesai majlis pertunangan sepupu aku Yati, aku singgah ke kilang Beryl's di Bandar Baru Bangi sebelum menghantar makcik aku dan anak2 nye ke Bandar Tun Hussein On di Cheras. Kami semua singgah nak makan buffet coklat dlu. Aku dapat tau pasal kilang Beryl's buat buffet ni dari pakcik aku. 3 hari kilang tu di buka untuk orang ramai datang mkn coklat dan beli coklat di kedai dalam kilang tu. Memang ramai sangat orang-orang yang 'kelaparan coklat' masa tu. Aku smpai situ pun dah dekat ptg rasa nya.. Sampai kat situ kami diberi mangkuk kertas [paper cup. :P] untuk kami mengisi coklat-coklat yang dorg bagi percuma tu.. Kene la beratur mcm nak amek makanan bantuan kat skolah. haha.. Ape pun, aku beli gak coklat untuk bawak balik dan orang-orang di rumah untuk rasa. Dah nama pun coklat, mmg la sedap. Untuk pengetahuan, coklat yang kami makan itu adalah free, manakala kalo nak bawak balik, kena la beli. Dan, kalo didapati coklat yang di makan, tak dihabiskan, kami akan dikenakan denda. Kena bayar! Tapi nasib baik kami semua cekap. Sape la yang boleh habis coklat semangkuk tu kalo sebelum tu dah kenyang pekena sate di Bandar Baru Bangi tu?! huhu. Coklat yang tak abis, kami masuk kan je senyap dalam beg. Takde sape pon nampak. Sampai rumah, sambung balik la makan.. hehe.. Bijak kan! :P


Kempen Mengutuk Israel!!

Salam.
Semua org pun dah tau apa yang dah jadi.. Israel mmg kejam!! Aku sekadar berkempen di Facebook.. Ramai yang tunjukkan protes dengan menukar gambar profil kepada warna HITAM. Jadi la.. Doa kan keselamatan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dlm penahanan oleh pihak tentera Israel ketika misi penghantaran bantuan ke Gaza.. Allah selamatkan lah mereka. InsyaAllah.





Monday, May 31, 2010

Sibuk!

Salam.

Minggu yg baru lepas ni, aku agak sibuk ngn aktiviti kekeluargaan di kampung. Cuti pada hari wesak, aku guna kan sepenuh nya untuk membantu keluarga di kampung ayah di Beranang untuk majlis pertunangan sepupu aku, iaitu anak sulung Paklong aku. Hari jumaat, aku balik kampung. Kemudian mula menolong apa2 yang patut di dapur. Dari membersihkan ayam hingga lah mengupas bawang. Sampai menangis la aku ngn Cik Uji mengupas bawang2 tu. Masa tu pulak la hujan lebat turun. Kami yang duduk kat bawah bumbung tmpt masak2 di luar umah pon, terpaksa angkat punggung sbb air dah mula bertakung kat kawasan tu. Habis terapung kulit2 bawang kami! huhu. Tapi keadaan semua dalam keadaan terkawal.

Pada malam nya, aku dan beberapa saudara lain termasuk mak aku, melepak di rumah PakLong utk membantu mengerja kan apa-apa yang patut. Selain melihat pelamin yg cantik, kami juga membantu mengemaskini barang hantaran dan menyusun nya supaya semua nye kelihatan elok menjelang majlis keesokannya. Btw, pelamin Atie tu dah mcm boleh bersanding pulak ye.. Hehe. Cantik! Menarik! Tertarik! Kau mmg da bomm!~

Acara masak memasak di mula kan seawal pagi. Semua berjalan dengan lancar. Aku tak terlibat sangat dengan masak memasak ni sbb kebanyakan 'chef-chef' dah sedia untuk buat tugas masing-masing. Tepat jam 12 tgh hari, rombongan dari pihak lelaki pun tiba. Dan dorg punya hantaran mmg menyentuh perasaan aku. Warna favourite aku plak!!! Silver Hitam! Sobb sob.. Aku nak guna warna tu utk majlis aku nanti. (kalau sempat bertemu jodoh) .. Redha je la. Huhu.

Ape pun, semua nya berjalan lancar.. Dan beberapa keping gambar utk tatapan! Salam..

Thursday, May 6, 2010

Wut Happen to me..??

Salam

♥.......... kelmarin excited ..
♥.......... semalam hepi ..
♥.......... harini blur + confuse ..
♥.......... esok tak tau apa nak jadi ..

Apa dah jadi sebenarnya?
Kenapa jadi macam ni?
Macam mana benda ni jadi?
Siapa yang terlibat dlm permasalahan yg aku alami?

Soalan yang tak mampu aku nak jwb.
Mungkin perlu menangis utk mendapat sedikit ketenangan.
Tapi aku dah bosan menangis.
Lagi-lagi menangis tanpa sebab yang pasti...

Aku rindu semua yang pernah aku ada dulu..
Semua perasaan yang aku pernah rasa dulu..
Semua senyuman yang pernah aku lihat dulu..
Sekarang.. memang aku boleh dapatkan kembali..
Tapi aku tak pasti bila, dari mana dan dari siapa..

Kadang-kadang aku rasa macam terkena Sumpahan pulak..
Siapa yang menyumpah?
Kenapa aku disumpah?
Patut kah aku disumpah?

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Ampuni lah dosa-dosa ku..
Ampuni lah dosa orang disekeliling ku..
Berikan aku petunjuk Mu..
Lindungi lah aku dari perbuatan yang tidak elok..
Murahkan lah rezeki ku..
Berkati lah perjalanan hidupku..
Hindari lah aku dari sebarang kesulitan dan penyakit..
Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Menyayangi..
Tuhan sekalian alam..
Hanya kepadamu aku bermohon.. Tiada yang lain..
Amin.. o(╥﹏╥)o

Tiada yang lain..

Monday, May 3, 2010

Broga Hills!! Best!!

Salam.
Hari ni aku bangun tdo dengan dahi yang berkerut-kerut. Sebab nya, kaki aku sakit akibat kekejangan otot. Sakit sebab semalam aku menjalani aktiviti hiking di Broga Hill. Penat tapi menyeronokkan! Aku ke sana dgn beberapa ahli keluarga belah ayah aku di Beranang. Memandangkan 1 Mei adalah hari cuti, kami semua berkumpul sebelum tiba hari yang dirancang untuk memanjat Broga Hills. Terletak beberapa meter dari pekan koboi Broga, kami semua bertolak jam 6.30 pagi. Sepatutnya, kami merancang utk bergerak seawal jam 6.00 pagi setelah solat subuh. Malangnya.. kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. :)


Memandangkan aku menjadi photographer tak rasmi pada hari itu, maka aku la yang menimpan kebanyakkan gambar semasa di Bukit Broga. Kebanyakkan gambar, aku dah upload di Facebook : Sara Specky . Boleh la melihat gambar-gambar selebihnya di sana. Terima kasih semua!!~
* siapa mamat yang sengaja snap gambar ktorg masa kat atas batu tu ye? Sungguh selamba.. rasa mcm nk bekenalan plak dgn si dia.. hahaa!!~

Wednesday, April 14, 2010

Lega + Blur sekejap..

Salam.
Hari ni aku lega sangat sebab assignment PTK1 aku dah selesai. Dan dah selamat sampai kat tempat Urusetia di Bangunan Pentadbiran UPM. Banyak hari jugak aku nak siapkan assignment tu. Sebenarnya, bukan lah susah sangat pun tugasan tu. Tapi sebab aku takde idea nak buat, maka banyak kali jugak bende tu asyik tertangguh je. Tapi takpe lah, janji tugasan yang wajib aku buat tu dah siap. Sangat-sangat lega ok! Aku harap aku lulus dengan dapat aras 4. Doa-doa kan la eh! :)


Lepas selesai buat assignment tu pagi tadi, aku jadi blur je la plak. Dok pikir, betul ke assignment tu? Ada kesalahan yang aku tak perasan ke? Rasa macam ada lagi je yang aku tak sempat nak letak dalam assignment tu. Macam-macam rasa la pulak. Ermm.. Takpe la. Benda dah selamat anta. Insyaallah, pulangan nya nanti pun aku harap je yang terbaik. Berharap.. Menanti.. Blurr.... .

Friday, April 2, 2010

RIP Din Beramboi.. Al-Fatihah.

Salam.

Pagi Jumaat 2 April 2010. Pelawak yg tersenarai di antara pelawak yang paling aku minat, Din Beramboi telah pergi selama-lamanya ke sisi Allah.. Al-Fatihah..



Aku mmg dah lama minat dengan lawak-lawak gila Din Beramboi. Hanya org2 tertentu je yang boleh paham lawak Din Beramboi. Beberapa bulan kebelakangan nie, aku selalu dengar Radio ERA semata-mata sebab nak dgr sawancara n drama sebabak. Kadang-kadang aku boleh tergelak sorg2 mase drive nak ke opis. Paling aku minat, sawancara. Biasa nya aku dgr yang ulangan jam 7 pagi. Selalu nya aku dengar kat rumah sbb time tu aku tgh bersiap2. Sambil bersiap, aku gelak la sorg2 layan cerita merapu Din Beramboi. Aznil/PakNil jadi tukang gelak. Aku dapat bayang kan kesedihan PakNil lepas nie.. Harap PakNil juga tabah menerima kehilangan sahabatnya.. Hilangnya Din Beramboi mmg takde sape yang boleh ganti. T__T





Aku pun tak tau kenapa aku boleh tulis pasal bende nie.. Sedih nya lain macam plak. Mungkin sebab aku terlalu minat dengan makhluk Allah yang pelik ni kot. Minat dengan lawak dia. Apa pun, aku redha ngan ketiadaan lawak jenaka dari insan yang bernama Din Beramboi ni.

RIP Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi! Takziah buat ahli keluarga arwah..